Hati ibu mana yang tak berdebar bila lihat suami naik hantu terutama bila berjalan jauh. Situasi cemas ini diceritakan seorang wanita bila mana suaminya bertindak berhentikan kereta dan meletak anak mereka di tepi jalan.
Menurut wanita itu yang berkongsi di laman tiktok dan mstar, anak mereka agak moody pada hari berkenaan dan buat perangai ketika perjalanan pulan ke kampung hingga ganggu konsentrasi suaminya untuk memandu.
Anak buat perangai dalam kereta, nyaris kena tinggal tepi jalan!
Wanita berkenaan yang berkongsi kepada mstar berkata, anaknya itu jenis jarang buat perangai, tetapi tidak tahulah kenapa pada hari kejadian banyak betul ragamnya.
Mungkin dia tidak selesa berjalan jauh dan sebagainya sebab itu buat perangai.
Berdebar hati ibu, risau anak kena tinggal
Hati ibu mana yang tidak berdebar dan rasa sayu bila anak diletak tepi jalan. Namun, itu sebenarnya adalah tindakan suaminya untuk mengingatkan anak mereka supaya tidak mengulangi perkara sama.
Katanya, ‘angin’ suaminya tidak lama. Dalam video berkenaan, suami wanita itu dilihat menerangkan sesuatu kepada anak mereka dan mendukung kembali kanak-kanak itu kembali ke kereta.
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian netizen dan ada yang mengatakan setiap orang ada cara didikannya. Kadang kala mungkin nampak kasar di mata orang lain, tetapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk anak-anak ini.
22 cara mendidik anak dengan betul -Pakar
Mendidik anak bukan boleh pakai hentam saja. Ada caranya. Ikuti perkongsian daripada Dr Fadzilah Kamsah, iaitu pakar motivasi terkenal mengenai kaedah mendidik anak dengan cara yang betul.
- Jangan pukul anak dari lutut ke atas
- Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
- Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
- Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
- Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk
- Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran
- Berikan pujian setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
- Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
- Jangan mengeluh. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
- Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap kerana ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
- Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
- Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
- Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
- Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
- Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
- Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!
Baca juga: Cara Didik Anak Anda Jadi Pemurah Dan Mahu Berkongsi
Baca juga: Ibu Ingin Anak Lebih Berdikari? Cuba Cara Ini Untuk Didik Mereka