Amniosentesis Adalah Ujian Pranatal Untuk 'Detect' Gangguan Genetik & Masalah Pada Janin

Amniosentesis adalah ujian pranatal yang boleh diagnos gangguan genetik; Sindrom Down, Spina Bifida serta masalah kesihatan lain pada janin. Jom semak apa yang ibu-ibu perlu tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amniosentesis adalah cara yang kebiasannya selamat serta berkesan bagi membantu untuk mengetahui jika wanita hamil mempunyai masalah dengan kehamilan mereka. Mana tidaknya, ibu hamil pasti akan memiliki perasaan teruja apabila bakal menimang cahaya mata, kan?

Tapi, penting juga untuk anda mengetahui sama ada bayi di dalam kandungan berada di dalam keadaan yang sihat dan selamat apabila mereka dilahirkan nanti. Oleh yang demikian, pelbagai jenis ujian boleh dilakukan dan dijamin selamat. Antaranya adalah amniocentesis.

Perlu diketahui juga bahawa pemeriksaan ujian untuk keabnormalan janin (cacat lahir) seperti Sindrom Down, Fibrosis Sistik ataupun Spina Bifida dalam kebanyakan kes adalah normal keputusannya.

Untuk bakal ibu baharu dan yang masih belum ketahui tentang amniocentesis ini, boleh baca penerangan lanjut yang kami sediakan di bawah ini:

Apa Itu Amniosentesis?

Seperti yang diberitahu di atas, amniosentesis adalah ujian pranatal yang boleh mendiagnosis gangguan genetik seperti Sindrom Down dan Spina Bifida serta masalah kesihatan lain pada janin. Pakar akan menggunakan jarum untuk mengeluarkan sedikit cecair amniotik dari dalam rahim anda, dan kemudian makmal menguji sampel untuk keadaan tertentu.

Ketika seseorang itu sedang mengandung, janin membesar di dalam kantung amniotik. Cecair amniotik mengelilingi dan melindungi janin di dalam kantung ketuban. Ia juga mengandungi beberapa sel janin. Sel-sel ini mengandungi maklumat genetik yang membantu mendiagnosis keadaan genetik.

Bilakah Ujian Amniosentesis Perlu Dilakukan?

Kebanyakan prosedur amniosentesis berlaku antara 15 dan 20 minggu kehamilan (semasa trimester kedua kehamilan).

Jika seseorang itu dikesan memiliki amniosentesis lebih awal dalam kehamilan sememangnya akan menimbulkan lebih banyak risiko, contohnya seperti keguguran.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes doktor pakar akan melakukan ujian amniosentesis kehamilan ini sedikit lambat. Jika doktor pakar anda mengesyorkan ujian ini untuk memeriksa perkembangan paru-paru janin atau merawat polyhydramnios, ia mungkin akan berlaku semasa trimester ketiga.

Siapa Yang Perlu Melakukan Amniosentesis?

Doktor pakar anda mungkin mengesyorkan amniosentesis semasa kehamilan apabila:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ujian ultrabunyi mengesan keabnormalan janin.
  • Ujian saringan pranatal mengesan peningkatan risiko untuk gangguan kromosom.
  • Gangguan genetik tertentu (seperti penyakit sel sabit atau fibrosis kistik) berlaku dalam keluarga anda atau anda diuji positif sebagai pembawa gangguan genetik.
  • Anda berumur lebih daripada 35 tahun ketika bakal bersalin. Ini kerana individu yang berumur lebih 35 tahun mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan kromosom.

Persediaan Prosedur

Doktor pakar mungkin akan memberikan arahan khusus kepada anda untuk beberapa jam atau hari sebelum ujian amniosentesis ini dilakukan.

Secara amnya, tiada sekatan pada diet atau aktiviti. Beritahu doktor anda tentang ubat yang anda ambil supaya mereka boleh memberitahu anda jika anda perlu berhenti mengambilnya sebelum ujian ini.

Ikut juga mana-mana arahan lain yang diberikan kepada anda.

Jika anda memerlukan ujian amniosentesis, berikut merupakan soalan-soalan normal yang boleh anda ajukan kepada doktor pakar sebelum ujian bermula:

  • Mengapa doktor mengesyorkan saya menjalani amniosentesis?
  • Apakah maksud amniosentesis untuk kesihatan janin dan saya?
  • Apakah risiko yang berpotensi?
  • Apakah yang perlu saya lakukan untuk menyediakan ujian saya?
  • Bilakah saya harus mengharapkan untuk mendapatkan keputusan ujian?
  • Adakah kaunseling genetik tersedia untuk membantu saya?

Apakah Risiko Amniosentesis Yang Perlu Anda Ketahui?

Kebanyakan prosedur amniosentesis adalah selamat. Tetapi amniosentesis memberikan risiko yang kecil tetapi serius untuk anda dan janin.

Beberapa komplikasi untuk ujian amniosentesis ini adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kekejangan.
  • Pendarahan atau kebocoran cecair amniotik.
  • Kecederaan atau jangkitan.
  • Keguguran kehamilan.
  • Labor pramatang (Premature Labor).
  • Komplikasi daripada amniosentesis sememangnya jarang berlaku. Dalam kurang daripada 1% kes, amniosentesis membawa kepada keguguran atau kelahiran awal. Kira-kira 2% orang mengalami tompok atau camping selepas selesai ujian amniosentesis.

Jangan bimbang ibu-ibu, pakar kesihatan/doktor pakar anda boleh menjawab soalan-soalan ini dan membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk kandungan.

Kenapa Ada Risiko Keguguran Selepas Ujian Amniosentesis?

Untuk para ibu, ini merupakan salah satu risiko yang paling digeruni.

Walau bagaimanapun, keguguran selepas amniosentesis adalah sangat jarang berlaku. Punca-punca yang mungkin adalah kerosakan pada kantung ketuban atau membran amniotik, kehilangan cecair amniotik, pendarahan atau jangkitan.

Oleh itu, ibu hamil disarankan untuk berbincang tentang risiko keguguran dengan pembekal doktor pakar sebelum ujian dilakukan.

Bagaimana Ujian Ini Dilakukan?

Sumber: Medical News Today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar obstetrik atau perinatologi anda melakukan amniosentesis. Pertama, anda akan berbaring telentang. Semasa prosedur ini, doktor pakar anda akan melakukan prosedur seperti di bawah:

  • Membersihkan bahagian kecil di perut anda dengan antiseptik (untuk membunuh kuman).
  • Sapukan gel khas pada perut anda.
  • Gerakkan peranti seperti tongkat ke atas gel untuk menangkap imej ultrasound janin pada monitor berdekatan.
  • Masukkan jarum nipis dan berongga melalui perut dan rahim anda (ke dalam kantung amniotik tetapi jauh dari janin).
  • Mengeluarkan sedikit cecair melalui jarum.
  • Mengeluarkan jarum dari perut anda.
  • Pantau degupan jantung dan pergerakan janin pada ultrasound untuk memastikan mereka tidak terjejas oleh prosedur.

Selepas prosedur selesai, doktor pakar anda menghantar sampel cecair amniotik ke makmal. Makmal pula akan memisahkan sel janin daripada cecair amniotik, kemudiannya menganalisis sel. Sel-sel tumbuh selama beberapa hari di makmal sebelum diuji untuk keadaan genetik atau kecacatan tiub saraf.

Anda juga akan menerima keputusan ujian lengkap dalam masa dua minggu.

Berapa Lama Masa Yang Diambil Untuk Melakukan Ujian Ini?

Prosedur amniosentesis ini mungkin mengambil masa sekitar 30 minit bermula dari awal hingga akhir. Tetapi proses persampelan sebenar (apabila jarum berada di dalam rahim anda) hanya mengambil masa satu atau dua minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anda tertanya-tertanya, adakah prosedur ujian ini menyakitkan?

Jawapannya, anda mungkin tidak selesa atau berasa perit apabila doktor pakar mula memasukkan jarum melalui kulit anda. Anda juga mungkin mengalami kekejangan kecil seperti haid semasa prosedur. Kekejangan itu juga bertahan selama beberapa jam selepas itu.

Berapa Tepatkah Keputusan Ujian Amniosentesis Ini?

Ketepatan amniosentesis adalah kira-kira 99% dalam mengesan keabnormalan. Walau bagaimanapun, ia tidak mengira jika keadaan adalah teruk.

Dalam sesetengah kes, faktor tertentu (seperti tidak mengumpul cecair yang mencukupi semasa ujian) mungkin akan menyebabkan makmal tidak dapat menganalisis cecair amniotik seperti yang dijangkakan. Ini bukanlah perkara yang biasa berlaku.

Ada juga yang mungkin mempunyai persoalan sama ada ujian amniosentesis ini boleh menyebabkan bayi anda memiliki autism?

Jawapannya, TIDAK. Ini kerana tiada kajian yang mengaitkan gangguan spektrum autisme dengan amniosentesis. Jadi, para ibu jangan bimbang ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas Menerima Keputusan Ujian, Apakah Langkah Seterusnya Yang Perlu Dilakukan?

Jika amniosentesis menunjukkan bahawa janin mempunyai keadaan kesihatan tertentu, doktor anda mungkin merujuk anda kepada pakar neonatologi.

Perlu diingatkan bahawa amniosentesis tidak memberitahu anda tahap keterukan keadaan, namun hanya mengeluarkan keputusan ujian keadaan sedia ada.

Berdasarkan diagnosis, pakar neonatologi akan membincangkan tentang rawatan, pembedahan atau ubat-ubatan tertentu. Anda mungkin ingin membincangkan jenis penjagaan yang diperlukan oleh bayi anda ketika beberapa hari, bulan atau tahun pertama kelahiran.

Bila Perlu Hubungi Doktor

Selepas melakukan ujian amniosentesis, hubungi doktor pakar jika anda mengalami:

  • Demam.
  • Pendarahan faraj.
  • Keputihan atau kebocoran cecair.
  • Sakit perut sederhana hingga teruk (lebih teruk daripada kekejangan ringan).
  • Bengkak atau kemerahan di tempat doktor memasukkan jarum.

Untuk rekod, doktor pakar melakukan ujian amniosentesis atas sebab yang berbeza. Pakar kebiasaannya mengesyorkan amniosentesis apabila mereka percaya potensi manfaat ujian melebihi risiko kecil tetapi nyata kepada anda dan bayi anda.

Ujian ini boleh memberikan maklumat berharga tentang kesihatan janin. Tetapi anda boleh membuat keputusan muktamad sama ada mempunyai ujian amniosentesis adalah sesuai untuk anda. Jangan takut untuk bercakap dengan doktor pakar tentang kerisauan yang anda alami. Tidak ada jawapan yang salah.

Semoga maklumat di atas memberikan manfaat buat anda.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tanda Hamil 2 Minggu Yang Buat Ramai Ibu Keliru, Waktu Inilah Sesuai Buat Ujian Kehamilan!

Baca juga: Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!

Penulis

Murns A.