Bayi selsema antara perkara yang jika boleh ibu bapa memang mahu elakkan kerana ia sering buat bayi tidak selesa dan akhirnya meragam tidak henti.
Memang meragam sajalah yang mereka tahu kerana rasa tidak selesa pada hidung dan membuatkan hidung mereka tersumbat.
Kadang kala buntu jadinya ibu bapa, lebih-lebih lagi ibu bapa baru yang belum cukup pengalaman lagi menghadapi pelbagai ragam bayi dan bagaimana untuk menenangkan bayi jika mereka tidak sihat.
Baca juga: 5 jenis makanan boleh hilangkan selsema anak tanpa guna UBAT!
Bayi selsema boleh dibantu dengan 9 cara ini

Kali ini kita kongsikan bagaimana untuk membantu bayi selsema supaya dia dapat jadi lebih selesa terutama pada waktu tidur yang sering membuatkan mereka terganggu jika selsema.
Ada di antara bahan-bahan yang digunakan ini anda boleh dapati di dapur rumah anda saja tak perlu merantau jauh-jauh untuk mendapatkannya.
Mungkin bila anda baca, anda terkejut rupanya barangan di dapur saja boleh bantu untuk redakan bayi selsema. Kenapalah baru tahu kan? Jika dari dulu tahu mesti dah cuba.
#1. Kunyit hidup

ecara tradisional kunyit boleh digunakan untuk membantu bayi selsema. Ibu hanya perlu menumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung, belakang badan dan dahi anak.
InshaAllah, selepas beberapa kali ulang, hingus akan kering dan melegakan pernafasan. Jika anda berada di luar, atau sedang melancong dapatkan saja kunit hidup potong sedikit dan letakkan pada batang hidung bayi.
Tidak perlu tumbuk atau hancurkan.
#2. Mandian lemon
Ini memang bukan rahsia lagi. Mandian lemon memang amat membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan bayi selsema. Dengan penggunaan lemon yang biasanya diperah dan mandi dalam air suam, ia akan membuatkan bayi lebih selesa.
Air suam yang dicampur lemon akan membantu membuka rongga pernafasan bayi yang sedikit 'ketat' apabila selsema. Disebabkan itu mereka tidak dapat bernafas dengan selesa.
Ibu boleh memandikan anak dengan beberapa hirisan buah lemon. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus anak.
#3. Minyak bawang putih
Untuk mendapatkan minyak bawang putih, ibu hanya perlu membakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.
Campurkan bersama dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk membantu melegakan pernafasan.
#4. Bawang merah
Ibu hanya perlu mengupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan air bawang. Ibu hanya letak kan air bawang tersebut berdekatan tempat tidur bayi bawah dua tahun. Ini dapat mengeringkan selsema bayi.
Jangan pula sapu pada anak, panas nanti kulitnya. Jika tidak mahu tumbuk, belah saja dua bawang berkenaan dan letak di mana tempat bayi tidur. Bawang akan menyerap bakteria di sekeliling bayi.
#5. Lemon, halia, madu
Ibu hanya perlu memerah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.
#6. Tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala
Tidur bayi akan terganggu apabila diserang selsema. Ibu boleh tinggikan kepala bayi dari kebiasaan semasa tidur untuk membantu bayi bawah 2 tahun bernafas lebih baik dan sempurna.
#7. Tepuk percussion
Tepukan percussion ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak bayi. Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapan tangan secara melengkung.
#8. Kerapkan Penyusuan Susu Ibu
Khasiat susu ibu terbukti dapat memulihkan bayi yang selsema. Oleh itu,ibu disarankan menyusu bayi dengan lebih kerap. Untuk anak-anak yang sudah besar, berikan air masak secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
#9. Spray Hidung

Spray hidung boleh didapati di farmasi dan klinik. Ia diperbuat daripada air garam untuk mengeluarkan hingus anak. Spray ini dapat membantu anak mengeluarkan hingus kerana mereka tidak pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri.
Selain itu anda boleh sedut hingus anak dengan penyedut yang memang ada dijual di pasaran.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: momqhalif.com
Baca juga: 3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!