Jika seorang adik meninggal, kakak, abang serta ahli keluarga yang lain pasti amat terasa. Memori bersama orang yang tersayang tidak mampu untuk dilupakan.
Apatah lagi jika dia sudah meninggalkan dunia. Kisah suka dan duka, gelak tawa adik beradik sering kali mengamit kenangan yang kadang kala bila teringat akan gugur air mata. Lebih-lebih lagi kita bakal berjumpa dengan Hari Raya kurang dua minggu lagi ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Adik meninggal dunia pagi hari raya, kakak imbas kembali tragedi 14 tahun yang lalu
- Bukan seorang sahaja adik meninggal dunia, malah empat orang ahli keluarga dijemput Ilahi dalam masa beberapa tahun
- Hargai keluarga selagi masih ada
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kedua-duanya saling melengkapi sehinggakan kita sebagai seorang insan yang lemah ini kadang kala lupa dengan hakikat hidup yang sementara. Tanpa kita sedar semuanya sudah tertulis oleh Yang Maha Pencipta.
Adik meninggal dunia pagi hari raya, kakak imbas kembali tragedi 14 tahun yang lalu
Kisah ini dikongsikan oleh Azira Mamat dari laman sosialnya, dengan memuat naik video yang memaparkan kenangan-kenangan terakhir beliau bersama arwah kedua ibu bapa dan adiknya.
Siapa sangka perkongsian ini tidak hanya dirasakan Azira sahaja malah rata-rata komen netizen yang melihat dan menghayati cerita ini sungguh meruntun jiwa. Seolah-olah keperitan dan rasa rindu yang ditangung Azira dikongsi bersama masyarakat di luar sana.
Bukan seorang sahaja adik meninggal dunia, malah empat orang ahli keluarga dijemput Ilahi dalam masa beberapa tahun
Bukan satu atau dua tetapi empat orang ahli keluarganya dijemput Illahi satu persatu dalam beberapa tahun sahaja.
“Adik kelima yang pertama meninggal dunia pada tahun 2004 kerana di langgar kereta yang terbabas ketika sedang bermain.”
“Empat tahun kemudian, adik perempuan ketujuh meninggal juga dilanggar kereta pada pagi 1 Syawal ketika dalam perjalanan membeli ais batu.”
Dua insan yang membesarkannya pula, ibu dan bapa Azira meninggal dunia pada tahun 2014 dan 2018. Ujian ini sungguh berat bagi beliau dengan kehilangan satu persatu insan tersayang lebih-lebih seorang adik yang sangat rapat dan disayangi.
Adik meninggal di depan mata dengan umur yang masih kecil ketika itu, meninggalkan parut berdarah yang masih basah dengan ingatan tragedi duka yang sungguh menyayat hati sehingga hari ini.
Apabila rindunya membuak-buak hanya tudung yang dipakai arwah adiknya sahaja yang menjadi pengubat jiwa. 14 tahun dalam simpanan, tidak pernah dibasuh.
Malah masih ada kesan peluh pada tudung itu. Begitu utuh pertalian adik beradik yang dia jaga.
Hargai keluarga selagi masih ada
Kenangan tidak mampu dijual beli. Selagi mereka masih ada berikanlah kasih sayang dengan sepenuh hati. Jika dulu kita malu untuk ucapkan perkataan “sayang”, “cinta”, dan “rindu” dengan keluarga, cuba ringankan mulut semula.
Pelikkan jika dengan orang lain kita mampu ucap kalimah pujian itu tetapi dengan insan yang membesar bersama, mulut terasa berat untuk melafazkan.
Tatkala masa terus dilengah dengan perkataan “nanti dulu”, sedar atau tidak yang nanti mampu kita tatap hanyalah tanah merah yang menjadi rumah baru mereka.
Sebab kita tidak tahu sampai bila masa dan ruang masih berpihak pada kita untuk membahagiakan mereka nanti. Cari “quality time” bersama lebih-lebih lagi pada bulan puasa yang mulia ini. Hangatkan kembali rasa cinta bersama keluarga yang tersayang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Dah Meninggal, Kini Ayah Yang Uruskan Anak Sampai Tersalah Beli Saiz Baju Sekolah
Baca juga: Ayah Dah Meninggal, Accident. Ibu Pun’- Guru Kongsi Video Buat Ramai Rasa Sebak
Baca juga: Mereka Tidur Lama,” Dua Kanak-Kanak Tinggal Bersama Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Selama 3 Hari