Dah Makin Besar & Comel, Ibu Bersyukur Pipi Ainul Mardhiah Sembuh Sendiri & Tak Perlu Betulkan Urat Tisu

Ainul Mardhiah yang semakin membesar sihat menunjukkan perkembangan positif apabila kedua-dua belah pipinya sembuh dengan sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif apabila pipinya sembuh sendiri dan tidak perlu lagi rawatan yang lanjut mengenainya. Meluahkan rasa syukur, ibunya telah menulis perkembangan itu di laman Instagram miliknya.

Pernah mendapat liputan luas beberapa tahun lalu kerana menghidap kanser mulut iaitu Germ Cell Tumor, Ainul kini semakin menunjukkan perkembangan yang positif setelah tiga tahun menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di mulutnya.

Melihat perkembangan terkini keadaan dirinya itu, dia kini membesar dengan sihat dan semakin comel.

Pipi Ainul Mardhiah sembuh sendiri, tidak perlu jalani pembedahan- ibu

Menulis lanjut mengenai keadaan terkini anak kecil ini, ibunya memberitahu di laman Instagram miliknya bahawa Ainul tidak perlu lagi menjalani rawatan untuk memperbetulkan urat-urat tisu di pipi sebelah kanan lagi kerana ianya telah pun sembuh. 

Sebelum ini, doktor sudah menyediakan report untuk memperbetulkan semula urat tisu kerana mengalami bengkak selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya itu. 

“Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul dah sama pipi sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul.

So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa Allah, dah elok dengan sendiri.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengimbas tiga tahun lalu, Ainul yang menghidap kanser Germ Cell Tumor ketika usianya 10 hari pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuang ketumbuhan di mulutnya itu.

Namun, ketika usianya mencecah 8 bulan ketumbuhan itu muncul kembali dan membesar sehingga merebak ke bahagian mulut dan lehernya.

Pasangan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi waktu itu bertungkus lumus berusaha mengumpul dana untuk mendapatkan rawatan bagi anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah ini tersebar luas yang akhirnya mendapat perhatian Dr Nur Amalina Bakri yang berusaha bersama-sama dengan doktor pakar di United Kingdom untuk membuang ketumbuhan pada Ainul. Hasil usahanya itu dengan dana bantuan orang ramai, pembedahan itu akhirnya berjaya.

Orang ramai tumpang gembira melihat perkembangan terkini 

Melihat perkembangan yang ditunjukkan oleh Ainul, orang ramai menulis komen di laman instagram milik ibunya meluahkan rasa syukur dan gembira apabila mengetahui keadaannya kini.

“Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, kita hanya merancang.”

“Alhamdulillah MasyaAllah Tabarokallah, Fi Amanillah Ainul seisi keluarga. Aamiinn.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Alhamdulillah dah nampak chubby dan cute mukanya. Semoga sentiasa dikurnia kesihatan yang berkekalan. Aamiinn.”

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Rawatan Eczema Bayi Yang Berkesan, Jika Anak Anda Sakit Juga Jom Cuba!

Baca juga: 5 Penyakit Bayi Baru Lahir Biasa Alami, Ibu Ayah Kena Take Note

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani