X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Aishwarya Rai & Anaknya Positif Covid-19, Selepas Suami Abhishek Bachchan & Bapa Mertua Amitabh Bachchan Sah Dijangkiti

13 Jul, 2020
Aishwarya Rai & Anaknya Positif Covid-19, Selepas Suami Abhishek Bachchan & Bapa Mertua Amitabh Bachchan Sah Dijangkiti

Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas bapa mertuanya, yang juga merupakan bintang veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suaminya, Abhishek Bachchan, 44, dimasukkan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan Covid-19 mendapati dua beranak itu positif jangkitan itu.

Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya pula disahkan positif Covid-19. Berita ini disahkan selepas suaminya Abhishek Bachchan dan bapa mertua Amitabh Bachchan dijangkiti Covid-19 pada sabtu lepas, menjadikan mereka kes 3 generasi dijangkiti pandemik tersebut. 

Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas bapa mertuanya, yang juga merupakan bintang veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suaminya, Abhishek Bachchan, 44, dimasukkan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan Covid-19 mendapati dua beranak itu positif jangkitan itu.

Aishwarya Rai Bachchan

Kuarantin di rumah

Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope dalam ‘tweet’ di Twitternya pada Ahad memaklumkan yang Aishwarya dan anak perempuannya, Aaradhya  yang berusia lapan tahun disahkan positif.

Mereka berdua diarah untuk kuarantin di rumah. Semua ahli keluarga juga telah menjalani ujian Covid-19 dan disahkan negatif. Mereka turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesihatan mereka. 

Terdahulu, kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan memberitahu, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil.

Amitabh Bachchan & Abhishek Bachchan masih di hospital 

“Saya dan bapa saya masih di hospital sehingga keadaan bertambah baik, semua orang perlu kekalkan kesihatan yang baik, ikut peraturan!” kata Abhishek. 

Legenda perfileman Hindustan, Amitabh dalam ‘twitnya’ di Twitter pada Sabtu memaklumkan dia dan anak lelakinya, Abhishek disahkan virus itu.

Dalam hantaran itu, beliau juga meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya membuat ujian saringan.

Aishwarya Rai Bachchan

Foto: Reuters

Kes Covid-19 di India mencecah 850,000

Amitabh Bachan pernah terlibat dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa pada tahun 1982, apabila sebuah meja menghempap abdomennya ketika penggambaran bergaduh. 

Kejadian ini diimbau oleh salah seroang peminatnya yang sanggup datang ke Mumbai untuk memberi sokongan kepada idolanya. 

Amitabh Bachan boleh dikatakan antara lelaki terkaya di India dengan ikatan kontraknya bersama pelbagai jenama India dan global. Nilainya sekarang dianggarkan mencecah RM426. 6 juta. 

Aishwarya Rai Bachchan yang kini berusia 46 tahun, sentiasa dikenali dengan personalitinya yang cantik dan telah membintangi kebanyakan filem Bollywood serta Hollywood. Dia juga merupakan duta jenama syarikat kosmetik gergasi L’Oreal . 

India kini direkodkan antara tiga negara tertinggi dengan kes jangkitan sebanyak 850,000. Perintah kawalan pergerakan separa telah dilakukan pada kebanyakan tempat dengan populasi tertinggi. 

Duta dari kementerian kesihatan persekutuan menunjukkan lebih 27, 100 kes baru dicatatkan dalam masa 24 jam. Sementara kes kematian meningkat sebanyak 22, 674. 

Pegawai dari pejabat perdana menteri telah memberitahu Reuters bahawa menteri-menteri semua dinasihatkan untuk elakkan ‘tweet’ mengenai keluarga Bachchan bagi mengelakkan apa-apa spekulasi daripada peminat. Ini semua demi kebaikan pesakit. 

Aishwarya Rai Bachchan

Bapa dan anaknya kini sedang dirawat di Nanavati Hospital di Mumbai, dan mereka dipercayai hanya mengalami simptom ringan. 

Pihak berkuasa telah mengarahkan tempat kediaman Amitabh Bachchan di Mumbai disanitasi. Termasuklah kawasan letak kereta di luar. 

Kes Amitabh Bachchan dicatatkan sebagai kes berprofil tinggi yang menentang coronavirus. Dia menasihati seluruh rakyat India untuk kekalkan kesihatan yang baik, sentiasa memakai topeng wajah, kerap cuci tangan serta amalkan penjarakkan sosial. 

Filem industri di India baru-baru ini telah menyambung penggambaran selepas berbulan-bulan dalam tundaan sejak berlakunya ‘lockdown’ pada Mac lepas. 

Namun pelakon Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan telang dihalang memasuki tempat penggambaran sehinggalah mereka pulih sepenuhnya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: AstroAwani, Malaymail

Baca juga:

Bersama Perangi Covid-19, Angelina Jolie & 10 Selebriti Lain Menderma Jutaan Ringgit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Aishwarya Rai & Anaknya Positif Covid-19, Selepas Suami Abhishek Bachchan & Bapa Mertua Amitabh Bachchan Sah Dijangkiti
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham