Dalam meneruskan kehidupan norma baharu, setiap isi keluarga memerlukan sesuatu yang dapat berfungsi melebihi dari biasa bagi memudahkan urusan seharian. Tidak dinafikan setiap rumah pastinya memiliki sebuah almari pakaian agar ruang kediaman kelihatan sentiasa kemas.
Bagi anda yang memiliki anak ramai khususnya, almari pakaian menjadi suatu keperluan penting bagi membolehkan pakaian dapat disimpan bersih dan mengelakkan kotoran seperti habuk melekat padanya.
Almari pakaian dengan teknologi pintar mampu membasmi bakteria dan virus
Memahami keperluan pengguna masa kini, pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah telah menghasilkan ‘Smart Wardrobe’ atau almari pintar iaitu LG Styler™.
Ia adalah almari pintar dengan mengutamakan elemen ‘Gaya Dalam Pembersihan’ dan dilengkapi teknologi terkini bagi mengekalkan kebersihan serta kesegaran pakaian, di samping menjaga jangka hayat pakaian agar tidak mudah rosak.
Ciri-ciri istimewa yang ada pada almari pintar LG Styler™
Almari canggih LG Styler dilengkapi dengan inovasi serta ciri-ciri istimewa yang sesuai untuk kegunaan harian dan keperluan seisi rumah. Antaranya ialah:
#1. Mensanitasi & menyegarkan pakaian
LG Styler™ mampu mengurangkan sehingga 99.9 peratus virus, bakteria dan alergen secara efisien melalui teknologi TrueSteam™.
Di samping itu, ia juga mudah mensanitasi fabrik dan bahan lain yang sukar atau tidak mampu dilakukan oleh cucian secara tradisional. Untuk pengetahuan anda, teknologi TrueSteam™ menggunakan kandungan air 100 peratus, tanpa penambahan sebarang bahan kimia.
Rekaan ‘Moving Hanger’ pula dapat membantu menghilangkan habuk, alergen, kedutan serta menghilangkan bau pada pakaian. Ia beroperasi secara senyap iaitu hanya 41dB dan 200 vibrasi seminit.
Kesannya pakaian anda akan berbau segar seperti bunga-bungaan. Almari pintar LG Styler™ juga menyahhidratkan ruang yang tertutup bagi mengekalkan kesegaran persekitaran.
#2. Proses pengeringan yang cermat
Melalui sistem pam haba, tugas membersih dan mengeringkan pakaian kini menjadi lebih mudah. Hal ini kerana LG Styler™ dilengkapi dengan pengeringan suhu rendah mampu mengeringkan pakaian lebih cepat berbanding dengan pengeringan udara.
Bagi pakaian yang memerlukan penjagaan cermat dan rapi seperti sut atau baju sejuk, anda tidak perlu risau kerana almari pintar ini dapat menjalankan fungsi pengeringan secara cermat tanpa mengecut atau merosakkan pakaian akibat penggunaan haba panas.
#3. Ruangan pants press
Ruangan ‘pants press’ ini dicipta khas bagi memudahkan pemakaian sut. Ia pantas dan mudah digunakan untuk sut seluar di samping mengekalkan lipatan sempurna.
#4. LG ThinQ™
Almari ini turut dilengkapi dengan teknologi LG ThinQ™ yang memudahkan anda mengawal pakaian pada setiap masa dengan hanya menggunakan telefon pintar.
LG Styler™ dihubungkan dengan aplikasi LG ThinQ™ melalui Wi-Fi. Anda boleh mengawal penggunaan tenaga atau menambah pusingan penjagaan yang baru menggunakan Cycle Download.
Sekiranya pakaian anda sudah siap dibersih dan sedia digunakan, aplikasi ini akan menghantar notifikasi pada telefon pintar anda.
#5. Mesra alam sekitar
LG Styler™ dilengkapi dengan teknologi TrueSteam™ berfungsi menggunakan air sepenuhnya, tanpa bahan kimia. Sistem pam haba dapat mengurangkan tenaga bagi tujuan pengeringan.
Ia bukan sekadar menjimatkan tenaga dan kos, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar.
LG Styler™ tidak hanya terhad kepada penjagaan pakaian sahaja, anda juga boleh meletakkan beg tangan (yang sesuai untuk pembersihan wap), permainan lembut dan tali pinggang untuk tujuan sanitasi.
LG Styler™ sesuai digunakan oleh semua termasuklah ahli sukan, pemilik haiwan atau pencinta koleksi pakaian. Harga MSRP almari pakaian ini adalah RM8,499. Terdapat dua model istimewa disediakan untuk anda iaitu S3WF- LG Styler™ (warna putih) dan S3MFC- LG Styler™ Essence Mirrored Finish (warna perak).
Untuk maklumat lanjut mengenai almari pakaian pintar LG Styler™ atau tujuan pembelian, anda boleh layari laman web rasmi LG Electronics Malaysia atau laman Facebook LG di https://www.facebook.com/LGEMalaysia/ bagi mendapatkan info terkini, berita serta promosi.
Anda juga boleh kunjungi pengedar sah LG berdekatan di seluruh negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Berapa Kerap Kita Perlu Basuh Bra Sebenarnya? Apakah Cara Betul Untuk Cuci Bra Pula?
Baca juga: Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru
Baca juga: Kelebihan Menggosok Baju Anak, Salah Satunya Boleh Bunuh Kuman & Berbau Segar