TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

7 Rahsia Bantu Anak Membesar Ceria, Gembira! Ini Tips Dikongsikan Ahli Psikologi

4 min bacaan
7 Rahsia Bantu Anak Membesar Ceria, Gembira! Ini Tips Dikongsikan Ahli Psikologi

Semua ibu bapa impikan anak ceria dan gembira, tetapi bagaimana?Tiada siapa mahu suasana yang tegang dalam mendidik anak-anak.

Besarkan anak bukan perkara mudah. Sebagai ibu bapa, anda perlu rajin mencari ilmu keibubapaan bagi memastikan anda mendidik dengan ilmu penuh di dada. Semua ibu bapa impikan anak ceria dan gembira, tetapi bagaimana?

Kadangkala kita sebagai ibu bapa mungkin buntu atau keliru, adakah betul cara kita besarkan anak-anak, kadangkala bila tiba hari ‘sedih’, berguguran juga air mata bila terpaksa marah anak yang menguji kesabaran setiap hari.

Tiada siapa mahu suasana yang tegang dalam mendidik anak-anak, di mana silapnya hingga anak tidak gembira dan ceria bila bersama kita. Sebab itu, rajin-rajinlah membaca dan bertanya kepada yang pakar, pasti anda akan temui jawapannya.

Anak ceria, gembira ibu bapa bahagia

anak ceria

Apabila anak anda membesar, dia akan dapat menyampaikan perasaannya dengan lebih mudah dengan kata-kata dan bahasa gerak-geri badan.

Semakin dia membesar, dia boleh mengekspresikan apa yang dirasai, dan anda boleh tahu sama ada dia gembira atau sebaliknya.

7 rahsia kanak-kanak yang sangat gembira

Kata orang mood anak ini jika boleh jangan diusik, jika moodnya baik di pagi hari, layan saja dia. Tapi sampai bila, mahu ikud mood saja kan. Mungkin ada terkurang di mana-mana yang boleh menganggu mood si kecil ini. Jadi ahli psikologi ini, Dr Alizi Alias kongsikan.

#1. Mereka makan tepat pada masanya

anak ceria

Mungkin anda fikir strategi keibubapaan itu penting. Cuba fikirkan sekali lagi. 

Pernahkah anda berasa lapar hingga anda rasa mahu menjerit? Itulah perasaan kanak-kanak apabila mereka terlepas snek atau perlu menunggu dua jam melepasi waktu makan biasa.

#2. Mereka mendapat tidur yang konsisten

anak ceria

Jadikan tidur (dan waktu tidur yang konsisten) satu keutamaan. Setiap kanak-kanak memang berbeza ada yang jenis cepat tidur ada yang lambat. Malah kadar lena mereka pun berbeza. 

Walaupun itulah hakikatnya, tetapi ia bukan alasan untuk tabiat tidur yang buruk. Kanak-kanak perlu belajar tidur. Terpulang kepada kita untuk mengajar mereka.

#3. Mereka bermain tanpa arahan

Kadangkala anak-anak hari ini terlalu ‘diset’ apa yang mereka patut dan tidak patut buat. Malah bermain pun perlu ikut tatacara. Cuba biarkan mereka explore dan selagi tidak mendatangkan bahaya atau kemudaratan biarkan saja mereka bermain mengikut kreativiti mereka

#4. Mereka dibenarkan untuk meluahkan emosi

Kanak-kanak menjerit apabila mereka marah. Mereka menangis apabila mereka sedih. Mereka mungkin akan menghentak kaki mereka dan berlari-lari dalam bulatan apabila mereka tidak tahu apa yang hendak dirasai.

Mereka juga boleh menunjukkan emosi ini di mana-mana dan tidak tentu tempatnya. Biarkan mereka. Kanak-kanak perlu meluahkan emosi mereka.

Jika orang dewasa meluahkan apa yang terbuku di hati kepada rakan, kanak-kanak ada cara mereka melepaskan emosi contohnya menangis di tengah-tengah orang ramai. Biarkan mereka lepaskan perasaan mereka dulu, apabila keadaan reda, tawarkanlah bantuan anda. 

Melepaskan perasaan akan dapat membantu mereka mengawal emosi apabila dewasa kelak, daripada biarkan mereka pendam, lebih baik biarkan mereka ekspresikan apa yang mereka rasai. 

#5. Mereka dapat membuat pilihan

Kanak-kanak mempunyai kawalan yang sangat kecil terhadap kehidupan mereka. Mereka sentiasa diberitahu ke mana hendak pergi, apa yang hendak dilakukan dan apa yang hendak dimakan.

Biarkan anak-anak memilih baju mereka, kasut yang mereka ingin pakai. Atau jika di kedai makan, biarkan mereka pilih menu. 

Beri mereka peluang untuk membuat keputusan dan lihatlah senyuman mereka selepas itu.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

#6. Mereka rasa didengar

Bersikap terbukalah dengan anak. Dengar apa yang ingin mereka perkatakan. Mereka perlu sentiasa rasa anda ada untuk mendengar apa yang mereka rasa.

Hari-hari kanak-kanak di sekolah tidaklah selalunya indah. Mereka juga ada rasa tidak selesa ada kala mereka juga mungkin rasa serabut. Jadi, dengarlah ceriata mereka. Disamping buat mereka gembira, rasa didengari ini juga akan meningkat keyakinan diri anak untuk berhadapan dengan orang lain. 

#7. Mereka disayangi tanpa syarat

Apabila anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka menyayangi dan menyokong mereka walau apa pun yang berlaku keyakinan diri mereka akan tinggi dan cenderung mengambil risiko yang sihat.

 Mereka yakin dan selamat dalam keputusan mereka. Mereka belajar bahawa kadang-kadang orang melakukan kesilapan, tetapi sentiasa ada peluang untuk membetulkan kesilapan.

Apabila anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka akan sentiasa ada untuk mereka, sama ada dalam baik atau buruk mereka akan sentiasa gembira. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Alizi Alias

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-pemarah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 7 Rahsia Bantu Anak Membesar Ceria, Gembira! Ini Tips Dikongsikan Ahli Psikologi
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham