Ayah Teruja Ambil Gambar Air Di Meja, Sekali Tangan Anak Laju Rentap & Tumpahkan

Ambil gambar dekorasi air tapi laju tangan anak masuk ke dalam cawan. Beria ayah ini mahu ambil gambar sudahnya tak menjadi, air tumpah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang rasa terhibur melihat satu video memaparkan seorang ayah sedang ambil gambar minuman di dalam cawan yang mempunyai dekorasi menarik. Namun secara tiba-tiba anak lelaki yang duduk bersebelahan dengan ayah tersebut, merosakkan dekorasi itu dengan memasukkan tangannya ke dalam cawan. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ayah ambil gambar, tangan anak masuk dalam cawan
  • Netizen terhibur

Video tersebut dimuat naik oleh ibunya pada akaun TikTok, nadinersmn sewaktu mereka sekeluarga berada di sebuah premis menikmati minuman di situ. 

Ayah ambil gambar, tangan anak masuk dalam cawan

Pada video tersebut, memperlihatkan ayah kepada kanak-kanak lelaki itu sedang bersedia dan fokus mengambil gambar air di dalam cawan daripada telefon bimbitnya. Tidak sampai beberapa saat, dengan selamba begitu tangkas tangan anaknya ‘membuat kerja’. 

Dia segera memasukkan tangan ke dalam cawan dan ayah kanak-kanak itu menunjukkan reaksi terkejut lalu terus mengangkat tangan anaknya. Habis rosak dekorasi pada air itu dan tertumpah sebahagian dari tersebut daripada cawan. 

Selain itu, ibu kanak-kanak itu juga berkongsi gambar dekorasi air tersebut sebelum dan selepas dirosakkan.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Netizen terhibur keletah kanak-kanak

Berdasarkan artikel pada mediaKL, netizen terhibur dengan keletah kanak-kanak tersebut yang menyakat ayahnya. Antara komen-komen dapat dilihat ialah: 

“Ya… Allah, berapa bakul kena marah tu?”

“Bapa rakam air, mak rakam bapa anak celup air. Bahagia satu keluarga”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Allahu, apalah nasib anak dia sekarang”.

“Lambat sangat nak minum, tu yang tak sabar. Celup sajalah”.

“Hahahaha… anak sampai bosan dah tunggu nak makan, asyik bergambar saja”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel itu turut memetik ibunya yang memaklumkan, tiada sebarang kecederaan melibatkan tangan anaknya kerana air yang dipesan itu suam.  

Ruangan komen pada TikTok ibunya sudah ditutup selain tiada insiden buruk seperti melecur tangan. Malah pada video seterusnya, kanak-kanak itu kelihatan gembira dilayan oleh ibu dan ayahnya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bapa Panik Lihat Bayi Meronta-Ronta Muka Tertutup Selimut, Ibu Tidur Sebelah Tak Perasan Langsung!

Baca juga: Kutu Babi Sedap Bergayut Di Mata Budak 6 Tahun, Mujur Ibunya Guna Petua Betul Elak Lebih Parah

Baca juga: Walaupun Takut-Takut, Budak Perempuan Nekad Naik Flight Seorang Diri Kerana Ingin Bertemu Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan