Jangan tinggalkan anak berenang sendirian tanpa pengawasan orang dewasa! Ambil kisah ini sebagai pengajaran…
Kesedihan menyelubungi sebuah keluarga di Singapura apabila mereka kehilangan buah hati yang berusia 6 tahun akibat lemas. Datuknya yang tinggalkan lokasi kejadian selama 5 minit menyangkakan cucunya pandai berenang dan hanya meninggalkannya sebuah pelampung!
Kanak-Kanak Maut Apabila Paru-Paru Dimasuki Air
Pada 7 Oktober lalu, Andrea Hailey Tan Yan Ying, 6 tahun, berada di Festive Hotel di Resorts World Sentosa bersama nenek dan datuknya berserta anaknya yang berusia 3 tahun. Datuknya Tuan Ong Cheng Chye membawa kanak-kanak tersebut ke kolam renang dengan kedalaman 0.5m.
Beberapa minit kemudian, Ong membawa mereka ke kolam dewasa dengan kedalaman 1.2m, dan tidak mengetahui yang Andrea yang berketinggian 1.8m itu tidak tahu berenang. Ong seterusnya membawa anaknya pergi ke jakuzi tanpa memberitahu kepada Andrea.
Tidak lama selepas itu, neneknya yang sedang melihat dari jauh ternampak kelibat pelampung Andrea, tanpa pemiliknya dan segera mencari kanak-kanak tersebut. Malangnya Andrea didapati sedang tenggelam di dalam air dan tidak sedarkan diri!
Seorang saksi segera melakukan CPR dan dibawa segera Singapore General Hospital. 10 hari selepas kejadian, Andrea disahkan meninggal dunia akibat kerosakan otak dan radang paru-paru akibat hampir lemas.
Hasil pemerhatian mendapati kejadian ini berlaku akibat kurangnya pengawasan orang dewasa.
“Seorang kanak-kanak yang tidak boleh berenang mestilah sentiasa ditemani oleh orang dewasa di kolam renang. Mereka juga harus sentiasa dalam jangkau dan berhadapan satu sama lain.” “Peralatan seperti pelampung bukan pengganti pengawasan orang dewasa. Pelampung boleh terlepas dan melayang jauh, walaupun kanak-kanak boleh berenang ini tidak bermakna tiada risiko lemas.”
Kepentingan Ajar Anak Berenang: Tips Bawa Anak Berenang
Ibu bapa, tragedi ini merupakan peringatan besar untuk tidak sekali-kali meninggalkan anak tanpa pengawasan di kolam renang, atau di sekitarnya. Berikut tips keselamatan bawa anak berenang:
#1 Jangan Tinggalkan Anak Berenang Tanpa Pengawasan, Walaupun Sesaat
Sentiasa berada bersama anak-anak ketika di kolam renang. Jika anda ingin meninggalkan kolam renang, bawa sekali anak-anak dan jangan fikir akan ada orang lain yang akan memerhati mereka.
Ingatkan anak-anak supaya yang berada berdekatan kolam atau mandi dalam kolam sekiranya anda tidak ada bersama.
#2 Ajar Anak Berenang Atau Bawa Ke Kelas Renang
Hantar anak ke kelas berenang, supaya mereka boleh belajar menahan nafas ketika di dalam air sekiranya berlaku keadaan darurat. Perkara ini sangat membantu sekiranya anak-anak pergi kolam tanpa pengetahuan anda.
Jika mereka ada asas berenang, ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko lemas dalam keadaan yang terlalu pantas.
#3 Mengawasi Anak-Anak Semasa Belajar Berenang
Ibu bapa harus mengawasi anak sepanjang waktu, walaupun semasa sedang belajar berenang. Elakkan melakukan perbuatan lain seperti membaca, melihat telefon atau berborak, sebaiknya fokus kepada si anak.
Ibu bapa sepatutnya berada berdekatan anak-anak, dalam jangkauan di mana ibu bapa boleh segera memberikan pertolongan sekiranya ada perkara buruk berlaku.
#4 Jangan Lepas Tangan Walaupun Anak Tahu Berenang
Walaupun anak pandai berenang, ini tidak bermaksa anda harus lepas tangan dalam mengawasi si anak. Ada juga kes lemas yang melibatkan kanak-kanak yang pandai berenang kerana mereka boleh panik ketika berada dalam air.
Malah ada juga kes di mana kaki boleh mengalami kekejangan ketika di dalam air dan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat berenang dengan baik.
#5 Jika Anak Lompat Dalam Kolam dan Tenggelam, Keluarkan Dia Dengan Segera!
Ini mungkin kedengaran mudah, tetapi ada juga kes di mana ibu bapa jadi panik dan terdiam apabila melihat anak tenggelam. Jadi jangan ambil mudah dan cepat bertindak!
#6 Jika Kolam Renang Di Belakang Rumah, Pastikan Pintu Sentiasa Dikunci
Ini bertujuan mengelakkan anak-anak keluar ke belakang rumah seorang diri. Sebaiknya pasang pagar di sekeliling kolam yang tidak boleh dipanjat oleh anak.
#7 Sediakan Pelampung
Pelampung bukan merupakan alat bantuan keselamatan kerana ia masih boleh tenggelam dalam keadaan tertentu. Namun sediakan pelampung terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak tahu berenang ya!
Semoga tragedi ini tidak menimpa keluarga kita.
Anak saya berusia 5 bulan, bolehkah saya ajar dia berenang?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki Pea dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-lemas