5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

Pasangan berselisih pendapat adalah adat berumah tangga yang biasa kita dengari. Namun cuba elak lakukan perkara ini semasa bergaduh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak pernah bergaduh dengan pasangan? Wah, indahnya kalau setiap perkahwinan tak pernah diuji dengan masalah. Adat berumah tangga, berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah lumrah yang biasa berlaku dalam perkahwinan.

Kalau tak selalu, ia pasti berlaku sekali-sekala. Pergaduhan antara suami isteri kadangkala berlaku apabila perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada anda sedang memendam rasa terlalu lama.

Oleh itu, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang. Namun begitu, pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan lagi.

Apabila hal ini berlaku, kebanyakan suami isteri tidak dapat mengawal emosi dan melanggar batas-batas tertentu anda kepada pasangan anda. Sebagai suami isteri, anda perlu hormati pasangan anda dalam apa jua keadaan dan jangan lakukan perkara-perkara ini jika anda bergaduh dengan pasangan anda!

  • Jangan gunakan ayat-ayat yang boleh mengguriskan hati pasangan

Marah lah macam mana pun, anda sebagai pasangan janganlah menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan anda. Keadaan akan menjadi lagi keruh sekiranya anda memerli, menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati dan rasa hormat terhadap pasangan mula berkurangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaiknya, gunakan ayat ringkas yang mudah difahami dan menggambarkan perasaan anda ketika itu. Pasangan anda akan faham dan mereka pasti akan cari jalan untuk sama-sama perbaiki keadaan.

  • Jangan berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi 

Mengabaikan pergaduhan dalam sesebuah hubungan atau berpura-pura ia tidak pernah berlaku bukanlah idea yang bijak. Untuk membina hubungan suami isteri yang sihat, anda seharusnya tahu apa cara terbaik untuk perbaiki konflik rumah tangga anda.

Jika anda hanya pendam perasaan tanpa pengetahuan mereka, ia boleh mengganggu fikiran malah boleh meletup sehingga boleh mencetuskan konflik yang lain pula. Sebaiknya, jangan mengelak dan anda perlu berdepan pasangan anda dan selesaikan konflik dengan cara yang baik.

  • Jangan kongsi hal rumah tangga di media sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi kebiasaan pada seseorang untuk mendapatkan sokongan daripada sesiapa yang menjadi telinga yang mendengar pada setiap luahan hati mereka. Namun, luahan perasaan anda bukanlah untuk tontonan atau perhatian awam.

Perkara ini sebaiknya dielakkan kerana ia boleh menimbulkan banyak andaian yang bukan-bukan dari orang ramai serta fakta yang sebenar boleh dimanipulasi. Ia boleh menjadi bertambah buruk apabila ia menjadi bualan mulut orang ramai sehingga timbulnya fitnah.

Sebaiknya, luahkan perasaan anda hanya pada orang yang anda betul-betul anda percaya yang boleh berikan nasihat yang seimbang dan jujur tanpa perlu uar-uarkan pada orang ramai, okay?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jangan berikan silent treatment pada pasangan anda

Tidak apa jika anda perlukan sedikit ruang selepas bergaduh. Namun, mengabaikan pasangan anda hanya akan membuatkan rasa sakit dan marah bertambah saja.

Silent treatment boleh membuatkan pasangan anda berasa terabai dan menjadi satu bentuk penderaan emosi. Ini kerana  pasangan anda boleh jadi overthinking, mula berasa anda tidak hormati mereka dan mula syak perkara yang bukan-bukan pada anda.

Anda boleh beritahu mereka yang anda perlukan sekian waktu ‘me-time’ untuk tempoh cool down, dan kemudian anda boleh berbincang semula secara rasional tentang permasalahan anda berdua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jangan bergaduh dalam tempoh yang lama

Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan. Cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang, anda perlu buat tidak tahu sahaja yang anda baru bergaduh. Pujuklah pasangan anda dengan kata-kata yang menyejukkan hati. Memanjangkan pergaduhan tidak dapat mengubah keadaan.

Sebaliknya, bertenang dan berdamai lebih baik untuk perbaiki hubungan atau masalah dalam sesebuah perkahwinan. Oleh itu, jangan sengaja rosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau serta jangan sengaja bergaduh dengan pasangan anda semata-mata untuk dapatkan perhatian mereka.

Apa-apapun, perkara ini adalah asam garam dalam hidup berumah tangga. Sebagai suami mahupun isteri, anda hendaklah mengawal emosi, amarah dan tidak bertindak melampaui batas terhadap pasangan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa belajar untuk sama-sama mencipta rumah tangga yang bahagia dan gembira untuk kebaikan keluarga anda.

Artikel diterbitkan semula dengan kebenaran daripada Kiddocare

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Baca juga: Anak Paling Terkesan Bila Ibu Ayah Bercerai, Dalam Diam Ia Membunuh ‘Jiwa’ Mereka

Baca juga: 7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak

Penulis

kiddocare