Apabila mengetahui khabar gembira akan kelahiran ‘orang baru’, pastinya anda yang prihatin untuk melawat serta menjaga adab ziarah.
Oleh hal demikian, dalam rancak berbual dan berkongsi pengalaman bersalin, harus diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan tutur kata.
Adab ziarah bayi baru lahir
ohsemput
Pastikan anda menjaga adab ziarah dengan bercakap perkara yang baik dan tidak menyakiti hati sesiapa kerana boleh ia boleh menganggu emosi ibu yang sedang berpantang.
Bukan itu sahaja, perlu anda memilih waktu yang sesuai untuk melawat ibu yang baru sahaja selesai bersalin. Antara perkataan kurang sopan yang sering anda tidak perasan ketika menziarahi bayi baru dilahirkan:
#1. Menegur wajah kurang bermaya
Nyata sekali selepas menjaga bayi yang baru lahir ibu akan mengalami masalah kekurangan tidur malam dan waktu rehat yang agak terhad.
Tidak cukup dengan itu, rutin penjagaan bayi baru lahir yang sangat padat sekaligus membuatkan wajah ibu kelihatan lesu.
Keadaan yang paling mencabar apabila bayi sentiasa menangis pada waktu malam dan ingin berenggang dari ibu ayahnya.
Oleh hal demikian, anda tidak perlu ”terlalu mengambil berat” dengan menegur akan kewujudan lingkaran gelap bawah mata dan wajah sedikit pucat kerana ia secara tidak langsung akan mengguris perasaan.
#2. Bercakap mengenai kerjaya
foto: bengkung moden
Bagi ibu yang mengambil cuti bersalin, mereka pastinya akan ingin selalu dekat bayi dan berasa bimbang untuk meninggalkan anak kepada pengasuh.
Jadi, elakkan menambah beban ibu baru ini dengan menanyakan mereka bila akan masuk kerja semula kerana pada ketika ini fokus mereka semestinya terhadap penjagaan bayi baru lahir.
Namun sekiranya ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja, tidak perlu anda menyatakan pendapat bahawa keputusan berhenti kerja hanya untuk membesarkan anak adalah sebuah keputusan yang salah.
#3. Wajah bayi tidak seperti ibu
Sebenarnya dalam masyarakat Malaysia, majoriti yang datang melawat ibu yang sedang berpantang terlalu teruja untuk melihat wajah bayi mengikut iras wajah ibu atau ayahnya.
Anda perlu faham bahawa seorang ibu sudah mengharungi perjalanan kehamilan hampir 9 bulan dan merasai kesakitan untuk melahirkan zuriat.
Biarpun dalam nada bergurau, kebanyakan ibu lepas bersalin mempunyai perasaan yang cukup sensitif dan mudah terusik.
Wajah bayi yang baru dilahirkan akan berubah dari hari ke hari, namun apa yang pasti bayi akan mewarisi kecantikan dan ketampanan ibu ayah mereka.
#4. Menasihati agar memberikan susu badan
Sebenarnya semua orang sudah mengetahui akan kepentingan susu ibu kepada bayi. Namun, tidak semua dianugerahkan dengan susu badan yang cukup sehingga tidak dapat memenuhi keperluan bayi.
Oleh sebab itu bagi ibu baru, mereka terpaksa memberikan susu formula kepada bayi. Ushahlah menghakimi ibu berkenaan kerana anda hanya akan membuatkan mereka berasa lebih bersalah.
Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu bertanyakan berapa lama ibu ingin menyusukan bayinya. Hal ini kerana kebanyakan pakar sudah menyarankan setiap ibu menyusukan bayi sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan yang pertama.
Sebenarnya pilihan untuk memberikan samada susu ibu atau susu formula adalah tanggungjawab ibu berkenaan, jadi simpan sahaja pendapat anda mengenai hal ini.
#5. Bercerita tentang berat badan
credit to sources
Usah menegur tentang berat badan ibu yang melahirkan bayi. Sudah menjadi lumrah bahawa seorang ibu akan mengalami perubahan bentuk fizikal dan berat badan.
Hal ini menjadi cukup sensitif kerana mereka sanggup mengorbankan kecantikan untuk memberikan zuriat kepada pasangan, namun teguran anda telah memberikan kekecewaan dan hilang keyakinan.
Penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan bagi ibu berpantang agar bayi turut memperoleh nutrisi yang secukupnya.
Kadang-kadang, mereka perlu untuk makan dengan lebih kerap kerana ibu yang menyusukan bayi menjadi cepat dahaga dan lapar.
#6. Menceritakan pantang larang
Bagi anda yang sudah memiliki beberapa orang anak, pastinya anda sudah lebih berpengalaman dalam aspek menjaga anak dengan baik.
Dalam hal ini, sekiranya anda melawat rakan yang baru sahaja menimang cahaya mata, tidak perlu memandai berkongsikan pelbagai pantang larang atau tips mengenai sesuatu perkara.
Hal ini kerana setiap orang memiliki cara yang berbeza dalam mengharungi tempoh berpantang dan membesarkan anak.
#7. Menegur keadaan rumah
Kebiasaannya, keadaan rumah ibu yang baru melepasi kelahiran bayi akan sedikit bersepah dengan pelbagai barangan keperluan bayi.
Ketika melawat, pejamkan mata dan jaga percakapan agar tuan rumah tidak terguris hati dengan kata-kata anda.
Sumber: Hello Doktor
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenjagaan-bayi-baru-lahir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!