TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jutawan & Kerabat DiRaja Ini Sibuk Nak Ajar Anak Mereka Bahasa Mandarin Kini

4 min bacaan
Jutawan & Kerabat DiRaja Ini Sibuk Nak Ajar Anak Mereka Bahasa Mandarin Kini

Ajar anak bahasa Mandarin ada pelbagai kelebihan dan manfaat sehingga semua jutawan dan kerabat diRaja ini pun sibuk mengajar anak mereka sejak kecil. Ingin tahu apa kelebihannya?

Ajar anak bahasa Mandarin

Mengajar anak bahasa Mandarin atau mana-mana bahasa kedua terbukti mampu meningkatkan keupayaan kognitif, kesihatan dan pembelajaran anak-anak.

Bahasa kedua boleh meningkatkan perkembangan otak, malah melindungi otak dari penyakit demensia dan membantu tahap tumpuan seseorang individu.

Dan antara bahasa kedua yang paling terkenal dan menjadi pilihan orang ramai sekarang adalah bahasa Mandarin. 

ajar anak bahasa Mandarin

Kredit: Fresh Parenting Ideas

Jutawan dan kerabat diRaja pun kini sibuk ingin mengajar anak-anak mereka bahasa yang ditutur hampir 1.2 bilion penduduk di dunia ini! Mereka bermula ketika anak masih di usia muda.

Terdapat 2 dialek utama yang membentuk bahasa Cina; iaitu Mandarin dan Kantonis. 

Mari ketahui siapa antara jutawan dan kerabat diRaja yang sedang mengajar anak mereka bahasa Mandarin dan mengapa bahasa ini amat berguna untuk anak-anak kita.

4 jutawan dan kerabat diRaja yang ajar anak bahasa Mandarin

1. Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan

ajar anak bahasa Mandarin

Kredit: Media And Lifestyle

Menurut Business Insider, CEO Facebook ini sudah lama mempelajari bahasa Mandarin. Dia dikatakan amat fasih bertutur dalam bahasa itu.

Zuckerberg boleh melakukan sesi soalan dan jawapan selama 30 minit dalam bahasa Mandarin.

Priscilla, isterinya adalah seorang anak kepada pelarian China yang melarikan diri dari Vietnam. Dia juga fasih berbahasa Kantonis. 

Kini, kedua-dua pasangan ibu bapa itu telah memperkenalkan bahasa Mandarin kepada anak mereka, Max.

Zuckerberg sebelum ini telah memuatnaik video di Facebook yang menunjukkan pembantu peribadi AI-nya telah mengajar Max bertutur bahasa Mandarin. Canggih sungguh!

2. Jeff dan MacKenzie Bezos

ajar anak bahasa Mandarin

Kredit: AOL.com

Jeff Bezos dan pasangannya, MacKenzie adalah pengasas Amazon yang mempunyai 4 orang anak. 

Mereka berdua gemar menjalankan eksperimen tentang pelbagai subjek untuk diajar pada anak-anak mereka.

Antara subjek yang telah dicuba oleh mereka untuk dipelajari oleh anak-anak adalah eksperimen sains melibatkan dapur, proses pengeraman ayam, pembelajaran bahasa Mandarin dan program matematik dari Singapura.

Mereka sungguh terbuka dan mahu anak-anak mereka mempelajari ilmu yang benar-benar bermanfaat.

3. Putera William dan Kate Middleton

ajar anak bahasa Mandarin

Kredit: Hello Magazine

Pasangan dari kerabat diRaja ini memiliki 2 anak dan anak ketiga sedang on the way.

Putera George, 4 tahun dikatakan telah mempelajari bahasa Mandarin kini di sekolah Thomas’ Battersea.

Bak kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi“, sebenarnya, Putera William sendiri fasih berbahasa Mandarin.

Patutlah Putera George pun diminta untuk mempelajari bahasa Mandarin itu!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

4. Ivanka Trump dan Jared Kushner

ajar anak bahasa Mandarin

Kredit: hellomagazine.com

Anak Donald Trump ini dan pasangannya, Jared telah mengupah seorang pengasuh yang boleh bercakap bahasa Mandarin untuk menjaga dan mengajar anaknya di rumah.

Anak perempuan sulung Ivanka, Arabella yang baru berusia 5 tahun telah fasih bertutur bahasa Mandarin itu ketika menyanyikan lagu Happy New Year pada awal tahun 2017.

Apa kelebihan ajar anak bahasa Mandarin?

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa semua jutawan dan kerabat diRaja ini mahu ajar anak mereka bahasa Mandarin pula? 

Patutkah kita ikut sama? Bukankah kita patut biar anak beri fokus untuk mempelajari bahasa Inggeris?

Ya, bahasa Inggeris juga amat penting, tapi ada beberapa kelebihan jika anda ajar anak bahasa Mandarin.

Antara kelebihan tersebut ialah:

#1 Bahasa Cina membuka peluang baru 

Tahukah anda yang hampir 1/4 daripada penduduk di dunia ini bercakap dalam bahasa Cina?

Bahasa Mandarin telah tersebar dan kini dituturkan oleh hampir semua orang di seluruh dunia. Ini kerana kaum Cina itu sendiri telah tersebar meluas.

Mereka ada di Kanada, Australia malah juga Amerika Syarikat! Dengan penyebaran itu, ekonomi kaum Cina juga semakin melonjak dan peluang pekerjaan malah perniagaan semakin bertambah.

Namun, oleh sebab masih ramai yang tidak fasih berbahasa Mandarin, wujud gap dalam peluang pekerjaan. Kalau anda ada kemahiran berbahasa Mandarin, pasti anda akan dianggap sebagai gold!

Jutawan & Kerabat DiRaja Ini Sibuk Nak Ajar Anak Mereka Bahasa Mandarin Kini

#2 Boleh melancong ke China tanpa tersalah order makanan

Kalau anda mahu melancong ke China, mungkin anda perlu menyediakan seorang penterjemah jika anda atau anak-anak tidak fasih berbahasa Mandarin.

Jangan sampai tersilap order makanan pula nanti! Bahaya itu…

#3 Senang untuk dipelajari

Mungkin ramai yang menganggap bahasa Mandarin sukar untuk dipelajari kerana ia ada sistem penulisan pictograms yang susah.

Tapi, bahasa Mandarin sebenarnya lagi senang daripada bahasa Korea atau Jepun! Ia tiada tense yang sukar, tiada perbezaan jantina dan ada perbendaharaan kata yang mudah saja.

Malah, anda juga boleh mempelajari bahasa ini melalui program kamus seperti Pleco, Memrise dan Anki.

Jadi, kalau anda masih tertanya-tanya sama ada nak ajar anak bahasa Mandarin atau tidak, jawapan kami anda harus!

Lihatlah betapa banyak faedah yang boleh dipelajari oleh anak-anak berkat pembelajaran ini.

Sumber rujukan: Business Insider 

Kredit gambar: Babysitting Academy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com3-bahasa-asing-untuk-lebih-berjaya/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jutawan & Kerabat DiRaja Ini Sibuk Nak Ajar Anak Mereka Bahasa Mandarin Kini
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham