Anak dapat alergi dari susu badan sebab ibu guna produk pemutih

lead image

Anda perlu berwaspada dengan produk kecantikan yang anda gunakan, kerana ibu boleh beri alergi pada anak melalui susu badan.

Kebanyakan orang Asia menganggap kulit putih itu cantik. Sebab itu, banyak produk-produk kecantikan seperti pencuci muka, sabun atau jamu yang dikhususkan untuk “pemutihan” dijual di pasaran. 

Di negara jiran, Filipina, dua kejadian ibu beri alergi pada anak melalui susu ibu telah memberi kita kesedaran tentang kesan sampingan produk pemutih ini.

Produk yang digunakan oleh mereka adalah dari jenama Goree, buatan sebuah syarikat dari Pakistan yang banyak mengeluarkan produk pemutihan seperti, krim malam, sabun dan pencuci muka.

Ibu mengandung beri alergi pada anak selepas menggunakan produk pemutih

Ramai mangsa telah meluahkan kebimbangan mereka melalui media sosial dan platform lain tentang produk Goree ini.

Namun, kali ini, ada seorang lagi mangsa yang kisahnya boleh memberi kesedaran kepada ibu-ibu di luar sana.

Karen Grace Reguyal, seorang pengguna produk Goree telah mengalami alergi teruk dan turut memberikan alergi tersebut kepada anaknya!

Pakar kanak-kanak memberitahunya mungkin dia telah memberikan alergi tersebut melalui penyusuan atau sentuhan kulit.

Perkara sebegini sepatutnya menjadi pembuka mata kepada kita tentang bahaya yang kita dedahkan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada anak-anak kita.

Semuanya gara-gara untuk menjadi putih.

Ibu beri alergi pada anak: Mangsa dikejarkan ke hospital

Kejadian lain yang berlaku pula adalah apabila Princess Tupas,pengguna produk Goree telah dikejarkan ke wad kecemasan sebanyak tujuh kali akibat alergi teruk dan telah melemahkan sistem imunisasinya. 

Dia berkata, kegatalan yang dialaminya terlalu terik hingga dia sukar untuk bernafas.

Tidak mengejutkan yang produk ini sangat terkenal di kalangan doktor sebagai produk yang memberikan kesan yang buruk kepada pengguna.

Goree telah menjadi buah mulut pelanggan mereka yang mengatakan mereka mengalami komplikasi kulit selepas menggunakan produk mereka.

Produk ini dilaporkan mengandungi kandungan merkuri yang tinggi hingga memberi kesan bahaya pada tubuh badan. Tetapi, jurucakap syarikat ini mengatakan yang produk yang dikatakan adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh syarikat Goree.

Alergi pada anak: Tip untuk elak dari pilih produk kecantikan yang beri kesan buruk pada kulit

1. Kajian

Sebelum beli produk dari online, cadangan dari rakan atau dari kedai, buat kajian tentang produk terlebih dahulu. Perhatikan label pada produk dan periksa kandungan dan cara pemakaian.

Pastikan produk tersebut original. Banyak produk tiruan yang dijual dengan harga yang murah. Cari testimoni yang sah jika anda beli produk tersebut secara atas talian.

Penting juga untuk anda periksa reputasi syarikat.

2. Tanya pakar dermatologi

Mangsa produk Goree, Karen Reguyal menasihatkan pengguna untuk bertanya kepada pakar sebelum menggunakan sebarang produk.

Dengan cara ini, anda boleh menggunakan produk dengan yakin dan juga belajar tentang produk apa yang sesuai dengan kulit anda.

Anda juga perlu tahu produk apa yang perlu anda elakan jika anda menyusu dan menjaga anak.

3. Guna produk semula jadi

Elak meletakkan produk yang mengandungi kimia pada kulit anda. Cuba guna produk semula jadi. Tapi pastikan anda tahu apa yang sesuai dengan kulit anda untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.

Kadang-kadang, untuk hilangkan stress kita mesti nak manjakan diri kita dengan produk-produk kecantikan, tapi pastikan produk yang anda gunakan itu selamat untuk diri dan anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

5 kesan buruk produk pemutih kulit – anda perlu HENTIKAN SEGERA trend gila ini!