Adakah Kita Ibu Bapa Yang Teruk Jika Bermesej Sambil Menjaga Anak?

Dengan kehadiran telefon pintar dan pelantar sosial media, tentu mudah untuk anda diserap ke alam maya. Adakah ini tanda keibubapaan yang teruk?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ding! Tidak salah untuk periksa telefon yang berbunyi, tapi adakah anda menunjukkan keibubapaan yang teruk dengan bermesej ketika menjaga anak?

Kita acap kali diserap ke dunia maya dengan mudah, terutamanya apabila banyak mesej yang masuk dari pelantar-pelantar sosial media. Sehinggakan kita lupa memberi perhatian kepada si manja.

Keibubapaan teruk?

Kami faham. Sebelum anda menjadi ibu bapa, anda ada banyak masa untuk bersosial dan mengekalkan keaktifan kehidupan sosial anda. Tetapi, dengan kehadiran si kecil mungkin boleh menyukarkan anda untuk kekal aktif dalam bersosial bersama rakan-rakan seperti sedia kala.

Kalau dahulunya anda sering tahu perkembangan terbaru dalam kehidupan rakan anda, mungkin sekarang agak susah sikit. Tetapi, anda juga perlu tahu… tak semestinya apabila menjadi ibu bapa, anda harus tolak tepi kehidupan sosial anda. Jadi, tak salahkan jika anda beri perhatian kepada telefon anda sekejap? 5 minit je!

Mula-mula memang 5 minit, tapi apabila dah terlalu ralit melihat kandungan dalam Instagram dan Twitter, tanpa sedar dah dekat setengah jam berlalu. Alamak! Apa cerita anak anda? Waktu ini mulalah anda persoal kredibiliti sebagai ibu bapa, kan?

Jangan risau! Anda bukanlah ibu bapa yang teruk jika anda ambil sedikit masa untuk diri sendiri. Kami faham anda penat sebagai ibu bapa, dan anda juga perlukan alone-time anda. Tetapi, anda juga harus sentiasa berwaspada dengan keadaan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda dapati anda terlalu obses dengan telefon pintar anda, biar kami kongsikan sedikit apa yang kami tahu supaya anda dapat berenggang sedikit dengan telefon itu.

#1. Anak anda tidak akan kecil selama-lamanya

  

Kanak-kanak membesar dengan sangat cepat. Tau-tau je dah boleh bercakap, berjalan dan dah masuk sekolah?! Percayalah cakap kami, bila anda pasti akan merindui saat-saat pertama anak anda ketika dia membesar. Waktu mereka kecil inilah anda boleh peluk dan gomol mereka sepuas hati anda. Jadi hargailah waktu ini dengan meluangkan sebanyak mungkin masa anda bersama mereka

#2. Elakkan perkara buruk dari berlaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: CBS News

Kalau anak anda tiba-tiba diam ketika anda sedang leka bermain telefon, sedarlah bahawa itu tandanya anda patut letakkan telefon dan periksa apa yang anak anda sedang lakukan untuk mengelakkan perkara buruk dari berlaku. Di China, terdapat satu kes kecuaian ibu yang terlalu ralit bermain telefon sehingga tidak sedara bahawa anaknya berada dalam bahaya. Tragis!

#3. Mengajar anak skil sosial yang teruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Healthline

Skil komunikasi anak anda bermula di rumah. Jadi, jika respon anda terhadap si manja anda adalah “Hm,” atau “Ya.”, itulah yang mereka akan belajar dan terapkan dalam diri. Ini mungkin satu contoh keibubapaan yang teruk. Jangan berkecil hati jika anak anda membesar dan tidak berminat hendak berbual dengan anda, kerana anda yang mengajar mereka berkomunikasi sebegitu. Jadi, jika anda hendak anak anda menjadikan ibu bapa dia sebagai rakan baiknya, luangkanlah masa untuk berbual dengan mereka.

#4. Tugasan anda boleh tunggu

Kredit: Robert Walters

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mendapat e-mel atau notifikasi Whatsapp dari bos anda selepas waktu kerja, ketahuilah bahawa perkara tersebut boleh tunggu. Lagipun, itu tak termasuk overtime pun. Selepas waktu bekerja adalah waktu berkeluarga, dan anak-anak anda juga memerlukan komunikasi antara mereka dan ibu bapa mereka untuk tumbesaran yang bagus.

Terlalu fokus dan ralit dengan kerja selepas waktunya akan membuatkan anda lebih mudah serabut dengan anak anda kerana anda tak dapat bahagikan waktu kerja dan waktu keluarga, dan itu tak adil bagi si manja.

Kami pasti, tiada ibu bapa yang teruk dalam kalangan pembaca kami. Anda hanyalah manusia normal yang kadang-kadang perlu melepaskan stres, dan cara orang zaman sekarang melepaskan stres adalah dengan melayari sosial media mereka sebagai escapism ke alam maya.

Percayalah, anda bukan ibu bapa yang teruk jika anda pilih untuk periksa Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

Ya, menjadi ibu bapa adalah perkara yang sangat memberi tekanan. Tetapi, lepaskanlah stres anda dengan sosial media selepas semua tugasan menjaga anak selesai. Apabila anak sedang tidur, curilah sedikit masa untuk layari Internet atau rehatkan minda dan badan sendiri. Ya, kami juga tahu lepas anak tidur itu sajalah masa untuk anda kemas rumah, memasak dan sebagainya tetapi anda juga perlu rehat.

Sebagai penutup, kami hanya ingin mengingatkan anda: jika anda rasa anda tidak boleh berehat dengan kehadiran si manja, lupuskan mindset tersebut. Semua manusia layak mendapat rehat yang secukupnya, terutama sekali apabila mereka bergelar ibu dan ayah. Asalkan mereka tahu tanggungjawab mereka dan tahu bila hendak melunaskan tanggungjawab, dan bila hendak berehat.

Akhir kata dari kami, rehatlah. You deserve it.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Ambil Masa Untuk Rehat Dan Ikut Cara Tenangkan Diri Ini