"Akak Aku Ni Biasa Je, Tapi Alhamdulillah Anak-Anak Dia Bijak-Bijak" Lelaki Ini Kongsi Amalan Kakaknya Buat Setiap Pagi

Semua ibu bapa mahu anak bijak pandai. Jadi apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat untuk bantu anak kita?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa saja yang tidak mahu anak bijak pandai. Memang ini yang menjadi doa setiap ibu bapa di muka bumi ini. Kadang kala tengok anak orang lain bijak, mesti kita mahu tahu apa rahsia dan amalan mereka.

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi bukanlah sepenuhnya bergantung kepada anak-anak kerana ibu bapa juga menjadi penyumbang penting kepada anak-anak.

Ibu bapa amal perkara ini setiap pagi, anak jadi bijak pandai

Perkongsian lelaki ini mengenai amalan yang dibuat kakaknya membuka mata ibu bapa bahawa setiap apa yang kita buat itu sebenarnya akan memberi kesan kepada anak.

Perkongsian daripada Pengiran M. Nizam Rahman yang tular di media sosial ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di luar sana. 

Beliau mendapatkan petua mudah ini dari kakaknya sendiri yang terbukti mempunyai anak-anak yang bijak. Bukan sahaja berjaya dalam akademik tapi juga sering menerima anugerah di sekolah.

Ternyata, kakak beliau hanya mengamalkan satu petua ini sahaja kepada semua anak-anak setiap hari. Jadi kini bergantung kepada ibu bapa di luar sana sama ada ingin amalkan atau sebaliknya. 

Tak salah pun mencuba, mana tahu berkat keikhlasan kita anak akan jadi bijak pandai dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara. 

Baca surah Yasin ayat ke-82, tiup di ubun-ubun anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut perkongsian lelaki ini:

Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah. Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.

Caranya:

Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.

Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.

Tips anak pintar sejak dari dalam kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang pelbagai perkara boleh dilakukan dalam usaha lahirkan anak pintar. Ini antara tips menjadikan anak pintar sejak dari dalam kandungan yang dikongsikan beberapa individu.

#1. Beri nama yang baik

Nama yang baik dengan maksud yang baik ibarat doa untuk anak. Ajak bayi berbual bersama-sama kita dengan memanggil nama mereka. Berkomunikasilah dengan bayi anda.

#2. Berbicara dengan bayi

Banyakkan berbicara dengan anak sejak dia dari dalam kandungan. Anak sudah boleh mendengar suara ibunya sendiri sejak dari dalam kandungan. Jadi bercakaplah yang baik-baik dengan anak anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sudah ada nama, panggillah namanya.

#3. Bacakan cerita pada bayi

Anda boleh bacakan cerita pada bayi sejak dari dalam kandungan kerana mereka sudah boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. Jadi jangan bazirkan masa emas ini.

Anda juga boleh rangsang bayi anda dengan pelbagai bunyi-bunyian yang baik dan mampu merangsang otak bayi. 

#4. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan

Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut. Makan makanan seimbang untuk kebaikan ibu dan bayi.

#5. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik

Untuk merangsang otak bayi, dikatakan ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama.

Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Ini Kongsikan 4 Tips Membentuk Anak Bijak, No. 3 Kena Amalkan!

Baca juga: 20 cara buat anak jadi BIJAK sejak dari dalam rahim, jom ibu amalkan!

Baca juga: 20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

Penulis

Lala Annuar