X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Niat Puasa Ganti/ Qada Puasa Ramadhan Bahasa Arab Dan Rumi Mengikut Mufti WP

5 min bacaan
Niat Puasa Ganti/ Qada Puasa Ramadhan Bahasa Arab Dan Rumi Mengikut Mufti WP

Niat puasa ganti atau qada' puasa Ramadan perlu dilakukan pada malam hari atau sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib

Bagi lelaki atau perempuan Islam yang meninggalkan puasa Ramadhan, menjadi kewajipan untuk anda ganti puasa seawal mungkin sebelum tibanya bulan Ramadhan seterusnya. Jika anda kurang pasti niat puasa ganti yang betul, kami kongsikan panduan lengkap dalam artikel ini.

Puasa qada adalah puasa yang dilakukan untuk mengganti puasa wajib yang tertinggal sebab terdapat suatu hal yang membuat puasa wajibnya menjadi batal tanpa disengaja.

Setiap umat muslim yang memiliki hutang puasa wajib, haruslah melakukan puasa qadha dengan jumlah hitungan yang disesuaikan dari jumlah puasa wajib yang ditinggalkan.

▲▼Isi Kandungan

  • Niat Puasa Ganti (Arab, Rumi & Maksudnya)
  • Bila Waktu Ganti Puasa
  • Niat Puasa Ganti Dan Sunat Serentak
  • Hukum Buka Puasa Ketika Puasa Ganti
  • Lupa Bilangan Hari Tinggal Puasa
  • Hukum Puasa Ganti Hari Jumaat Sahaja

Niat Puasa Ganti (Arab, Rumi & Maksudnya)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى

Niat Puasa Ganti Rumi: Nawaitu Sawma Ghadin An Qadha’i Fardhi Ramadhan Lillah Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.

Bila Waktu Ganti Puasa

Ganti puasa atau qadha puasa yang ditinggalkan semasa bulan Ramadan boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa.

Antara hari yang diharamkan berpuasa adalah:

  • Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Anda disyorkan untuk mengganti puasa seawal mungkin kerana puasa ganti wajib ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadan seterusnya.

Sekiranya GAGAL mengganti puasa hingga masuk bulan Ramadan pada tahun seterusnya, anda diwajibkan membayar fidyah.

Niat Puasa Ganti Dan Sunat Serentak

Adakah boleh menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa ganti dan puasa enam hari di bulan Syawal?

Terdapat dua pandangan mengenai hal ini:

  1. Pandangan pertama, jumhur ulama mengatakan kita kena puasa ganti ramadan terlebih dahulu, kemudian selepas itu barulah dibuat Puasa Sunat Enam.
  2. Pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan Puasa Sunat Enam Syawal. Kita akan dapat dua-dua pahala (qadha dan sunat).

Dalam perkara khilaf sebegini, ia terpulang kepada kita nak gunakan pendapat yang mana satu. Jika pilih pandangan pertama pun boleh, pandangan kedua pun boleh.

Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Enam Syawal

Niat Puasa Ganti/ Qada Puasa Ramadhan Bahasa Arab Dan Rumi Mengikut Mufti WP

Niat Puasa Ganti Dengan Pusa Sunat Enam Syawal: Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Yang Lain

Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat hari isnin* (diubah mengikut puasa sunat yang ingin dilakukan) kerana Allah Taala.

Walau bagaimanapun menurut Mufti Wilayah Persekutuan, adalah lebih afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.

Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Hukum Buka Puasa Ketika Puasa Ganti

Puasa ganti Ramadan adalah fardhu ain dan wajib ditunaikan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya.

Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir. 

Lupa Bilangan Hari Tinggal Puasa

Menurut Mufti Terengganu, orang yang lupa dalam hal ibadat, dia diperintahkan untuk mengambil yang lebih meyakinkan. 

Dalam kes puasa Ramadhan yang ia lupa berapa bilangan hari adakah dua atau tiga hari sebagai contoh, maka ia kena ambil yang tiga hari kerana itu bilangan yang meyakinkannya.

Kalau ia puasa terlebih hari, itu tidak sia-sia kerana dia tetap mendapat pahala puasa sunat.

Berkata Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni:

إذا كَثرَت الْفوائتُ عليهِ يتشاغلُ بالقضَاء فَإِنْ لَمْ يَعْلَمْ قَدْرَ مَا عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُعِيدُ حَتَّى يَتَيَقَّنَ بَرَاءَةَ ذِمَّتِهِ

Maksudnya: “Apabila tanggungan puasa sangat banyak, dia wajib terus-menerus melakukan qada’. Jika dia tidak tahu berapa jumlah hari yang menjadi kewajipan puasanya, maka dia wajib mengulang-ulang qada’ puasa sampai dia yakin telah menggugurkan seluruh tanggungannya.”

Kata Ibnu Qudamah lagi sambil menyebutkan riwayat dari Imam Ahmad:

يُعِيدُ حَتَّى لَا يَشُكَّ أَنَّهُ قَدْ جَاءَ بِمَا قَدْ ضَيَّعَ وَيَقْتَصِرُ عَلَى قَضَاءِ الْفَرَائِضِ

Maksudnya: “Dia hendaklah ulang-ulang sampai tidak ragu lagi bahawa dia telah melakukan apa yang telah dia lalaikan. Dia hanya melakukan yang wajib sahaja.”

Hukum Puasa Ganti Hari Jumaat Sahaja

Menurut Ustaz Azhar Idrus, adalah boleh puasa ganti hari jumaat sahaja.

Yang menjadi makruh adalah apabila seseorang puasa sunat hari jumaat. Hukum puasa sunat pada hari Jumaat semata-mata adalah makruh di sisi mazhab Syafie.

Sekiranya ingin berpuasa sunat juga, perlu digabungkan dua hari berturut-turut sama ada hari Khamis dan Jumaat atau hari Jumaat dan Sabtu.

Niat Puasa Ganti/ Qada Puasa Ramadhan Bahasa Arab Dan Rumi Mengikut Mufti WP

Kesimpulannya, ibadah puasa pada bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardukan ke atas setiap umat Islam. Puasa yang ditinggalkan adalah wajib diganti seawal yang boleh melainkan atas sebab keuzuran.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

Baca juga:  Tidak Perlu Bayar Fidyah Jika Ibu Mengandung Atau Menyusu Tidak Sempat Ganti Puasa

Baca juga:  Nak Puasa Ketika Hamil Trimester Kedua? Ini Tips & Panduan Penting Buat Para Ibu!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Niat Puasa Ganti/ Qada Puasa Ramadhan Bahasa Arab Dan Rumi Mengikut Mufti WP
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham