Doa & Amalan Dianjurkan Rasulullah Pada Malam Israk Mikraj, Banyakkan Istighfar

Pelbagai amalan sunat pada amalan malam Israk Mikraj dianjurkan Rasulullah. Antaranya perbanyak istighfar dan solat sunat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Israk mikraj antara peristiwa penting dalam kalender Islam. Oleh itu, pelbagai amalan malam israk mikraj dianjurkan Rasulullah kepada umatnya untuk menghidupkan malam berkenaan. 

Peristiwa ini menggambarkan perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin, kemudian naik ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT. Disebabkan itu peristiwa ini sangat penting dan pelbagai amalan di malam Israk Mikraj dianjurkan Rasullah. 

Perjalanan ini hanya ditempuh dalam tempoh semalaman dengan haiwan yang dinamakan Buraq. Peristiwa ini sangat penting kerana dalam peristiwa inilah Nabi Muhammad SAW mendapat perintah untuk melaksanakan solat lima waktu. Ia menjelaskan bagaimana perintah solat lima waktu sehari semalam diwajibkan selepas Rasulullah memohon kepada Allah mengurangkan bilangan itu daripada asal sebanyak 50 kali. 

Amalan Malam Israk Mikraj

Israk dan Mikraj yang menurut majoriti ulama, berlaku pada 27 Rejab. Untuk tahun 2024 ia akan jatuh pada 8 Februari. Berikur adalah amalan sunat malam israk mikraj yang boleh anda praktikkan. 

1. Memperbanyak Istighfar

Apabila menghadapi masalah atau dalam kesusahan amalan istighfar boleh mengangkat kesusahan kita. Mulianya bulan Rejab sehingga dianggap sebagai bulan istighfar memohon ampun kepada Allah untuk mengampuni dosa kita. 

2. Berpuasa

Perbanyak berpuasa sunat pada bulan ini. Lebih mudah anda boleh amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi puasa sunat juga menjaga mulut, mata dan lidah kita daripada berbuat yang sia-sia. 

Amalan Malam Israk Mikraj Dianjurkan Rasulullah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Banyakkan Berdoa

Berdoalah dengan bersungguh-sungguh jika anda berhajatkan sesuatu. Jangan pernah putus asa untuk berdoa kepada Allah

4.Solat Sunat

Bangun di malam hari, lakukan solat tahajud dua, lapan atau 12 rakaat diikuti dengan solat sunat tasbih, taubat dan sunat witir.

5. Amalan Malam Israk Mikraj – Banyakkan Berzikir

Zikir yang pernah diajarkan Nabi Ibrahim untuk Nabi Muhammad SAW ketika Rasulullah mengalami peristiwa Israk Mikraj. Ketika Nabi Muhammad sampai di langit ketujuh. Nabi Ibrahim mengajarkan zikir yang nantinya menjadi tanaman subur di syurga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut ini zikir yang diajarkan Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk Miraj yang dianjurkan dibaca oleh umat Rasulullah:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ
Laa haula walaa quwwata illa billah

“Tidak ada daya dalam menjauhi maksiat dan tidak ada upaya menjalankan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Belajar Arab & Rumi Ringkas

Baca juga: Doa Nabi Sulaiman Dapat Tundukkan Haiwan, Usir Jin Dan Mohon Kelancaran Rezeki

Baca juga: Amalkan Doa Masuk Rumah Dan Adab-Adab Lain, Rumah Terhindar Dari Gangguan

Penulis

Lala Annuar