10 Minuman Sejuk Badan Yang Menyegarkan Ketika Cuaca Panas
Air sejuk badan dapat mengelakkan rasa lesu dan cepat dahaga ketika cuaca panas. Antaranya 1) Air Kelapa, 2) Tembikai, 3) Timun
Musim panas yang melampau boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keletihan, dehidrasi dan pening kepala. Justeru, penting untuk menyejukkan badan secara semula jadi bagi mengekalkan kesegaran dan kesihatan. Ada beberapa jenis air sejuk badan yang boleh anda amalkan setiap hari bagi memastikan tubuh sentiasa segar.
Isi Kandungan
Air Sejuk Badan Yang Menyegarkan
Berikut beberapa jenis air sejuk badan yang menyegarkan:
1. Air Kelapa
Air kelapa merupakan sumber semula jadi yang kaya dengan elektrolit seperti kalium, natrium, dan magnesium. Minuman ini membantu menggantikan cecair yang hilang akibat peluh yang berlebihan, serta mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh. Ia juga membantu menurunkan suhu badan dan memberikan kesegaran segera.
2. Tembikai
Tembikai juga antara air sejuk badan kerana ia mengandungi lebih 90% air, menjadikannya buah yang sangat berkesan untuk mengatasi dehidrasi. Kandungan air dan gula semula jadinya membantu mengembalikan tenaga tubuh yang hilang akibat cuaca panas. Selain itu, tembikai juga mengandungi antioksidan seperti likopena yang melindungi kulit daripada sinaran matahari.
3. Timun
Timun terkenal sebagai makanan yang bersifat sejuk dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Ia membantu menyingkirkan haba berlebihan dari tubuh, sekali gus menurunkan suhu badan secara semula jadi. Timun juga menyokong sistem penghadaman dan membantu detoksifikasi.
4. Air Pudina
Air sejuk badan yang lain adalah air pudina. Ia dicampur dengan daun pudina memberikan kesan penyejukan serta-merta pada tubuh.
Pudina mengandungi mentol semula jadi yang mampu merangsang sensasi sejuk pada kulit dan saluran pernafasan. Ia juga membantu menyegarkan minda dan mengurangkan rasa letih akibat cuaca panas.
5. Air Lemon
Air lemon bukan sahaja menyegarkan tetapi juga membantu mengekalkan hidrasi tubuh. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon membantu meningkatkan imuniti dan mengurangkan keletihan. Minuman ini juga merangsang sistem penghadaman dan membuang toksin dari badan.
6. Susu Dadih
Susu dadih atau “buttermilk” mengandungi probiotik semula jadi yang baik untuk kesihatan usus. Ia membantu menenangkan sistem penghadaman yang terjejas akibat cuaca panas, serta memberikan kesan penyejukan kepada tubuh. Minuman ini juga membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan.
7. Jus Aloe Vera
Air sejuk badan yang lain adalah aloe vera. Aloe vera atau lidah buaya terkenal dengan sifat penyejukannya. Jus aloe vera membantu menghidratkan tubuh secara mendalam dan mengurangkan haba dalaman. Selain itu, ia juga menyokong kesihatan hati dan kulit, yang sering terjejas akibat pendedahan kepada haba berlebihan.
8. Jus Mangga
Jus mangga segar mengandungi vitamin C dan antioksidan yang membantu menyejukkan badan. Ia juga berfungsi sebagai pelindung semula jadi terhadap strok haba dan membantu mengembalikan tenaga yang hilang akibat keletihan panas.
9. Biji Selasih
Biji selasih apabila direndam di dalam air akan mengembang dan membentuk tekstur seperti jeli. Ia mempunyai kesan penyejukan yang kuat terhadap badan, serta membantu menenangkan sistem penghadaman dan mengurangkan rasa panas dari dalam. Biji ini sesuai ditambah dalam minuman seperti sirap atau air lemon.
10. Biji Adas (Fennel)
Biji adas mempunyai sifat penyejukan semula jadi dan sering digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menurunkan suhu badan. Ia juga membantu memperbaiki sistem penghadaman yang mungkin terjejas akibat cuaca panas. Air rebusan biji adas boleh diminum suam atau sejuk untuk kesan yang lebih baik.
11. Air Barli
Air barli juga salah satu air sejuk badan, ia mempunyai sifat penyejuk yang boleh membantu menurunkan haba dalam badan. Rebus barli bersama air, tapis dan minum ketika suam atau sejuk. Boleh diamalkan setiap hari.
12. Minum Air Asam Jawa
Air penyejuk badan seperti air asam jawa juga membantu melancarkan sistem penghadaman. Ambil sedikit asam jawa, bancuh dengan air suam dan tambah sedikit madu jika suka.
Petua Hilangkan Panas Dalam Badan Dewasa
Panas dalam badan adalah keadaan yang biasa dialami oleh orang dewasa, terutamanya ketika cuaca panas, selepas makan makanan pedas, atau apabila badan kurang minum air. Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa seperti sakit tekak, badan lesu, mulut kering, atau mudah marah.
Berikut ialah beberapa petua semula jadi yang boleh diamalkan untuk menghilangkan panas dalam badan dengan cara yang selamat dan berkesan:
1. Minum Air Masak Secukupnya
Air ialah agen penyejuk semula jadi paling asas dan penting. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan tubuh kekal terhidrat dan menstabilkan suhu dalaman.
2. Makan Buah-Buahan Bersifat Sejuk
Pilih buah-buahan yang kaya dengan kandungan air seperti:
-
Tembikai
-
Timun
-
Betik
-
Belimbing
Buah-buahan ini membantu menurunkan suhu badan dan mengurangkan rasa panas dari dalam.
4. Kurangkan Makanan Pedas dan Berminyak
Makanan seperti cili, kari pekat, dan gorengan boleh menyebabkan haba badan meningkat. Kurangkan pengambilannya terutama waktu cuaca panas atau ketika badan rasa ‘berangin’.
5. Jus Aloe Vera
Aloe vera atau lidah buaya bukan sahaja digunakan untuk kecantikan, tetapi juga sangat efektif untuk menyejukkan dalaman tubuh. Jus aloe vera membantu melawan panas dalam serta meningkatkan imuniti.
6. Rendam Kaki dalam Air Garam Suam
Cara ini membantu mengurangkan haba berlebihan dalam badan. Air garam bertindak sebagai penarik toksin dan haba dari badan melalui kaki. Amalkan 10–15 minit sebelum tidur.
7. Minum Air Rebusan Daun Pegaga atau Daun Pudina
Daun pegaga dan pudina kedua-duanya bersifat sejuk dan membantu menyeimbangkan suhu badan. Rebus dan minum sebagai teh herba. Boleh diamalkan dua kali seminggu.
8. Rehat yang Cukup dan Kurangkan Tekanan
Tekanan atau stres boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak haba. Pastikan anda mendapat tidur secukupnya dan cuba amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, solat, atau meditasi ringan.
Kesimpulannya, pengambilan air sejuk badan dapat membantu menangani kesan negatif musim panas. Selain memastikan tubuh kekal terhidrat, pilihan-pilihan semula jadi ini juga menyokong sistem penghadaman, meningkatkan tenaga dan melindungi tubuh daripada risiko strok haba.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cuaca Panas Melampau: Bahaya Kepada Kesihatan, Cara Lindungi Diri & Tips Kekal Sejuk Sepanjang Hari
Baca juga: Strok Haba: Tanda, Kesan & Cara Mencegah Strok Haba Ketika Cuaca Panas Mengikut KKM
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!