TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Anda Buat Jika Anak 'Menghias' Kereta Anda? Lihat Tindakan Bijak Bapa Ini

3 min bacaan
Apa Anda Buat Jika Anak 'Menghias' Kereta Anda? Lihat Tindakan Bijak Bapa Ini

Tindakan bijak bapa ini membenarkan anaknya conteng kereta, atau "menghias" kereta boleh memberi kesan dalam pembelajaran anak-anak.

Apabila anak “menghias” atau menconteng kereta bapa

Lelaki dan kereta memang sinonim. Malah ada yang menyamakan kereta kesayangan mereka sebagai ‘isteri‘ atau ‘teman wanita’ hingga memberi nama timangan.

Tentang perbelanjaan, jangan cakaplah, beribu-ribu pun sanggup dihabiskan! Apa sahaja demi kereta kesayangan.

Biar poket kosong, asal kereta tampak cantik bergaya. Sedikit calar atau kotor, pasti runsing.

Tetapi…tidak bapa ini. Beliau telah menjadikan kereta kesayangannya sebagai tempat anaknya menunjukkan kreativiti. 

Kereta beliau dijadikan tempat untuk anak perempuannya melukis, ya, melukis!

menghias dan menconteng kereta bapa

Apabila anak “menghias” dan menconteng kereta bapa Foto ehsan: era baru

Melalui facebooknya, Encik Yang telah memuat naik siri gambar kereta kesayangannya.

Penuh dengan hasil lukisan anaknya, pelbagai warna! Semasa beliau memuat naik gambar tersebut, statusnya berbunyi

‘Saya melihatnya melukis, saya memintanya berlatih melukis lagi!”

Apa Anda Buat Jika Anak Menghias Kereta Anda? Lihat Tindakan Bijak Bapa Ini Bapa ini membiarkan anaknya menconteng atau “menghias” kereta kesayangannya Foto ehsan era baru

Jika ibu bapa lain, mungkin ini akan jadi isu yang besar apabila kereta kesayangan diconteng anak.

Namun, bagi Encik Yang, ini bukanlah isu yang besar. Malah, inilah kenangan manis dari anaknya.

Apa Anda Buat Jika Anak Menghias Kereta Anda? Lihat Tindakan Bijak Bapa Ini

Kesan contengan anak di kereta adalah satu kenangan manis 

Encik Yang menyatakan yang dia tidak akan memadam lukisan-lukisan tersebut kerana mahu ia kekal sebagai kenangan manis apabila anaknya besar nanti. Anaknya telah melukis gambar mereka sekeluarga. Malah gambar atuknya yang telah meninggal dunia juga ada!

Anaknya mula melukis setelah berjaya dengan lukisan sebelumnya. Kemudian anaknya telah melukis watak-watak dari sini animasi Dragonball. Teknik lukisannya semakin maju membuatkan Encik Yang semakin gembira.

Encik Yang juga telah bertekad untuk menjaga hasil kreativiti anaknya itu. Beliau tidak mahu memadam lukisan-lukisan anak itu langsung!

Perbuatan ini bijak dan boleh meningkatkan keyakinan anak

Dari sudut psikologi, apa yang dilakukan oleh Encik Yang ini meningkatkan keyakinan anaknya untuk terus mengasah bakat melukisnya. 

Dengan tidak memarahi anaknya, kanak-kanak terbabit tidak akan terus putus asa dan terus berusaha melukis dengan lebih baik. Ini kerana, mereka rasa usaha mereka dihargai dan ingin memberikan yang lebih baik.

Sedikit tips bagaimana hendak menghilangkan kesan contengan pada kereta tanpa merosakkan cat:

  1. Menggunakan pemadam pengilat kuku. Ada yang mengatakan pemadam pengilat kuku sangat berkesan untuk menghilangkan kesan contengan pada kereta.
  2. Menggunakan alkohol (rubbing alcohol).
  3. Gunakan susu dan tuala kapas. Rendamkan tuala kapas dengan susu sehingga lencun. Biarkan tuala kapas yang basah itu di atas lukisan tersebut selama sekurang-kurangnya empat jam, kemudian basuh kawasan contengan dengan air suam dicampur sedikit sabun basuh pinggan. Bilas dan lap menggunakan air sejuk. Cara ini akan mengurangkan risiko cat kereta rosak.
  4. Ada juga yang mencadangkan penyembur rambut tetapi hati-hati ada penyembur rambut meninggalkan kesan lain.

Selain itu, tip untuk mengelakkan kereta anda diconteng ialah:

  1. Tidak meletakan pen marker di tempat anak anda boleh capai.
  2. Gunakan pen yang dakwatnya boleh dibasuh dengan air.
  3. Galakkan anak anda melukis di atas kertas dan bukan kereta
  4. Sediakan ruangkan melukis untuk anak anda supaya mereka tidak melukis pada kereta.

Tapi, sekali-sekala kalau anak anda nak menconteng atau “menghias” kereta, apa salahnya kan? Kalau ia terbukti bagus untuk psikologi dan tumbesaran anak-anak!

Sumber: Erabaru, itstillruns

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Anda juga mungkin berminat dengan Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

Baca juga:

https://my.theasianparent.combapa-lebih-rapat-dengan-anak-perempuan/

 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Apa Anda Buat Jika Anak 'Menghias' Kereta Anda? Lihat Tindakan Bijak Bapa Ini
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham