Ibu perlu baca! Jangan sembarangan bagi ubat dekat anak. Ini kesan sampingan ubat yang tak dijangka

Ikuti pengalaman ngeri yang dialami oleh ibu ini selepas memberi ubat pada anaknya yang demam. Anak alergi ubat boleh mengancam nyawa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu menceritakan pengalaman ngeri anak alergi ubat selepas memberi ibuprofen kepada anaknya itu. Kesan sampingan ibuprofen yang dialami oleh anaknya kini menjadi pengajaran berguna buat dirinya. Ikuti kisah ibu ini...

Kes anak alergi ubat - pengajaran bermakna buat ibu ini

Saya memiliki 2 orang anak, yang sulung berusia 4 tahun dan adiknya berusia 11 bulan. Beberapa bulan yang lalu, anak kedua saya demam dan pengalaman ini membuatkan saya lebih faham akan risiko anak alergi ubat.

Pada waktu malam, suhu badan anak saya semakin meningkat disertai dengan batuk dan lendir yang cukup banyak.

Keesokkan harinya, suami saya beri setengah sudu teh ibuprofen kepunyaan anak pertama kami kepada si bongsu untuk menurunkan suhu badannya. Kami fikir tak mengapa guba ubat yang sama.

Saya dan suami tetap kena kerja walaupun anak sakit. Anak saya ditinggalkan di rumah bersama penjaga. Semasa di pejabat, penjaganya memberitahu saya muka dan bibir ank kedua saya bengkak!

Saya pulang ke rumah untuk melihat keadaannya dan panik apabila melihatkan wajah dan bibirnya yang bengkak. Kami membawanya ke hospital.

Semakin masa berjalan, keadaan si kecil semakin membimbangkan. Bibirnya makin bengkak sehingga dia tidak boleh makan atau minum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu saja, dalam masa beberapa minit, matanya membengkak dan nampak mengerikan!

Doktor buat pemeriksaan intensif dan meminta anak kami untuk segera masuk ICU. Salah satu cara rawatan doktor adalah dengan memberi suntikan anti-alergi.

Suntikan pertama dilakukan setiap 6 jam dan seterusnya setiap 4 jam.

Tambah menyedihkan, setelah pemeriksaan dilakukan dan melihat beberapa gejala, bengkak yang dialami oleh anak saya juga menandakan dia mengalami bronkitis dan radang paru-paru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor mengingatkan kami tentang ubat-ubat yang tidak boleh diberi kepada anak tanpa nasihat pakar.

Anak alergi ubat - Risiko alergi ubat dan kesan sampingan ibuprofen

Kredit: Flickr

Ibuprofen merupakan ubat yang terdapat dalam ubat tahan sakit. Fungsi ibuprofen ialah untuk meredakan pelbagai sakit seperti sakit kepala, sakit gigi, senggugut, sakit otot atau atrhitis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat ini memang digunakan untuk menurunkan suhu demam dan meredakan demam atau sakit akibat hidung berair dan selsema. Ibuprofen adalah ubat dalam golongan anti-radang bukan steroid (NSAID).

Namun, kesan sampingan ibuprofen sangat berbahaya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang mempunyai anak alergi ubat. Oleh itu, pembelian ubat yang mengandungi ibuprofen harus disertai dengan surat doktor.

Dos yang diberi kepada anak dan orang dewasa juga sangat berbeza. Jadi, anda disarankan agar tidak memberi ubat sembarangan selain atas arahan doktor atau ahli farmasi.

Pengalaman ibu ini patut dijadikan pengajaran untuk kita sebelum memberikan apa-apa ubat kepada anak.

Jangan ambil mudah jika anak alergi ubat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum beri apa-apa ubat, anda mestilah mendapat nasihat dari doktor dulu. Dan jika anak ada sejarah alahan, beritahu doktor anda.

Doktor biasanya tidak akan memberi ubat yang boleh mengundang alahan kepada anak anda. Jangan ambil remeh dengan anak alergi ubat kerana ia boleh mengancam nyawa!

Mari kenali gejala anak alergi ubat

Ketika reaksi alergi muncul, pelepasan histamin dalam badan boleh menyebabkan:

  • gatal-gatal
  • ruam kulit
  • mata gatal
  • sesak nafas
  • pembengkakan di kawasan mulut dan tekak

Reaksi lebih parah yang disebut anafilaksis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kulit membiru, pening, pengsan, cemas, bingung, denyut nadi tidak stabil, mual, cirit-birit, dan gejala serius yang lain.

Jadi, untuk mengelakkan hal yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak, rujuk dulu doktor anda, ya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga kejadian ini boleh dijadikan pengajaran.

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Penulis

Nadia Ghafar