Sedapnya Milo Ais Kepal Meleleh & Penuh Topping, Ini Resepi Mudah Untuk Dicuba!

Milo ais adalah minuman biasa dan sudah lama dikenali. Namun kreativiti masyarakat telah mengolahnya menjadi ais kepal dengan rasa sungguh mengujakan!

Dengan cuaca sekarang yang kadang panas, kadang sejuk, sedapnya kalau dapat menikmati milo ais kepal! Bayangkan bila sampai di tekak, rasa sejuk, manis dan enak memang terangkat selera.

Jika sebelum ini ibu ayah hanya mendapatkan di kedai-kedai berhampiran, apa salahnya kalau cuba buat sendiri ais kepal perisa milo di rumah bersama anak-anak. Malah anda juga boleh hadkan tahap kemanisan ais kepal milo tersebut.

Ais kepal ini tidak hanya disukai orang dewasa tapi kanak-kanak turut gemar menikmatinya. Tapi ingat, jangan beri anak makan selalu kerana ia mengandungi tahap gula yang tinggi, buat sekali sekala saja ya!

Resepi:

Bahan-bahan: 

  • 1/2 susu krimer manis
  • Ais batu secukupnya untuk dikisar
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • 8 sudu serbuk Milo 

Cara membuatnya: 

  1. Kisar ais batu menggunakan blender 
  2. Kemudian, masuk ais yang dikisar tadi dalam mangkuk
  3. Campurkan serbuk milo, serbuk coklat dan susu krimer manis. Kemudian, gaul dengan mixer
  4. Selepas itu, tuangkan campuran tadi di atas ais kepal
  5. Untuk topping, anda boleh menambah serbuk milo, taburan kacang halus atau cornflakes 
  6. Ais kepal milo siap untuk dinikmati

Hadkan Sukatan Susu Krimer

resepi milo ais kepal

Untuk ibu-ibu yang ingin berikan anak minum ais kepal milo, anda boleh menyukat kandungan gula sendiri seperti menghadkan penggunaan susu krimer atau mengurangkan sudu serbuk milo.

Ia terpulang kepada anda kerana sukatan gula dalam resepi ini agak tinggi. Seperti minuman ais kepal milo ini susu krimer manis mengandungi 20 gram gula. Jadi ibu boleh menyukatnya sendiri atau mengurangkan sedikit susu krimer dalam sajian ini. Asalkan ia cukup enak dan manis untuk dinikmati. 

Nasihat daripada pakar Dr Luciana,  ibu bapa perlu membatasi kandungan gula dalam minuman manis sebelum berikan pada anak-anak. Ia tidak hanya bagus untuk kanak-kanak, malah juga untuk golongan dewasa demi untuk mencegah diabetes.

Di bawah kami kongsikan video resepi ni:

 

Sejarah Ais Kepal Milo di Malaysia

sejarah milo ais kepal

Jika diselidik dari manakah asalnya ciptaan ais milo kepal ini, sebenarnya ia bermula dari pasangan peniaga yang sudah berusia di Kuala Kangsar, Perak. Dikenali sebagai Milo Kepal Tok Abah Viral, kedai miliknya pernah muncul di kaca televisyen melalui rancangan Majalah 3.

Sebelum mendapat perhatian dan tular sehingga seluruh Malaysia, pasangan ini mengatakan bahawa mereka sudah berniaga hampir 3 tahun. Jika dilihat dari kejauhan, kedai ini tidak henti-henti menerima kehadiran pengunjung yang sanggup beratur panjang bagi menikmati ais kepal milo Tok Abah.

Pada awalnya, mereka hanya meletakkan ais kepal ini dalam plastik. Kemudian ia ditambah baik kepada bekas plastik dengan saiz yang agak besar. 

Apa yang istimewanya, mereka tidak menggunakan ais kisar yang sudah sedia  dijual oleh pembekal, sebaliknya mengisar sendiri ketulan ais sehingga menjadi ais kepal.

Bukan itu sahaja, bancuhan milo yang dicampur susu juga sangat pekat. Mereka berniaga jujur menggunakan milo asli dan bukannya serbuk koko.

Justeru, tidak hairanlah mengapa Ais kepal Tok Abah Kuala Kangsar ini menjadi tarikan ramai pelanggan adalah bancuhan Milo meleleh yang diletakkan atas ais kepal tu. Pekat, ori dan banyak.

Satu cawan bancuhan milo pekat ini sudah cukup untuk satu plastik ais kepal.  Harga sebungkus ais kepal ini cuma RM5.00 sahaja. Memang puas hati makan ais kepal ni walaupun kena bersabar dan beratur panjang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Baca juga: Ketahui 10 Jenis Minuman Yang Perlu Ibu Hamil Elak, Jika Minum Boleh Bahayakan Kandungan!

Baca juga: Tips Ajar Anak Minum Air Kosong Ikut Umur, Barulah Mereka Suka – Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!