5 Ilmu Penting Kena Ajar Anak Kita, Zaman Dah Berubah, Cara Ibu Bapa Kita Dulu Mungkin Dah Tak Relevan

Didik anak zaman serba mencabar ini perlu kreatif. Ajar anak 5 ilmu penting ini pastikan mereka kekal pandai bawa diri di mana-mana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu bapa di zaman moden ini, banyak yang perlu kita sama-sama belajar dengan anak sebenarnya. Ini kerana kita perlu didik dan ajar anak seiring dengan zaman mereka.

Jangan bezakan dengan masa ibu bapa kita mendidik kita. Zaman itu tidak sama dan cara pendekatan yang digunakan juga tidak boleh sama kerana zaman sudah berubah.

Usah rasa kita terlalu teruk mendidik anak dalam zaman serba mencabar ini. Apa yang penting kita sudah cuba yang terbaik untuk mendidik anak sebaiknya.

Ajar anak 5 ilmu penting ini pastikan dia boleh hidup di mana saja

Kita tidak selamnya boleh ada dengan anak. Sampai satu masa anak-anak ini akan terpaksa kita lepaskan juga untuk mereka menjalani hidup mereka sendiri. 

Jadi sudah pasti ada didikan yang kita perlu terapkan kepada mereka. Apa yang perlu kita ajar anak untuk pastikan mereka boleh survive dalam dunia serba mencabar ini?

Apa sepatutnya yang ada dalam diri anak-anak dalam dunia sekarang? Bagi mereka yang beragama Islam, 5 perkara ini wajib kita ajar anak bagi memastikan ke mana saja hala tuju mereka, mereka tidak lupa diri dan sentiasa tahu batasnya.

#1. Solat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat itu ibadah penerang hati kita. Ajar anak kita senakal mana pun setinggi mana kita satu hari kelak, tunduk la dan sujud la supaya hidup kita sentiasa terpandu dan tidak sesat.

Biar hidup anak itu ada panduan dan dia tahu siapa penciptanya supaya tidak mudah lupa diri dan takbur. Setinggi mana pun anda atau kedudukan anda, kembalilah semula kepada pencipta. 

#2. Mengaji

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Firman Allah ada dalam Al-Quran. Nak faham Al-Quran kena mengaji, kalau tak mengaji mana nak dapat ilmu dalam tu. Al-Quran ni penawar bagi hati yang keras. 

Ajar anak mengaji sejak dari usia awalnya. Beri mereka kenal al-Quran. Sehebat mana pun anak anda, anda mahu hantar dia ke universiti di mana-mana pun sebagai orang Islam pastikan anak anda kenal al-Quran dan tahu mengaji.

Di akhirat kelak, anda yang akan dipersoal jika anak tidak tahu mengaji. Jadi penting untuk anda pastikan anak tahu dan kenal kita suci mereka. 

#3. Buat baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nakal tak mengapa tapi jangan jahat dan sengaja langgar perintah Allah. Ajari anak bahawa hidup ni jika tak ada sekatan, semua main langgar apa beza manusia dengan haiwan.

Sentiasalah berbuat baik semasa insan. Malah dengan makhluk Allah yang lain pun. Ajar anak untuk jadi baik. Jangan tanamkan sifat kebencian dalam diri mereka. 

#4. Haram & halal

Sentiasa la ajar anak jauhi yang haram dan syubhah, hanya ambil apa yang halal. Hidup huru hara andai ada seketul daging yang hasil dari benda haram. Jangan ajar anak biasa dengan benda yang haram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti makanan pun, ajar mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di sisi agama. Sama juga perbuatan, perbuatan mencuri atau melakukan perkara tidak baik kepada orang lain adalah sifat yang sama sekali tidak boleh diterima.

Jadi ajar anak anda perkara itu dengan sebaiknya supaya mereka faham apa itu halal dan haram serta apa itu baik dan tidak baik.

#5. Siapa dirinya

Ingatkan anak-anak bahawa kita ni hanya la hamba Allah swt. Tinggi mana pun kita pergi tetap pada Allah juga kita kembali. Bila jiwa dan hati ada intipati hamba ni dengan sendiri, anak yang jahat pun boleh nampak cahaya kebaikan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ajar Anak Bersihkan Rumah Dengan Panduan Mengikut Umur Ini

Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Baca juga: Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar