10 Aktiviti Eksplorasi Untuk Anak 3-4 Tahun, Bagus Untuk Perkembangan Mereka!

Aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun sangat digalakkan untuk membantu perkembangan kognitif dan fizikal mereka. Kanak-kanak usia ini harus aktif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bantu anak-anak meneroka dan mempelajari perkara baru di sekelilingnya. Jika anak anda berusia antara tiga hingga empat tahun, berikut adalah aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun yang sangat digalakkan untuk membantu perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

Anak Bawah 5 Tahun Bergerak Aktif

Kanak-kanak di bawah usia 5 tahun sedang dalam proses perkembangan dan pertumbuhan yang sangat pesat. Mereka sepatutnya sangat aktif dan berminat untuk meneroka persekitaran, sama ada di dalam atau di luar rumah.

Sebagai ibu bapa, pada masa ini penting untuk memberi perhatian dan pengawasan yang lebih kepada anak anda. Namun, penting juga untuk memberi mereka peluang menjelajah untuk perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

Ini bermakna, di samping pengawasan dan pemantauan yang teliti penting juga untuk mencipta ruang bagi anak-anak menikmati dan meneroka persekitaran yang berbeza.

Aktiviti Meneroka Persekitaran

Pada usia tiga hingga empat tahun kanak-kanak sudah mula memahami apa yang ada di persekitaran mereka. Mereka juga biasanya sudah mengenali perkara asas seperti jenis haiwan. Jadi antara contoh aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun termasuklah membawa mereka melawat zoo, taman haiwan atau petting zoo. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meneroka merupakan rangsangan kepada motor halus aktiviti kanak kanak 3 – 4 tahun.

Idea Aktiviti Kanak-Kanak 3-4 Tahun

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 3-4 tahun:

1.Melihat Cermin

Biarkan anak mengenali diri mereka sendiri melalui cermin. Anda boleh mengajukan pertanyaan seperti mana hidung, mana mata untuk menggalakkan interaksi positif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2.Kabinet Mesra Kanak-Kanak

Anak-anak sering kali tertarik dengan kabinet atau almari. Sediakan kabinet rendah dengan laci yang selamat untuk mereka meneroka isi dalamnya.

3.Kotak Mainan

Buat kotak mainan yang diisi dengan barang mainan seperti anak patung, blok bangunan atau peralatan elektrikal mini. Ini dapat menggalakkan imaginasi kanak-kanak.

4.Mainan Sentuhan Dan Motor Halus

Aktiviti seperti bermain dengan air berwarna atau playdough membantu anak-anak mengembangkan deria sentuhan dan kemahiran motor halus mereka.

5.Memanjat Tangga

Memanjat tangga boleh menjadi aktiviti fizikal yang baik. Anda juga boleh mengajak mereka untuk berjalan ke belakang atau meniru gerakan haiwan seperti berjalan itik atau berjalan seperti penguin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6.Bermain Bola

Bermain dengan bola sesuai ukuran mereka membantu mereka menganggar jarak menendang, melempar dan menangkap.

7.Berjalan-Jalan Di Hutan

Mengamati alam semulajadi, mengeksplorasi flora dan fauna dan mendekati alam secara lebih dekat.

8.Melawat Muzium

Boleh bawa anak anda ke muzium tentera kerana pada usia ini mereka mungkin sudah mengenali jenis kenderaan dan sebagainya. Di muzium tentera biasa dipamerkan kapal terbang, helikopter yang dikenali anak pada usia 3-4 tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9.Melawat Zoo

Pada usia ini ada anak yang sudah mengenali jenis binatang. Bawa mereka melawat zoo untuk melihat sendiri secara langusng haiwan yang mereka kenali dari buku atau dalam kaca televisyen. 

10.Berenang

Pada usia ini sudah sesuai untu anda daftar anak ke dalam kelas renang. Ini sangat membantu perkembangan kognitif dan fizikal mereka. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Aktiviti Untuk Kanak Kanak 4-6 Tahun Yang Best, Mampu Galakkan Anak Meneroka & Bercakap

Baca juga: Taska Kemas Untuk Anak 2-4 Tahun: Cara Permohonan, Syarat & Senarai Taska KL Selangor

Baca juga: Penderaan Psikologi Kanak-Kanak: Apa Itu Penderaan Psikologi, Contoh, Tanda & Kesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar