X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

4 min bacaan
Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note ParentsMacam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

Selalu kita lihat, ibu ayah lebih gemar rujuk di media sosial. Bila nafas bayi laju pun sempat bertanya lagi tanpa segera ke hospital.

Sempat lagi ambil gambar atau video dan post di media sosial hanya kerana nak pastikan keadaan anak. Sikap mengambil ringan terhadap situasi nafas bayi laju boleh membawa maut jika pemeriksaan awal dan rawatan segera tidak dilakukan.

Ia juga membawa maksud bahawa bayi anda perlu berusaha lebih semasa bernafas bagi memastikan dirinya mendapat kandungan oksigen yang mencukupi.

Jadi, pastikan anda terus bawa kepada doktor jika anak anda ada tunjuk tanda-tanda yang dia mengalami kesukaran untuk bernafas atau bernafas laju.

Nafas bayi laju, ibu ayah perlu ambil perhatian tanda-tandanya

Nafas bayi laju

Masa anak tengah struggle lah dia sibuk dan ambil video nak tunjuk dekat media sosial. Sedangkan masa itu anak sebenarnya sedang bertarung nyawa.

Patutnya masa tu yang perlu dibuat adalah bawa segera anak ke hospital! Ini tidak, dia masih sempat lagi nak tanya pendapat di media sosial!

Kalau dah terlambat, kan sudah menyesal tak sudah! Jadi menurut Dr Khairi Aiman Mohamed, ada beberapa keadaan yang perlu diberi perhatian oleh ibu ayah. Ia termasuklah:

#1. Kadar pernafasan laju

Nafas bayi laju

Dalam dunia perubatan, nafas bayi laju seperti tercungap-cungap digelar sebagai Tachypnea. Bagi golongan dewasa kadar pernafasan yang melebihi 20 kali dalam tempoh seminit dikira sebagai Tachypnea.

Bagi kanak-kanak dan bayi pula, definisinya berbeza bagi setiap peringkat umur sebagai contoh :

  • Bayi berusia < 2 bulan : kadar pernafasan > 60 kali pernafasan dalam seminit
  • Bayi berusia 2 bulan – 1 tahun : kadar pernafasan > 50 kali pernafasan dalam seminit
  • Kanak-kanak berusia 1 – 5 tahun : kadar pernafasan > 40 kali pernafasan dalam seminit

Ia adalah salah satu tanda amaran yang paling mudah untuk dikenal pasti oleh ibu bapa semasa di rumah.

#2. Nasal flaring

Pada kebiasaannya, saiz pada bahagian pembukaan lubang hidung tidak akan mengalami apa-apa perubahan. Namun apabila terdapatnya masalah sistem pernafasan yang menyebabkan nafas bayi dan anak laju seperti jangkitan paru-paru dan sebagainya, saiznya akan mula mengembang dan melebar.

Ia adalah petanda bahawa bayi tersebut sedang mengalami kesukaran untuk bernafas seperti biasa dan memerlukan rawatan segera.

#3. Dada melekuk ( Retractions )

Selain dari pelebaran pembukaan ruang hidung, anda akan dapati bahagian dada bayi akan melekuk pada setiap tarikan nafas yang dilakukan.

Retractions yang dapat dilihat pada dada bayi merupakan salah satu tanda amaran yang tidak boleh diambil mudah. Situasi ini terjadi agar lebih banyak udara dapat disalurkan ke organ dalaman penting seperti paru-paru bagi tujuan penukaran oksigen dengan karbon dioksida.

#4. Hembusan nafas berdengus

Bunyi hembusan nafas yang kuat daripada kebiasaan seperti mendengus adalah salah satu mekanisma badan untuk memastikan saluran ruang pernafasan kekal utuh dan bekalan oksigen tidak terputus.

Hembusan kuat melalui ruang peti suara yang tertutup menghasilkan bunyi sedemikian.

#5. Bayi menjadi lemah

Tanda yang terakhir adalah yang paling bahaya sekali. Ia menunjukkan bahawa bekalan oksigen di dalam badan berada pada tahap yang kritikal.

Akibat dari itu, organ-organ penting dalam badan seperti otak, jantung dan sebagainya mengalami kekurangan bekalan oksigen untuk terus berfungsi.

Kurangnya saluran oksigen ke otak dan disertai dengan bebanan kerja tambahan meletihkan sistem badan bayi itu sendiri secara keselurahan. Lalu bayi akan kelihatan pasif dan tidak bermaya. Tindakan dan rawatan segera mampu untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi buruk daripada berlaku.

Ibu ayah perlu pelajari asas kenal pasti gejala bahaya pada nafas bayi

Nafas bayi laju

Masalah saluran pernafasan merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh bayi dan kanak-kanak yang lebih berusia.

Anda selalunya akan dengar bayi atau kanak-kanak di awal usia kebanyakkannya perlu dimasukkan ke dalam wad akibat dari jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan terutamanya berbanding dengan masalah kesihatan lain.

Stories Rakan Kongsi
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Ibu bapa perlu mengetahui dan mempelajari asas-asas untuk mengenal pasti gejala atau tanda bahaya apabila nafas bayi laju agar tindakan segera dapat dilakukan.

Pemeriksaan dan rawatan awal seperti bantuan pernafasan oksigen, nebulizer dan sebagainya terbukti mampu menyelamatkan nyawa mereka dan mengelakkan komplikasi-komplikasi bersar dari terjadi.

Dr Khairi Aiman Mohamed

Baca juga: 6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk

Baca juga: 4 Resepi Masakan Berpantang Yang Baik Untuk Rangsang Imuniti Ibu Lepas Bersalin

Baca juga: 4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents
Kongsikan:
  • "Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,''-Ini Penjelasan Dari Doktor

    "Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,''-Ini Penjelasan Dari Doktor

  • 5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

    5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

  • 5 Petua Mandian Bayi Oleh 'Orang Lama' & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi

    5 Petua Mandian Bayi Oleh 'Orang Lama' & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi

app info
get app banner
  • "Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,''-Ini Penjelasan Dari Doktor

    "Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,''-Ini Penjelasan Dari Doktor

  • 5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

    5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

  • 5 Petua Mandian Bayi Oleh 'Orang Lama' & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi

    5 Petua Mandian Bayi Oleh 'Orang Lama' & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.