Kulit bayi sangat lembut dan sensitif. Jika ia terdedah kepada kimia, bakteria atau organisma lain, ia boleh membuatkan kulit mereka merah, gatal atau ruam. Salah satu cara untuk melindungi mereka yang mungkin anda tak pernah terfikir adalah dengan gosok baju anak.
Membasuh baju dengan bersih saja tak cukup untuk melindungi kulit si kecil anda dari gangguan yang mungkin melekat pada pakaian, sarung bantal atau sarung tilam mereka.
Kelebihan gosok baju anak kecil
credit to sources
Berkurun lamanya kita menggunakan teknik menggosok untuk mengelakkan baju dari berkedut. Tapi, ada lagi kelebihan gosok baju yang mungkin anda tak tahu dan ia boleh melindungi kesihatan bayi anda.
Jom kita semak apakah kelebihan menggosok baju anak-anak selepas dibasuh ini.
1. Gosok baju anak dapat hilangkan bau tak diingini dan buat pakaian berbau segar dan bersih
Kadang-kadang, lepas basuh baju anak yang ada kotoran melekat menggunakan sabun pun, bau masih tak hilang. Nak letak sabun basuh baju banyak-banyak tak elok pula untuk kulit mereka.
Jadi, dengan menggosok baju anak anda, ia dapat hilangkan bau yang tak diingini dan akan buat anak anda lebih selesa.
2. Menggosok baju boleh pastikan baju anak betul-betul kering dan hilangkan kelembapan
Sebagai ibu, memang banyak kerja yang nak diselesaikan. Kadang-kadang bila terlambat basuh baju, tak sempat pula nak kering.
Lagi-lagi bila anak kita masih kecil dan asyik tukar baju, tak sempat nak betul-betul kering dah nak guna.
Tapi, baju yang lembap adalah tempat yang sempurna untuk bakteria membiak dan akan buat jangkitan pada kulit.
Bila anda gosok pakaian anak anda, ia boleh bantu untuk keringkan baju anak anda dengan betul. Haba dari seterika juga dapat pastikan bakteria tak tumbuh dan membiak di bahagian yang susah kering bila dijemur.
3. Gosok baju anak boleh bunuh bakteria yang terperangkap dalam serat mikroskopik
credit to sources
Kulit bayi sangat sensitif dan mudah untuk dijangkiti. Jadi, kita haruslah lebih berjaga-jaga untuk lindungi kulit si kecil kita.
Dengan menggosok baju, ia boleh membunuh bakteria yang terperangkap dalam baju yang tak boleh dibunuh oleh sabun pencuci. Tambahan lagi, mesin basuh juga boleh menyebarkan bakteria dari kotoran yang melekat pada baju kotor.
Bayangkan air kencing, najis dan kesan makanan pada baju anak anda, ini semua tempat bakteria membiak. Cuba fikir, bila kali terakhir anda bersihkan mesin basuh anda?
4. Gosok baju boleh membunuh serangga dan organisma lain yang terperangkap dalam baju
Semasa proses membasuh dan lebih-lebih lagi semasa menjemur baju anak, serangga kecil boleh terperangkap dalam bahagian yang terlipat pada pakaian anak anda.
Tanpa haba, ia boleh tinggal dalam baju dan keluar semasa anak anda menggunakannya. Tanpa anda sedar, bayi anda dah digigit serangga ini dan menyebabkan ruam.
Cara terbaik untuk memastikan perkara ini tak berlaku adalah dengan menggosok baju anak anda. Haba dari seterika boleh membunuh serangga kecil yang anda tak nampak ini.
Trik mudah untuk gosok baju anak-anak di rumah
Menggosok baju kadang kala menjadi sesuatu yang memenatkan buat ibu-ibu, mana tidaknya ia perlu dilakukan secara lebih awal jika anak masih bersekolah. Tidak cukup dengan itu, pakaian suami juga perlu diiron sekali sehingga mungkin memakan masa lebih 1 jam!
Justeru apa kata anda mencuba beberapa tips bagi memudahkan sesi menggosok baju nanti tanpa perlu bermandikan peluh. Antaranya ialah:
credit to sources
- Gunakan pelembut pakaian. Ketika mesin berada pada tahap cucian terakhir, pastikan anda menambah sedikit cecair pelembut pakaian agar bila sudah gosok, pakaian menjadi lembut dan mudah hilang kedut.
- Gantung pakaian yang telah dicuci. Sekiranya anda menjemur pakaian, adalah lebih baik menggunakan penyakut baju (hanger). Tujuannya adalah untuk mengurangkan kedutan pada pakaian.
- Alas permukaan pakaian menggunakan kain nipis atau kapas bagi mengelakkan kesan kekuningan selepas digosok. Perkara ini biasanya berlaku pada pakaian jenis satin berwarna putih.
- Elak gosok secara membulat kerana ia boleh merosakkan pakaian si manja atau pasangan anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Loraine dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: Ada Hikmahnya Pakaikan Baju Anak Sedondon @ Boria, Bila Jauh Ibu Senang Nak Cam!
Baca juga: Sedang Mencari Sabun Cuci Pakaian Bayi Yang Bagus? 5 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!