Tabiat buruk anak suka mencarut? Mesti anda terkejut apabila pertama kali mendengar anak anda bercakap sesuatu yang tidak sepatutnya.
Kanak-kanak yang selalunya mencarut kerana mereka masih dalam proses mempelajari perkataan baru. Mereka hanya menyebutnya tanpa mengetahui makna sebenar.
Ia juga kebanyakannya adalah secara tidak sengaja. Dan punca dari mana mereka mendengarnya juga ada kemungkinan daripada ibu bapa yang juga tidak sengaja untuk berkata kesat.
Selain ibu bapa, rakan-rakan di sekolah juga mempengaruhi percakapan anak-anak anda. Jadi situasi sebegini agak sukar dielakkan melainkan anda lakukan 8 perkara di bawah.
Cara mengatasi tabiat buruk anak suka mencarut
Kredit: Shutterstock
#1. Jangan terus melatah!
Reaksi ibu bapa apabila anak mencarut tentunya terus melenting, dan memarahi anak. Hakikatnya anda perlu relaks, dan cuba buat tak tahu untuk seketika.
Ini kerana anak-anak akan menganggap anda memberi perhatian kepadanya. Dan bimbang mereka akan dengan sengaja bercakap tidak elok hanya untuk mendapat perhatian daripada anda.
Jika anak anda masih meneruskan tabiat buruk ini, baru anda cuba bercakap dengan mereka tanpa nada marah. Contohnya “kita tak boleh guna perkataan yang boleh menyakiti orang ya”.
Kanak-kanak yang masih belum bersekolah mungkin tidak faham sepenuhnya akan perkataan yang mereka gunakan.
“Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tahu penggunaan ayat sebegitu melibatkan emosi walaupun mereka tidak tahu maknanya,” kata Timothy Jay, PhD, Penulis What To Do When Kids Talk Dirty.
“Mereka teruja menggunakan perkataan sebegitu, dan seronok melihat reaksi ibu bapa apabila mereka menyebutnya,” mengikut laporan American Academy of Pediatrics (AAP). Mereka sengaja untuk menggunakan perkataan sebegini hanya untuk meraih perhatian anda, jadi janganlah anda ‘overreact’.
#2. Ajar anak perkataan yang betul
Jika anak anda sering menggunakan anggota badan sebagai perkataan kesat, ajari mereka apa yang sebenarnya mereka maksudkan apabila menyebut perkataan berikut.
Memang anak-anak yang belum bersekolah sukar untuk memahami, tapi jika dicakap berulang kali sedikit sebanyak mereka akan mengingatinya.
#3. Pantau penggunaan media anak anda
Seperti gajet, tv, lagu dan sebagainya. Ini amat penting kerana sukar untuk ibu bapa pantau sepenuhnya apa yang kanak-kanak dengan dan lihat.
Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang bagi perhatian ekstra. Letakkan kata kunci bagi semua saluran media dan gajet anda.
Jangan cari jalan mudah untuk anak anda duduk diam dengan memberi terus pengunaan gajet sebulat-bulatnya. Duduk sebelah mereka dan terangkan apa yang mereka lihat dan dengar.
Lebih elok ibu bapa bacakan buku cerita dengan kerap!
#4. Puji bila mereka guna perkataan elok & jangan ketawa bila mereka mencarut
Jika mereka sudah pandai menggunakan perkataan yang betul untuk anggota badan mereka misalnya, cepat-cepat beri mereka pujian. Katakan ia sesuatu yang bagus dan boleh cuba perkataan lain kelak.
Jangan sesekali anda ketawa bila anak mencarut, mereka akan lebih teruja dengan reaksi yang anda berikan. Sebaliknya buat tahu seketika dan boleh menegurnya bila terjadi lagi.
#5. Tekankan pada mereka perkataan apa yang elok dan tidak di dalam keluarga
Terangkan kenapa mereka tidak boleh gunakan perkataan-perkataan kesat dalam keluarga. Contohnya “kalau guna perkataan ini mama akan sedih, ayah pun sedih.”
Atau ceritakan pada mereka ayat sebegitu sesuai untuk guna dalam tandas sahaja bukan di rumah atau di sekolah.
#6. Berlalu dari situasi itu
Mungkin di luar bidang kuasa anda untuk terus menghentikan anak anda dari bercakap perkataan tidak elok. Jadi endahkan dan berlalu pergi.
Biar mereka tahu apabila mereka bercakap sebegitu, akan membuatkan anda berlalu pergi daripada mereka. Ini akan menimbulkan sedikit rasa kesal atas perbuatan mereka.
#7. Jaga percakapan anda
Ada kemungkinan anda ibu bapa adalah punca anak bercakap sebegitu, jadi hati-hati ketika bercakap terutama sekali bila anda terkejut atau marah.
Ingat, kanak-kanak mudah menangkap perkataan yang disebut dengan nada tinggi dan terkejut.
#8. Latih perkataan baru
Selak kamus/buku bersama anak anda dan ajar mereka ayat-ayat baru. Ini dapat mengalih perhatian mereka pada sesuatu yang baru.
Ajari perkataan yang lebih menyeronokkan seperti pelangi, haiwan di dalam laut, objek-objek yang berwarna warni dan lain-lain.
Dengan melakukan 8 perkara ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan tabiat buruk anak-anak anda ini. Kita sebagai ibu bapa perlu cuba sehabis baik untuk membendungnya. Tapi seeloknya lebih baik mencegah dari mengubati kan!
Jadi ibu bapa, elak gunakan perkataan tidak elok di hadapan anak-anak ya!
Selamat berjaya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Nashvilleparent
Baca juga: Anak Anda Picky Eaters? Cuba Ubah Cara Bercakap Dengannya Mengenai Makanan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!