Antara gambar comel anak artis terkenal Bollywood - no. 5 tu geramnya!

Amboi, comel sungguh semua anak artis Bollywood yang kami kongsikan ini. Sepadanlah dengan ibu bapa mereka! Anda pasti geram tengok anak no #5 itu!

Seperti ibu bapa mereka, anak artis Bollywood juga sering menjadi tumpuan media. Tingkah laku serta perkembangan mereka sentiasa akan dirakam dan dikongsi kepada para peminat.

Berikut adalah kumpulan beberapa foto comel anak artis Bollywood ini. Anda pasti akan geram dan terhibur melihatnya!

Koleksi gambar anak artis Bollywood

1. Aaradhya Bachchan

Anak perempuan kepada  ratu cantik terkenal, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan ini lahir pada 16 November 2011 selepas 4 tahun ibu bapanya berkahwin. 

Dia juga yang merupakan cucu kepada pelakon terkenal Amitabh Bachchan. Aaradhya mewarisi kecantikan ibunya dan kepintaran bapanya.

Aaradhya ialah nama Sanskrit yang diberi oleh ibu bapanya. Ia membawa maksud dipuja. Aaradhya kini sentiasa bersama ibunya ke pelbagai acara dan majlis.

Nampaknya, anak artis Bollywood yang satu ini memang akan dipuja kelak kerana aksi comelnya yang bijak catwalk!

2. Azad Rao Khan

Anak artis Bollywood ini popular sejak sebelum dilahirkan lagi. Dia dilahirkan melalui ibu tumpang pada Disember 2011. Walaupun ibu tumpang masih sesuatu yang agak tabu di negaranya, Aamir Khan tidak segan mengakui hal ini.

Azad Rao sering kali dilihat menemani ayahnya di lokasi pengambaran. Dia juga aktif dengan sukan terutamanya bola sepak dan kriket.

3. Abram Khan

Seperti anak Aamir Khan, anak Shah Rukh Khan, Abram Khan juga dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang. Abram Khan dilahirkan pada 27 Mei 2013.

Walaupun kaedah ini mendapat pelbagai kontroversi, Shah Rukh Khan telah menjauhkan urusan peribadinya ini dari media.

Kehadiran Abram mengubati kesunyian Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri selepas anak mereka, Suhana dan Aryan pergi belajar ke luar negara. Abram juga dilihat sering bersama ayahnya ke mana-mana sahaja.

4. Hrehaan dan Hridhaan

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Bollywood, Hrithik Roshan. Dua orang anak lelakinya, Hrehaan yang lahir pada Mac 2006 dan Hridhaan yang lahir pada Mei 2008 mewarisi ketampanan ayah mereka. 

Walaupun sudah bercerai dengan isterinya, Sussanne Khan, namun mereka masih lagi dilihat bersama menghabiskan masa bersama anak-anak sebagai satu keluarga.

Di media sosial miliknya, memang jelas nampak dia amat menyayangi kedua anak lelakinya itu. Handsome tak anak artis Bollywood ini? Mestilah sekacak bapanya kan!

5. Taimur Ali Pataudi Khan

Anak kepada 2 pelakon popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor ini juga sering mendapat perhatian media. Selepas berita kelahiranya pada tahun 2016, Taimur sering kali menghiasi gambar ibu ayahnya dengan pelbagai gelagat.

Taimur menjadi kegemaran ramai bagi anak artis Bollywood. Ikuti luahan Kareena tentang bagaimana beliau "tertekan" dan sukar untuk membahagikan masanya dengan Taimur dan karier di sini.

6. Viaan Raj Kundra

Viaan merupakan anak kepada Shilpa Shetty dan Raj Kundra. Dia dilahirkan pada Mei 2012. Walaupun baru berusia 5 tahun, Viaan sudah mempunyai akaun media sosialnya sendiri iaitu @viaanrajkundra. 

Walaupun begitu, akaun media sosialnya itu dipantau oleh ibu bapanya.

Anda suka anak artis Bollywood yang mana? Comel-comel kan anak mereka?

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent IndonesiaBollywood Shaadis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Aqma