Adakah anda pernah mendengar mengenai bedtime stories?
Selalunya, perkataan ini memang sinonim dengan orang-orang barat yang selalu membacakan buku cerita kepada anak mereka sebelum tidur. Kalau anda tidak pernah buat bedtime stories atau tidak pernah bacakan buku cerita kepada anak anda, mungkin inilah masanya untuk anda mencari buku-buku cerita menarik kepada anak anda.
Tetapi bagi ibu bapa yang menganggap bahawa membacakan buku cerita ini adalah sesuatu yang membuang masa kerana anak anda masih kecil dan tidak faham apa-apa. Anda silap sebenarnya. Ini kerana anda sudah boleh membacakan buku cerita kepada anak anda seawal 4 bulan lagi. Pada awalnya, mungkin anak anda tidak faham tetapi anak anda akan menunjukkan minatnya terhadap buku. Ada yang memegang, siap ada yang menggigit lagi. Geram katanya.
Untuk perkongsian kali ini, kami nak beritahu anda sesuatu yang menarik mengenai bedtime stories dan kenapa anda perlu bacakan buku cerita kepada anak anda sebelum tidur. Salah satu sebabnya ialah ia akan membuatkan anak anda bijak! Mari kita kupas bersama mengenai bedtime stories dan kepentingannya. Jom baca!
Manfaat bedtime stories untuk anak anda
Bedtime stories bukan hanya sekadar untuk tidurkan anak
Ada diantara ibu bapa yang membacakan bedtime stories untuk bantu anak mereka tidur. Asal anak mereka nak tidur sahaja, mulalah ibu bapa nak bacakan buku cerita.
Tahukah anda bahawa terdapat banyak manfaat dan kesan positif sekiranya bayi dibacakan buku cerita hampir setiap malam? Ini antara manfaatnya!
#1 Membina kemahiran mendengar, memori bayi dan kemahiran perbendaharaan kata
Kredit: Pexels
Ini antara manfaat membacakan bedtime stories kepada bayi yang tidak diragukan lagi. Ya, walaupun bayi anda mungkin masih belum dapat memahami anda. Tetapi, anak anda masih boleh mendengar bunyi dan suara anda. Mengenal pasti bunyi dan bagaimana ianya dibunyikan. Malah, ia membantu bayi untuk membiasakan diri bayi dengan penggunaan bahasa disekelilingnya.
Dengan membacakan anak anda dengan bedtime stories juga, ianya membantu menguatkan memori bayi apabila bayi melihat bagaimana anda menggunakan bahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tubuh. Tidak lama sahaja untuk anda belajar membunyikan perkataan kokok apabila anda sentiasa mengajar anak anda mengenai ayam berkokok.
#2 Memperkenalkan konsep seperti nombor, huruf, warna, dan bentuk dengan cara yang menyeronokkan
Kredit: Pexels
Bagaimana lagi anda yang masih kecil dapat mempelajari huruf, warna dan nombor ataupun bentuk dengan baik jika tidak dengan menggunakan buku cerita? Ia bukan hanya sekadar melihat anda bercerita sahaja, anda boleh gunakan buku cerita sambil menunjukkan apa yang anda bercerita. Barulah anak anda faham ini untuk apa dan apa maksudnya.
Ini turut melatih kemahiran visual anak anda dan kemahiran kognitif pada masa yang sama. Sebab itulah buku cerita adalah alat yang paling sesuai dalam memupuk kemahiran bahasa anak. Yang paling seronok sekali, ianya juga merupakan satu sesi pembelajaran 2 dalam 1. Belajar dapat, seronok pun dapat! Ia turut merangsang anak anda untuk bertanya, melihat dan memegang. Ini sangat membantu untuk kemahiran sosial dan daya berfikir anak anda.
#3 Mewujudkan hubungan istimewa antara ibu, anak dan juga minat kepada buku
Kredit: Pexels
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Maksudnya sesuatu yang baik hendaklah dipupuk dari kecil. Dengan membacakan bedtime stories, ianya dapat membantu memupuk minat anak anda membaca dan menjadikan saat anda bercerita itu sebagai satu saat yang sangat istimewa dalam hidup anak anda.
Membaca buku cerita atau bedtime stories ini sangat baik kerana ini adalah waktu dimana ibu bapa menumpukan sepenuh perhatiannya kepada anak. Kehadiran anda juga memberitahu anak anda bahawa membaca adalah satu minat yang sangat penting. Tidak mustahil kalau anak anda juga akan minat membaca sewaktu besar.
Tips penting untuk ibu bapa yang nak bacakan bedtime stories
- Bacakan buku cerita sewaktu mereka masih aktif: Bedtime stories sememangnya pembacaan buku cerita sewaktu hendak tidur. Tetapi kalau anak anda dah terlalu ngantuk. Tidak perlulah paksa anak untuk dengar kerana ianya tidak memberikan manfaat kepada anak anda langsung.
- Mulakan seawal yang mungkin: Pakar mengesyorkan agar anak anda dibacakan buku atau bedtime stories seawal 4 bulan. Ini kerana apabila anak anda sudah besar sikit, anak anda jadi susah untuk tumpukan perhatian kepada cerita anda. Pastikan cerita anda best tau.
- Buatkan pembacaan menarik: Kalau anda nak bagi anak anda tumpukan perhatian, jangan lupa untuk ada eye contact dengan anak. Kalau tidak, lagilah susah anak anda nak tumpukan perhatian kepada anda. Buatlah dengan gaya atau mimik muka yang menarik.
- Pilih buku cerita yang betul: Jangan main tangkap muat sahaja ibu bapa! Pastikan buku cerita yang anda pilih itu sesuai dengan tahap anak anda. Kalau dah siap bacakan buku Sains untuk bayi yang kecil itu pun, bukan anak sahaja tertidur, ayahnya pun dah lama lena. Jadi pilih betul-betul tau!
Sumber: Momjunction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Ayah Yang Sering Baca Buku Bersama Anak Beri Kesan Unik Berbanding Ibu, Ini Faktanya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!