Rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang bapa panik selepas bayinya meronta-ronta terkial-kial ekoran muka tertutup dengan selimut anak untuk beberapa saat tular dalam media sosial. Video tersebut dimuat naik di dalam media sosial TikTok oleh pemilik akaun wagyukubb.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bahaya selimut anak, bayi hampir maut tidak boleh bernafas
- Netizen beri pelbagai komen
Berdasarkan video tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara. Ia selepas pemerhatian pada laman TikTok pemilik akaun yang menunjukkan, dia menggunakan bahasa asing termasuk keterangan pada video tersebut.
Bahaya selimut anak, bayi hampir maut tidak boleh bernafas
Video yang dimuat naik pada lima hari lalu berdurasi 59 saat pada lima hari lalu. Kelihatan bayi itu terkial-kial serta bersuara meronta-ronta meminta pertolongan dengan kaki serta tangannya bergerak-gerak.
Difahamkan, kelihatan orang dewasa dipercayai ibunya sedang tidur berselimut di katil yang sama dengan bayi itu.
Bagaimanapun, wanita itu tidak menyedari situasi bahaya dihadapi anaknya. Malah wanita itu juga dilihat bergerak di dalam selimut namun, dia tidak memalingkan wajah kepada bayi yang berada berdekatan.
Tidak lama selepas itu, seorang lelaki dipercayai bapa bayi tersebut masuk ke bilik tidur itu serta melihat keadaan bayinya. Lelaki yang dilihat panik terus segera berlari ke katil dan membuka selimut menutupi muka anaknya.
Dia kemudian memeriksa keadaan bayinya serta memberikan puting. Bayi itu dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian tidak diingini menimpanya.
Netizen beri pelbagai komen
Susulan video tular tersebut, pelbagai reaksi netizen berikan terhadap situasi bayi tersebut termasuk maklum balas daripada netizen Malaysia.
“Yang tersedar tu dia dengar je bunyi baby tu merengek lepas tu dia buat tak tahu sambung tidur. Geram pula aku”.
“Kasihan baby, aku letih-letih pun jaga anak bunyi merengek pun, aku bangun terus. Nasib bernyawa lagi tu”.
“Benda ni lah aku takut sebab tu anak aku tidur atas tilam yang kosong je. Tak ada apa-apa sebab terfikir benda macam ni kalau letak bantal apa semua”.
Demikian komen-komen netizen terhadap situasi tersebut. Apa pun, rasa lega dan bersyukur bapa bayi itu menyedari kejadian menimpa anaknya sekali gus dapat diselamatkan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Gara-Gara ‘Teruja’ Rakam Suami Cuci Pinggan, Isteri Kena Cerai Lepas Muat Naik Video
Baca juga: Bayi 4 Bulan Lembik Cirit-Birit Lebih 30 Kali, Ibu Terkilan Anak Disuap Kurma & Buah Pir
Baca juga: Budak 4 Tahun Meninggal Dihempap Batu Pagar Ketika Ibu Sediakan Juadah Berbuka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!