Apa Anda Perlu Buat Bila Anak Perempuan Sudah Akil Baligh?

Akil baligh perempuan dan lelaki pada umur berapa? Pasti anda tertanya-tanya kan? Apa perlu buat bila anak dah capai akil baligh?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa macam anak tu masih kecil lagi. Bila dia dah akil baligh kita rasa tak percaya. Tapi apa yang perlu anda buat bila anak sudah mencapai usia akil baligh? Berapa umur biasa untuk akil baligh perempuan?

Mesti bercampur-baur rasanya anak dah dewasa. Rasa macam baru saja semalam dia lahir ke dunia, tiba-tiba dah akil baligh.

Apa yang penting ibu ayah jangan terkejut dan memang perlu bersedia hadapi masa-masa yang akan tiba juga bila sampai masanya ini. 

Akil baligh perempuan pada umur berapa?

Jadi apa sebenarnya persediaan yang perlu anda buat? Apa yang sepatutnya anda ajar pada anak bila dia sudah mencapai usia akil baligh? 

Akil baligh bermaksud telah cukup umur mengikut Hukum Syarak, di mana baligh berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud sampai.

Dari segi istilah, akil baligh boleh difahami sebagai sampai atau cukup satu tahap umur manusia dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi untuk memikul tanggungjawab serta menerima dan mengamalkan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Akil baligh merupakan satu perubahan seseorang itu daripada kanak-kanak kepada dewasa. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa akil baligh merupakan tanda keupayaan seseorang itu untuk mempunyai anak sekaligus dikira sebagai seseorang yang mempunyai kematangan seksual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sains telah meletakkan beberapa syarat asas bagi sesorang itu dinilai sudah akil baligh. Pada asasnya, KKM membahagikan akil baligh kepada dua kategori iaitu akil baligh awal dan kelewatan akil baligh. Kedua-dua kategori ini mempunyai faktor, gejala dan penyebab tersendiri. Umur minima yang dikategorikan sebagai baligh bagi lelaki adalah 9 tahun manakala umur maksima adalah 16 tahun.

Namun begitu, terdapat juga kemungkinan baligh awal. Perkara ini disebabkan faktor nutrisi yang lebih baik, stress dan bahan kimia di dalam makanan.

#1. Terangkan mengenai pengendalian darah haid

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jelaskan kepada anak bahawa selepas ini, darah haid akan datang setiap bulan. Anak perempuan akan menjadi seorang perempuan dewasa dan perlu belajar menguruskan kebersihan diri.

Tunjukkan cara yang betul membersihkan darah haid dan memakai tuala wanita dengan bersih. Utamakan kebersihan dan kesihatan anak perempuan.

#2. Asingkan bilik tidur

Asingkan Bilik Tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asingkan bilik tidur di antara anak perempuan dan anak lelaki. Anak perempuan kini memerlukan ruangnya tersendiri. Ada ruang khas untuk anak perempuan menyimpan barang-barang peribadinya yang tidak boleh dilihat oleh adik-adik lelakinya.

Ruang untuknya menyalin pakaian dan berehat ketika rasa tak selesa semasa datang haid.

#3. Perubahan badan

Perubahan bentuk badan yang mendadak akan dilalui oleh anak perempuan selepas ia datang darah haid. Tenangkan perasaan takutnya bahawa ia sedang membesar dengan sihat.

Sediakan pakaian dalam yang sesuai dan pakaian luaran yang menutup aurat. Kini, anak perempuan perlu menutup auratnya dengan sempurna dan tidak boleh terdedah auratnya di hadapan lelaki bukan muhrim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Fahami perubahan emosi

Cuba fahami perasaan emosi yang mendadak ketika anak perempuan mengalami proses datang haid. Perasaan emosi yang turun naik kerana rasa tak selesa akan perubahan bentuk badan dan sakit perutnya ketika haid.

Bagi anak masa yang mencukupi untuk anak lalui perubahan ini. Jelaskan kepada anak apa sebenarnya yang berlaku dan usah bandingkan dengan kawan-kawan yang belum melalui perubahan ini.

#5. Ajar anak cara mandi wajib

Anda haruslah mengajar anak cara mandi wajib yang betul kerana mereka perlu mandi wajib apabila suci daripada haid. 

#6. Ajar juga mengenai pendidikan seks

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini penting bagi memastikan anak kita tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut dibuat. Pendidikan seks penting dan ia bukan lagi suatu yang perlu dirahsiakan atau disembunyikan dari anak.

Faktor mempengaruhi akil baligh

Antara faktor-faktor penting kepada akil baligh adalah keturunan, hormon, berat dan lemak badan. Testosteron adalah androgen yang memainkan peranan penting pada perkembangan akil baligh lelaki, contohnya berlaku perubahan luar genital iaitu perubahan ketinggian dan suara.

Manakala Estradiol adalah hormone estrogen yang penting bagi perkembangan akil baligh perempuan. Apabila tahap estadiol dalam badan meningkat, maka perubahan buah dada, uterin dan rangka tulang terjadi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Putus Asa Kalau Anak Lembam, Ibu Ayah Perlu Usaha Cungkil Bakat Terpendam Mereka!

Baca juga: Kesihatan Mental Anak Boleh Terjejas Jika Anda Berterusan Lakukan Perkara-Perkara Ini

Baca juga: Macam Mana Nak Tahu Nafas Bayi Laju? Kenali 5 Tanda Amarannya! Take Note Parents

Penulis

Lala Annuar