Jangan Kecam Parents Yang Bawa Anak Bermain Di Luar, Mereka Lebih Tahu Yang Terbaik Untuk Anak!

Jika kebelakangan ini anda melihat ada ibu bapa yang bawa anak bermain di luar, janganlah terlalu cepat mengecam dan menghukum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ini macam trending pula ramai-ramai mengecam ibu bapa yang bawa anak bermain atau bersiar-siar di luar walaupun dengan keadaan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Susulan kelonggaran kerajaan bahawa rentas daerah telah dibenarkan, ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak mereka keluar beriadah.

Tapi ada pula pihak yang mungkin risau akan keselamatan anak-anak menegur ibu bapa ini. Teguran itu tidak salah, tetapi ada kalanya perkataan yang dilemparkan terlalu keras bunyi seolah-oleh ibu bapa yang bawak anak main di luar ini sengaja mahu 'membunuh' anak sendiri.

Bawa anak bermain luar dikecam, tapi yang hadap anak  stres parents juga

Banyak perkataan yang dilemparkan kepada ibu bapa ini yang bukan saja mengguris hati malah buat mereka lagi stres mahu menghadap masyarakat tapi dalam masa sama memenuhi keperluan anak.

Pengacara TV, Mya Zulkifli, di laman sosialnya meluahkan pendapat tentang kesihatan dan perkembangan mental si kecil sama penting seperti kesihatan fizikal.

Menurut Mya, tidak dinafikan virus Covid-19 sememangnya sangat bahaya namun jika melihat parents membawa anak-anak bermain di taman, memijak rumput dan pasir, janganlah terlalu keras menghukum dan melontarkan kecaman. Jika kita yang dewasa ini penat duduk rumah, anak pun sama penat.

Ini berikutan anak-anak juga sudah terlalu penat duduk di rumah dalam jangka masa yang panjang. 

Katanya, hidup perlu juga diteruskan. Masing-masing ada cara masing-masing. Anak juga boleh jadi burn out jika dibiarkan terlalu lama terkurung kerana anak bukanlah patung.

Ibu bapa yang paling tahu perkara terbaik untuk anak mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, anak-anak juga ada ibu bapa yang bekerja, jadi mereka tetap juga terdedah kepada risiko jangkitan. Apa yang penting katanya jika anda anda okay atau elok saja tidak keluar lihat dunia sepanjang dua tahun ini, masih okay moodnya walaupun tidak keluar, jadi tiada masalah untuk teruskan begitu.

Tapi, ada parents yang memilik anak bekeperluan khas dan sudah terlalu lama tersiksa jiwa dan raga kerana anak sudah bertindak di luar batasan kerana stres tidak boleh keluar.

Ada juga yang menhadap anak merengek sepanjang masa, mahu juga mereka naik angin. Bahaya juga dalam keadaan stres perlu bekerja dari rumah, anak pula buat perangai.

Jadi pokok pangkalnya, ibu bapa lebih kenal anak mereka, mereka lebih tahu keperluan anak sendiri. Mereka lebih tahu yang terbaik untuk anak mereka. Dan paling penting SOP dipatuhi sebaiknya tatkala membawa anak-anak keluar. 

Pendapatnya disokong ramai ibu bapa di luar sana. Kata orang, tak kena batang hidung sendiri anda tidak akan faham betapa peritnya menghadap anak yang burn out. Rata-rata ibu bapa juga bersetuju yang kini kita hidup di dalam era endemik, yakni kita hidup dengan virus COVID-19 ini dikelilingi kita. Apa yang penting jaga SOP, elakkan berada di tempat orang ramai dan tertutup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda anak burnout

kredit: anderson

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan orang dewasa saja burn out. Kanak-kanak juga alaminya. Jadi apakah tanda-tanda burn out pada kanak-kanak yang mungkin ibu bapa boleh kesan awal.

#1. Tanda melalui tingkah laku

  • Anak sudah tidak lagi teruja untuk bermain
  • Jika sebelum ini suka bercakap kini dia mungkin suka buat hal sendiri
  • Tidak bersemangat mencuba sesuatu yang baru
  • Anak sukar untuk fokus dalam pembelajaran
  • Kelihatan seperti tiada semangat di dalam kelas kerana hilangnya motivasi dalam pembelajaran
  • Gemar menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan

#2. Tanda melalui fizikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mudah berasa letih semasa belajar
  • Nampak mengantuk sentiasa
  • Sukar untuk tidur kerana banyak berfikir

#3. Tanda emosi

  • Anak mudah berasa kebosanan
  • Menangis atau mengamuk tanpa sebab
  • Rasa kegagalan
  • Mudah marah, perkara kecil pun cepat saja nak marah
  • Mengasingkan diri semasa di dalam kelas atau rumah
  • Hilang tumpuan ketika belajar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

kredit foto: siraplimau

Baca juga: Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan

Baca juga: Mengajar Emosi Kepada Kanak-Kanak Dengan Cara Yang Menyeronokkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Apa akan jadi kalau anda tengking dan lupa kawal marah pada anak?

Penulis

Lala Annuar