Ajar Anak Bersopan Santun Sejak Umur 2 Tahun Dengan Langkah Mudah Ini, Tak Perlu Naik Suara Ya!

Ajar anak bersopan sepatutnya dimulakan sejak mereka kecil agar si manja anda itu mampu belajar dengan lebih berkesan. Kami ada 3 cara mudah untuk itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saat anak memasuki fasa kanak-kanak, ibu bapa mesti selalu pening dengan kerenah mereka, kan? Pasti anda pernah mengalami detik anak menguji kesabaran. Sebab itu, kita dituntut untuk ajar anak sopan santun sejak mereka kecil.

Sayangnya, sekarang, banyak yang menganggap nilai sopan santun yang dimiliki generasi muda kian pudar. Anak-anak masa kini kerap kali bertindak mengikut kehendak sendiri tanpa mengendahkan sikap sopan santun. Walhal, ajar anak bersopan adalah didikan utama yang patut diterapkan dalam sesebuah keluarga.

 

Tapi daripada menekan ibu bapa untuk ajar anak bersopan sejak kecil, lebih baik kami menyediakan bagaimana cara-cara mudah untuk melakukannya, kan?

Cara mudah ajar anak sopan santun dengan orang lain

1# Ajar anak ucap "Maaf", "Tolong" dan "Terima kasih"

Perkara pertama yang perlu dilatih sejak kecil berkaitan dengan mendidik sikap bersopan-santun pada anak adalah melatih anak mengenali 3 perkataan ajaib ini iaitu: maaf, terima kasih dan tolong. 

Biasakan anak mengatakan maaf jika mereka salah, katakan tolong pada sesiapa pun ketika anak memerlukan bantuan, dan jangan lupa ucapkan terima kasih selepas mereka mendapatkan pertolongan. Apabila anak kecil terbiasa mengatakan 3 perkataan ini, akan lebih mudah mereka belajar cara bersopan-santun kelak.

Bahkan ini boleh membantu anak anda belajar cara merendah diri dan bersyukur apabila seseorang menghulurkan bantuan kepada mereka. Ia juga boleh menggalakkan mereka untuk menyokong dan membantu orang lain apabila mereka meminta bantuan.

2# Ibu bapa perlu menjadi 'role model'

Anak adalah cermin ibu bapa. Mereka ibarat span yang menyerap apa yang dilakukan dan dikatakan oleh ibu bapanya. Jadi, bagaimana anak boleh memiliki sikap sopan santun jika mereka tidak melihat contoh yang jelas daripada ibu bapanya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, mulakanlah dengan perkara yang paling asas seperti membiasakan anak untuk mengatakan perkataan terima kasih, maaf dan tolong. Berikan contoh secara konsisten kerana dengan melihat perilaku ibu bapanya, maka anak akan meniru. 

Jangan bermimpi anak kecil anda akan bersikap baik dan memiliki sopan santun jika anda sendiri sebagai ibu bapanya belum mampu bersikap sedemikian.

3# Pastikan tujuan masuk akal

Ketika melatih anak memahami dan belajar sikap sopan -santun, serta mampu mempraktikannya dalam kehidupan sehari-hari, perkara yang perlu diingat adalah penting bagi ibu bapa untuk tidak memiliki harapan berlebihan.

Tidak ada salahnya untuk meletakkan harapan anda. Tapi, cuba letakkan tujuan yang masuk akal. Jangan lupa, anak tidak akan mendengarkan dan mematuhi anda sepanjang waktu, dan ini adalah perkara lumrah dan memang dilakukan semua anak kecil. Inikan proses pembelajaran mereka.

4# Ajar untuk tidak mengganggu perbualan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja anak-anak belajar berkomunikasi, ibu bapa mesti membimbing mereka untuk menunggu giliran sehingga mereka boleh bersuara, melainkan ada perkara sangat penting.

Luangkan masa untuk bercakap dengan anak bagi membiasakan mereka dengan interaksi sosial dan membangunkan kemahiran komunikasi yang betul.

5# Ajar ucap 'Maafkan saya'

Ajar anak untuk ucap "maafkan saya" atau "excuse me" sekiranya mereka ingin mencelah dalam perbualan. Peraturan ini juga boleh diguna pakai jika mereka ingin lalu di hadapan seseorang atau jika selepas mereka sendawa atau batuk.

Tabiat mengujar "maafkan saya" boleh membantu mereka bersosial di masa hadapan ketika di majlis yang ada ramai orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6# Tidak mengejek penampilan orang

Walaupun kanak-kanak ini telus dan tidak mempunyai 'filter', mereka tidak sedar kata-kata mereka selalunya boleh menyinggung perasaan orang lain. Mereka harus mengetahui dan memahami bahawa tidak baik untuk memanggil seseorang itu gemuk, contohnya, walaupun ia berada di belakang mereka.

Ibu dan ayah harus mengajar anak-anak kita untuk terus menghormati orang lain dan berfikir sebelum mereka mengulas atau komen apa-apa kerana kata-kata mereka boleh menyingung perasaan tanpa sengaja.

7# Mengetuk sebelum masuk

Walaupun pintu tidak berkunci, kanak-kanak mesti belajar mengetuk sebelum membuka pintu yang tertutup. Ajar mereka untuk menunggu orang membalas sebelum masuk. Ia juga boleh membolehkan mereka memahami konsep ruang peribadi dan menghormati privasi seseorang dan bukannya secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik.

8# Elak guna bahasa kasar

Kanak-kanak ibarat span. Mereka menyerap ekspresi daripada mana-mana rancangan TV atau video YouTube yang mereka tonton. Malah mereka juga mudah terpengaruh dengan orang dewasa. Kebanyakan kanak-kanak tidak sedar mereka telah menggunakan perkataan atau bahasa kasar.

Oleh itu, ibu dan ayah harus cepat-cepat betulkan tabiat mereka dan tidak menggalakkan kata-kata kutukan dan keji sebelum ia menjadi kebiasaan. Ibu dan ayah juga harus elak tersenyum atau gelak apabila mereka sebut perkataan kurang baik ini kerana ini memberi signal bahawa anda suka perbuatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9# Tidak mempersendakan orang lain

Mengusik atau mempersendakan orang lain adalah perangai buruk. Ibu bapa juga harus tidak menggalakkan panggilan nama, walaupun kanak-kanak lain lakukannya. Ayuh mengajar anak-anak untuk menghormati perasaan orang lain.

Sekiranya anak-anak mempersendakan orang lain kerana mereka tidak berpuas hati, ibu dan ayah seharusnya dengar luahan hati mereka tanpa 'judgement' kemudian cuba cari penyelesaian yang menangkan semua pihak.

10# Menutup mulut jika terbersin atau batuk

Kanak-kanak mesti membentuk tabiat menutup mulut mereka apabila batuk atau bersin. Lagi-lagi sekarang penyakit mudah sangat berjangkit melalui udara, ajar anak tentang kebersihan dan sanitasi. Ajar juga anak-anak untuk mencuci tangan selepas bersin atau batuk, ataupun sediakan hand sanitizer dalam beg mereka.

11# Tidak merajuk atau membuat muka apabila bosan

Ya benar, tidak semua aktiviti anak-anak perlu lakukan menyeronokkan untuk mereka. Namun begitu, mereka harus diajar untuk duduk dengan tenang dan banyakkan bersabar. Menyuruh anak kecil terutamanya bawah 4 tahun tabiat ini agak mencabar, tetapi ibu dan ayah digalakkan untuk mengajar mereka sejak kecil agar mereka faham.

Melatih sikap sopan santun ketika anak bersosial

 

Ketika anak sedang bergaul dengan anak-anak lain, mungkin ada baiknya anda mulakan dengan mengajar anak berkongsi. Kebanyakan anak kecil akan bertengkar kerana tidak boleh berkongsi permainan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut ini tips untuk membantu anak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dengan mudah:

  • Fahamilah yang anak anda tidak suka berkongsi barang mereka kecuali jika mereka diajar. Oleh itu, buat beberapa peraturan dan kesepakatan bersama. Misalnya, izinkan setiap anak bergilir-gilir main permainan. Ketika anak sedang menunggu gilirannya, meraka juga belajar untuk bersabar.
  • Jika anak anda melanggar peraturan tersebut, beri peringatan. Jika mereka tidak mendengar, cukup menghentikan waktu bermain.
  • Jika anak memiliki mainan yang sangat disukai, dan memang tidak mahu dipinjamkan pada rakannya, adalah lebih baik jika anda tidak mengeluarkan permainan tersebut ketika bermain. Cara ini dapat mencegah perkara yang tidak inginkan seperti terjadinya pergaduhan.
  • Ibu bapa, jangan lupa juga memuji si kecil ketika melakukan perbuatan baik. Tapi ingat, pujian juga sebaiknya tidak diberikan secara berlebihan. Pujian kepada anak harus lebih menggalakkan perilakuan anak. Pujian ini diberikan sebagai pembaikkan dari perilakuannya.

Bagaimana sopan santun membantu membentuk personaliti anak-anak?

Ada banyak aspek keperibadian kanak-kanak yang harus diterap sejak kecil termasuk rasa yakin dengan diri, hormati orang lain dan banyak lagi.

Fikiran kanak-kanak amat mudah dipengaruhi antara umur tiga dan enam tahun. Pada usia ini, mereka sudah bersedia untuk memahami semua yang mereka lihat dan pelajari.

Oleh itu, ini adalah usia terbaik untuk menerapkan nilai dan amalan yang betul yang membentuk anak-anak menjadi individu yang baik dan sopan santun.

Kanak-kanak belajar daripada keluarga, rakan-rakan, jiran dan orang di sekeliling mereka. Paling penting, mereka banyak belajar daripada ibu dan ayah. Memang benar, kita tidak boleh kawal apa orang sekeliling cakap atau buat tetapi ibu dan ayah banyak mempengaruhi mereka.

Cara anda melayan orang lain dan cara anda menerima pujian atau kritikan juga dipelajari oleh anak-anak. Oleh itu, ajar mereka nilai diri agar mereka dapat membesar menjadi anak serta anggota masyarakat yang baik dan berguna.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Di Jepun Tak Marah-Marah Anak Pun, Tapi Anak Paling Berdisiplin! Ini 5 Rahsianya...

Baca juga:  8 Cara Mendidik Anak Dari Bayi, Pasti Mereka Kenal Erti Disiplin Sejak Kecil!

Baca juga: Disiplinkan Anak Yang Berbeza Perangai: Guna Cara Yang Sama Atau Berlainan?

Penulis

Aqma