Jangan Biarkan Anak Bermain Gajet Sahaja Semasa PKP, Inilah Masa Bond Ibu Ayah Dengan Anak!

Aktiviti bersama anak boleh dilakukan di rumah memandangkan kerajaan mengumumkan PKP buat kali kedua. Ibu ayah manfaatkanlah perlu waktu ini sebaiknya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu ini, ibu ayah mungkin ingin merancang beberapa aktiviti bersama anak ketika berada di rumah, kan?

Daripada menghabiskan banyak masa dengan telefon pintar dan televisyen, adalah lebih baik anda melakukan sesuatu aktiviti menarik bagi menyokong proses perkembangan otak dan fizikal mereka.

Aktiviti bersama anak ketika di rumah

Menurut perkongsian oleh seorang ibu dan juga Terapis Carakerja, Maryam Jamadi, alang-alang 14 hari kebanyakan dari ibu ayah terpaksa terperap di rumah, apa kata kita sama-sama gunakan waktu ini dengan perkara aktiviti bersama anak-anak.

#1. Latih anak menguruskan diri sendiri

credit to sources

Banyak komponen perkembangan akan meningkat semasa anak belajar menguruskan diri sendiri seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Basuh pinggan- deria sentuhan dan koordinasi kedua belah tangan
  • Melipat baju- skil kognitif (pemikiran)
  • Semua aktiviti anak buat sendiri- skil fokus
  • Butang atau zip pakaian- skil motor halus

Semasa usianya 3 tahun ke bawah, anak belajar melalui 3 E iaitu Experience (Pengalaman), Experiment (Eksperimen) dan Exploration (Eksplorasi).

Waktu ini si manja akan mula berinisiatif dan memiliki banyak idea sendiri ketika bermain. Sikap terlampau sayang dan ibu terlalu rajin di rumah boleh menganggu perkembangan anak.

#2. Kurangkan ketagihan terhadap skrin

Ibu ayah jangan bazirkan ruang-ruang otak anak dengan gajet atau televisyen.

Paparan skrin yang menggunakan warna serta pencahayaan terang menyebabkan si manja terlebih rangsangan deria penglihatan dan pendengaran.

Anda hendaklah mengehadkan waktu skrin mengikut saranan American Academy of Pediatrics:

  • 0-18 bulan: Tiada
  • 18 bulan- 2 tahun: 30 minit sehari
  • 2 tahun- 5 tahun: 1 jam sehari
  • 5 tahun ke atas: 2 jam sehari 

#3. Latihan bebas penggunaan lampin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya ibu ayah sudah boleh mula mengajar anak bebas lampin pada usia 2-4 tahun. Namun anda hendaklah memastikan si manja sudah bersedia.

Ada 3 tahap yang boleh anda cuba:

  • Tahap pertama (masih memakai lampin)

Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur, selepas makan dan sebelum tidur. Ibu boleh menekan sedikit bahagian pundi kencing (di bawah perut) semasa anak duduk dan ajar dia untuk meneran. Puji anak setiap kali berjaya ”membuang” di tandas.

  • Tahap dua (pakai waktu tidur sahaja)

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah boleh mula memakaikan anak dengan seluar kesukaan mereka. Tunjukkan pada anak diaper yang basah sekiranya dia terkencing.

  • Tahap ketiga (100% bebas lampin)

Anda boleh mula kurangkan pemakaian lampin di waktu malam. Letak alas katil kalis air supaya tidak tercemar dengan bau hancing. 

#4. Selesaikan masalah tingkah laku anak

Masalah tingkah laku seperti suka pukul, menggigit, baring di lantai dan hantuk kepala adalah perkara normal bagi anak berumur bawah 3 tahun. Cara yang ibu ayah boleh lakukan bagi mengatasi perkara ini ialah:

  • Biarkan anak menangis bagi meluahkan perasaan
  • Berikan kebebasan untuk makanan kegemaran, memakai baju, memilih kasut dan lauk yang disukai
  • Ibu ayah perlu bertegas apabila ”No means No” semasa anak mengamuk atau tantrum
  • Jika anak baring di lantai, abaikan dia. Jangan dipujuk kerana anak akan belajar dan menyebabkan mindset ”kalau nak sesuatu, baring di lantai”. Maka situasi ini akan berulang kembali.

#5. Merangsang 7 jenis deria bagi menjadikan anak bijak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Apa-apa permainan adalah bagus selagi tidak membahayakan. Namun ia perlulah dapat merangsang perkembangan kesemua deria iaitu sentuhan, keseimbangan dan pergerakan, sendi, visual, auditori, rasa dan bau.

Jika mahu anak bijak, bukan cara mengajarkan mereka membaca seawal mungkin tapi hendaklah merangsang deria-deria ini. Sebagai contoh, jika ingin ajar tentang buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna buah epal yang betul.

Ini kerana flashcard hanya menggunakan dua deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan. Jika beri buah betul, anak dapat sentuh, dengar, lihat, bau, rasa dan seimbangkan tangan semasa memegang epal.

Teknik ini sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap. Namun hal yang perlu anda tahu adalah seberapa banyak mainan yang ada pun tidak boleh menandingi ‘mainan’ ibu ayah yang meluangkan masa bermain bersama anak.

Semoga berjaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Maryam Jamadi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mak Ayah Patut Risau Bila Anak Penggeli, Doktor Kongsi Cara Merangsang Deria Sentuhan