X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Ambil Gambar Ketika Beri Susu Badan Satu Trend Baru?

3 min bacaan
Adakah Ambil Gambar Ketika Beri Susu Badan Satu Trend Baru?

Ada trend terbaru di mana ibu akan ambil gambar ketika beri susu badan. Ia dipanggil sebagai "brelfie". Apa pandangan anda tentang trend terbaru ini?

Trend Tangkap Gambar Terbaru

Semua orang tahu “selfie” atau swafoto adalah teknik mengambil gambar sendiri. Manakala “wefie” pula adalah mengambil gambar kumpulan.

Tapi pernahkan anda mendengar trend bergambar terbaru yang dikenali sebagai “brelfie“? 

Ha… brace yourself! Ini trend keibubapaan terbaru di mana ibu menyusu akan mengambil gambar mereka dan bayi ketika memberi susu badan!

Trend bergambar ini telah menyerang internet sejak dua menjak ini dengan ramai ibu-ibu menyusu di seluruh dunia berkongsi gambar mereka secara online!

Kaitan: 

Larissa Waters: Wanita Pertama Yang Beri Susu Badan Dalam Parlimen

Selebriti terkenal Amerika Syarikat juga buat, okay! Antara selebriti yang tak melepaskan peluang adalah Gwen Stefani, Pink, Miranda Kerr, Gisele Bündchen dan Jamie King.

Mereka semua pernah mengepos gambar brelfies dalam akaun media sosial.

gambar ketika beri susu badan

Kredit gambar: Instagram & Twitter

Adakah Trend Ini Hanya Inginkan Perhatian Semata-Mata?

Mungkin ada sebab lain yang mendorong ibu-ibu menyusu di luar sana menangkap gambar mereka sedang memberi susu badan dan memuatnaiknya ke laman sosial.

Tapi, ramai juga individu yang tak setuju dengan trend terkenal ini.

Mereka menganggap brelfies satu cara untuk “mendapatkan perhatian” dan membuat pameran percuma.

Angela Epstein, seorang wartawan mengulas dalam sebuah temu bual talkshow – ibu yang melakukan tindakan ini sebenarnya ingin menunjukkan pada dunia yang mereka boleh “memberi susu badan”.

Beliau juga menambah – trend ini hanyalah pameran percuma semata-mata.

Menurut beliau, momen intim tersebut seharusnya hanya dikongsi antara seorang ibu dan anaknya saja. Ia bukan untuk tontonan di Internet.

Manakala Alyssa Milano, pelakon kecil Charmed pula membela trend ini!

Beliau pernah “dihukum” kerana memuatnaik gambar memberi susu badan pada anak perempuannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Milano, beliau membidas hukuman yang dijatuhkan masyarakat dan menyoal “apa salahnya seorang ibu berbangga dia boleh memberi susu badan pada si manjanya?”

Brelfie vs Bayi Minum Susu Dari Botol

gambar ketika beri susu badan

Perdebatan mula tercetus apabila ada ibu-ibu yang memberi anak mereka minum susu dari botol berasa “bersalah” setelah melihat tindakan ibu yang memberi susu badan ini.

Mereka menganggap mereka telah dimalukan kerana tidak berupaya untuk memberi susu badan pada si manja mereka.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) memang menggalakkan bayi baru lahir minum susu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan atau lebih untuk kesihatan menyeluruh.

Namun, masih ada ibu yang tak berupaya dan tak berkemampuan untuk menepati saranan tersebut. Semuanya mungkin kerana mereka tidak mahu, tidak terdaya atau mempunyai masalah kesihatan lain.

Clare Byam-Cook, penulis buku What To Expect When You’re Breastfeeding… And What If You Can’t menjelaskan hampir 50% wanita berputus asa untuk memberi susu badan pada si manja mereka.

Ibu-ibu yang memuatnaik gambar mereka memberi susu badan memegang satu prinsip penting: mereka ingin menormalkan etika beri susu badan, kerana memberi susu badan di tempat awam masih satu topik taboo.

Di Malaysia sendiri, ramai ibu menyusu badan menerima tindasan dan tak boleh memberi susu badan di tempat awam tanpa dihukum dan dihina. Sudahlah kemudahan juga tiada!

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

gambar ketika beri susu badan

Apa pandangan anda?

Mungkin di negara Asia, mengambil gambar ketika memberi susu badan masih belum hit kerana norma kesopanan yang kita amalkan.

Yelah, nak beri susu badan pun kita akan cover dengan nursing cover, kan? Inikan pula nak tangkap gambar. 

Tapi adakah anda cukup berani untuk ambil brelfie? Apa pandangan anda tentang isu ini? Kongsikan dengan kami!

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapura.

Baca juga:

Jangan Makan 10 Benda Ini Jika Anda Sedang Beri Susu Badan Pada Si Manja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Adakah Ambil Gambar Ketika Beri Susu Badan Satu Trend Baru?
Kongsikan:
  • Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

    Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

  • Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

    Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

    Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

  • Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

    Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.