Seorang ibu yang dikenali sebagai Wan Fikriah, telah kongsikan pengalaman memiliki anak speech delay dan berjaya menguasai 1000 perkataan dalam tempoh 6 bulan tanpa mendaftar ke mana-mana pusat terapi pertuturan.
Pengalaman Memiliki Anak Speech Delay
Macam mana speech delay Adam boleh improve dari kurang 10 perkataan ke 1000 perkataan dalam masa 6 bulan?
Ramai yang minta saya kongsikan tips.
Fuh, tetiba berpeluh sebab saya bukanlah occupational therapist ataupun pernah masukkan adam ke mana mana kelas terapi.
Jadi apa yang saya kongsikan ini adalah dari terapi yang saya buat sendiri. Tapi bolehlah dijadikan sebagai panduan asas untuk ibu yang mempunyai anak lambat bercakap.
Tanda Anak Lambat Bercakap
Pengalaman memiliki anak speech delay bermula apabila saya perasan ada ‘red flag’ pada Adam waktu birthday dua tahun. Sepatutnya umur 2 tahun dah ada lebih 50 patah perkataan,atau lebih kurang. Ketika itu dia cuma boleh bercakap kurang dari 10 perkataan. Itu pun tidak jelas dan jarang jarang dia sebut.
Saya masih cuba tunggu Tapi selepas dua bulan, saya tengok dia macam tiada peningkatan sangat. Masa nilah saya cuba buat intervensi.
Intervensi dengan cara saya mengaku anak mengalami masalah lambat bercakap dan saya kena bantu dia capai perkembangan pertuturan mengikut tahap yang sepatutnya.
Langkah pertama yang saya buat adalah saya gali ilmu. Saya ikut page occupational therapist, baca buku, google atau pun tengok youtube dari ibu yang mempunyai masalah anak lambat bercakap.
The only price that I pay was RM10 for that one online seminar. Lain? Semua free. Cuma yang penting kita sebagai ibu ayah yang kena buat terapi pada anak seawal mungkin.
Cara Rawatan Anak Lambat Bercakap
Seawal kita boleh rasa itu adalah red flag anak lambat bercakap dan sekerap mungkin kita buat interaksi dengan anak. Jadi saya kongsikan pengalaman dari nasihat OT expert dan pengalaman ibu ayah yang lain:
1) Minta Anak Sebut Apa Yang Dia Nak
Selalunya menjadi seorang ibu yang sentiasa dekat dengan anak, mereka tidak perlu bercakap pun kita sudah boleh agak apa yang dimahukan.
Contoh, anak tunjuk biskut sahaja, kita terus ambilkan. Ataupun semua benda yang anak minta, mereka cuma sebut ”nak”, terus sepantas kilat dah dapat.
Jadi kesannya, anak mungkin rasa tiada keperluan untuk bercakap. Sebaiknya, ketika anak menginginkan sesuatu, ibu ayah sebutkan dahulu barang tersebut sebelum memberikannya. Ulang beberapa kali:
‘’Adik nak roti? RO….TI….. ROTI!
Walaupun dia buat tak tahu sahaja atau menangis, sebut sahaja. Nanti dia sendiri akan bercakap sebab dia tahu bila dia tidak bercakap, ibu ayah tidak akan bagi.
2) Intonasi Kartun Kegemaran
Dalam kes Adam dia suka sangat Blippi dulu dulu. Walaupun Blippi banyak bercakap, tapi dia tetap tidak boleh. Maka, saya pun ambil keputusan untuk jadi Blippi versi perempuan dalam hidup Adam.
Saya akan sebut satu satu perkataan tu dengan loud and clear. Paling penting intonasi tu kena menyeronokkan. Dua tiga kali sebut, dia sudah mampu ingat perkataan tersebut. Walaupun benda tu jarang nampak dalam real life. Beza kalau saya cakap intonasi mendatar, dia mudah lupa.
Ada satu tips dari ibu ayah yang ada speech delay autism. Dia ajar 7 second rule. Maksudnya, setiap perkataan, cuba cakap dalm 7 saat. Contohnya : roti
ROOO..(3 saat)
TI (4 saat)
RO…TI….(7 saat)
Beliau cakap memang berkesan!
3) Banyakkan Waktu Main Bersama
Saya rasa ini penyumbang terbesar macam mana Adam boleh improve at such short period. Kids are hardwired to have meaningful connection. And It have to be a real, real connection .
Ibu ayah kena duduk dan main bersama. Tiada istilah sambil pegang phone, scroll IG, atau sambil kemas rumah.
Dulu saya pun silap banyak sebab masa Adam kecil, saya kurang bermain dengan dia. Tapi lepas saya kesan dia ada speech delay, saya terus mula banyak bermain dengannya.
Kami menari, menyanyi, main mainan, baca buku dan semua aktiviti yang menyeronokkan bersama.
Kat sini yang saya sedar dia banyak belajar melalui bermain. Sebab fasa umur anak anak sehingga 5 tahun adalah fasa bermain. Lagi banyak anak bermain, lagi cepat perkembangan dia.
4) Buat Aktiviti Sensori Di Rumah
Anak speech delay biasanya dikaitkan dengan masalah picky eater. Sejak dari umur 6 bulan, Adam menolak untuk ambil makanan pejal.
Kalau saya masukkan sayur potong kecil-kecil, tetap dia mesti akan luah. Ataupun kalau saya campur nasi dengan ayam dalam satu sudu, dia juga akan luah.
Lepas saya buat terapi kerja, saya cuba lah masukkan sayur kecil kecil tu dalam nasi. Saya rasa macam teruja sekejap sebab dia makan sahaja.
Kenapa boleh seperti itu? Sebab Saya ada sertakan pyramid cental nervous system. Yang paling asas adalah sensory input.
Macam tactile(sentuhan), vestibular(keseimbangan badan) dan lain lain, boleh rujuk pyramid bawah.
Dan yang paling atas dan paling kecil adalah academic learning. Jadi kalau yang basic basic sensory anak tak dapat, dia akan bawa masalah perkembangan yang lebih atas.
Jadi, saya memang banyak buat aktiviti sensori dengan anak seperti main pasir, playdough, water color,messy play, sticker lain lain.
Manakala untuk meningkatkan kemahiran motor, dia banyak naik trampoline, wobble board, apa apalah aktiviti untuk kuatkan ototnya.
Lebih elok jika ibu ayah banyakkan aktiviti bermain di luar rumah. Suruh anak berjalan di atas rumput, main pasir, main lumpur atau kutip daun.
5) Pengambilan DHA dan EPA Adalah Penting
Bila doktor kata ambil protein seperti ikan dalam kuantiti yang banyak, sayur baik untuk perkembangan. Namun ia bukanlah mudah bagi anak yang picky eater.
Ikan dan sayur hijau awal-awal lagi kena tolak. Selalu makan ayam sahaja. Jadi saya berikan minyak ikan untuk adam. Saya campur dalam susu dia sekali sehari.
Saya perasan perubahan ketara dalam kemahiran bercakap dan juga kemahiran belajar. Makanan untuk otak saya beri, rangsangan luar pun saya beri.
6) Penuhi Tangki Emosi Anak
Bahagian ini paling penting. Sebelum kita minta anak bercakap, kita dulu kena memberi.
Kita nak anak sayang kita sebab mereka mahu, bukannya sebab mereka perlu. Jadi penuhi tangki emosi mereka dengan bermain dan berkomunikasi.
Setiap hari kena ada waktu bersama dengan anak. InsyaAllah, jika tangki emosi itu penuh, pembelajaran dan pertuturan akan jadi mudah.
Anda juga akan terkejut bila menyedari sebenarnya anak hanya belajar melalui bermain dan pemerhatian. Dia menyerap segalanya seperti span.
Waktu saya buat intervensi, saya banyak guna perkataan Inggeris. Tapi suatu hari, Adam ada keluarkan balik perkataan yang saya sebut 4-6 bulan lepas.
Waktu tu dia masih dalam fasa 10 patah perkataan dan waktu saya bercakap tu adalah macam daily basis je percakapan. Tak ada niat pun nak bercakap dengan dia.
Dan ada satu hari tu, saya suruh adam kemaskan mainan. Lepas masukkan mainan dalam box, dia kena letak balik toys tu kat tempat asal. Tiba tiba dia cakap:
“ Mama, help me. Berat”
Dah lama saya tinggalkan perkataan berat tu. Selalu saya cakap heavy. Teruja sangat macam mana dia masih boleh ingat.
Itu sahaja perkongsian saya. Jangan bandingkan kemampuan anak kita dengan anak orang lain sebab perkembangan mereka tidak sama.
Tugas kita sebagai ibu ayah adalah sediakan persekitaran yang penuh rangsangan. Berikan mereka sokongan. Semoga Allah menjaga anak-anak kita.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Makan Bersepah Di Kedai Makan, Individu Ini Bengang Kena Denda RM5 Dengan Peniaga
Baca juga: Kelas Koding Untuk Anak, Galakkan Pembelajaran Awal STEM! Ini 10 Kelas Koding Terbaik Untuk Si Kecil
Baca juga: Anak Eczema: Punca, Tips Penjagaan Terbaik Bagi Mengawal Gejala & Rawatan Yang Berkesan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!