X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kuantiti Air Mani Tentukan Kesihatan Anda dan Bantu Lengkapkan Hubungan Pasangan

3 min bacaan
Kuantiti Air Mani Tentukan Kesihatan Anda dan Bantu Lengkapkan Hubungan PasanganKuantiti Air Mani Tentukan Kesihatan Anda dan Bantu Lengkapkan Hubungan Pasangan

Tahukah anda jumlah air mani banyak atau sedikit memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan anda dan kepuasan pasangan?

Sejak adanya pendedahan tentang seks secara umum, banyak lelaki terpaksa bertarung dengan gambar “tidak real” dalam pornografi hingga mereka kerap risau tentang saiz zakar mereka. Sedangkan, saiz zakar tidak memainkan peranan sangat dalam kepuasan wanita. Apa yang memainkan peranan ialah jumlah air mani kurang atau banyak yang dihasilkan oleh anda. 

Air mani terbukti mampu mengubati masalah depresi pada wanita, malah membuatkan wanita lebih puas ketika berasmara! Tapi, jangan terkeliru antara air mani dan sperma. Sebenarnya, air mani dan sperma bukan benda yang sama.

Air mani adalah cecair berwarna putih yang keluar daripada zakar apabila seorang lelaki mencapai orgasma.

Manakala, sperma adalah “cecair individu” yang terkandung dalam air mani yang boleh membuatkan seorang wanita hamil.

Apabila seorang lelaki mengalami ejakulasi, air mani yang keluar mungkin banyak, tapi kandungan sperma di dalamnya mungkin hanya mencapai sebanyak 3% saja. Dan tahukah anda, jumlah air mani tersebut juga boleh menentukan tahap kesihatan anda? Ha… jangan terkejut ya!

Jom kita bincang dengan lebih lanjut tentang jumlah air mani kurang atau banyak ini yang mampu menentukan tahap kesihatan.

Jumlah air mani kurang atau banyak

air mani kurang

Kredit: Pexels

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah purata bagi ejakulasi yang dilepaskan oleh seorang lelaki ialah sebanyak 3.7 mL, bersamaan 3 suku sudu teh. 

Jumlah purata air mani yang dihasilkan pula dalam satu-satu ejakulasi adalah sebanyak 1.5mL hingga 6mL sahaja (satu sudu teh).

Jadi, bagaimana jumlah air mani ini boleh menentukan tahap kesihatan anda?

Menurut Dr Daniel Williams, seorang pakar dari United Kingdom, jumlah ejakulasi setiap lelaki biasanya akan semakin menurun apabila mereka memasuki usia 30-an. 

Pengurangan ini boleh menyebabkan mati pucuk, ejakulasi pramatang dan pelbagai masalah kebatinan lain. 

Baca juga: Usah Kecewa Jika Suami Mati Pucuk, Ini Ubat & Rawatan Yang Sesuai Untuk Mereka

Rangsangan boleh tentukan jumlah air mani yang terhasil

air mani kurang

Kredit: Unsplash

Namun, jangan panik. Tubuh lelaki tercipta untuk sentiasa menghasilkan sperma dan menyimpan ia untuk proses ejakulasi. 

Antara cecair lain yang akan dicampur dalam sperma dan air mani ialah cecair dari vesikel seminal dan prostat. 

Jumlah masa yang dibelanjakan ketika berhubungan seks dan rangsangan yang diberi mampu menjejaskan jumlah air mani yang terhasil. 

Maksudnya di sini, semakin panjang dan “hangat” rangsangan yang diberi, semakin tinggi kesannya pada jumlah air mani yang akan terhasil. 

2 cara mudah meningkatkan kualiti dan kuantiti air mani 

Anda masih boleh meningkatkan penghasilan air mani dan sperma untuk kesihatan yang lebih bagus, malah memuaskan pasangan dengan melakukan 2 cara mudah ini:

  1. Mengubah diet seharian anda
  2. Mengubah gaya hidup seharian anda

Dengar macam mudah, tapi ada beberapa peraturan yang perlu anda lakukan. Dalam mengubah diet seharian, anda perlu melakukan:

  • Kurangkan makanan proses. Ambil lebih banyak sayur-sayuran, makanan organik, minum banyak air
  • Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren
  • Makan lebih banyak zat besi seperti makanan kekacang, daging, ayam
  • Makan lebih banyak bawang puting, susu, yogurt, ginseng

Untuk gaya hidup pula, anda perlulah mengamalkan:

Kuantiti Air Mani Tentukan Kesihatan Anda dan Bantu Lengkapkan Hubungan Pasangan
Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Kredit: Unsplash

  • Jangan merokok, ambil dadah dan minum alkohol
  • Jangan memakai seluar dalam yang terlalu ketat
  • Jangan berbasikal kerana ia mengurangkan jumlah sperma
  • Jangan terlalu stress
  • Jaga kesihatan dan berat badan

Sumber rujukan: Daily Star, The Sex MD

Baca juga: Rapatkan Hubungan Intim Suami Isteri Dengan Mencari Titik G-Spot Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kuantiti Air Mani Tentukan Kesihatan Anda dan Bantu Lengkapkan Hubungan Pasangan
Kongsikan:
  • Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

    Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

  • Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

    Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

    Bahaya Warna Air Mani Kuning, Adakah Ia Tanda Suami Ada Masalah Kesihatan?

  • Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

    Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.