7 tips berguna untuk ibu bapa menjaga anak yang demam malam

7 tips berguna untuk ibu bapa menjaga anak yang demam malam

Anak demam malam pasti akan buat ibu penat dan panik. Tapi dengan 7 tips yang kami bagi ini, anda boleh buat anak demam tidur dengan lebih lena dan selesa.

Ibu bapa yang pernah menjaga anak demam malam pasti tahu kesusahan dan keperitannya - lebih-lebih lagi kalau anak selalu mencari ibu untuk menenangkan mereka yang tidak selesa.

Walaupun letih, hati kita turut rasa sayu apabila melihat mereka dalam kesakitan. Kita akan panik apabila suhu badan mereka naik mendadak pada waktu malam dan rasa bimbang apabila mereka tidak aktif seperti biasa pada waktu siang.

Biarpun selesema atau demam yang lebih serius akibat jangkitan, baca 6 tips ini sebagai panduan ketika menjaga anak demam malam.

Anak demam malam: 7 panduan berguna buat ibu bapa

Anak demam malam

#1 Jangan paksa anak demam malam untuk tidur

Apabila ibu bapa memberi kebebasan pada anak untuk memutuskan bila mereka ingin tidur atau berehat, ini sebenarnya salah satu cara untuk menenangkan mereka.

Lagipun kanak-kanak yang betul-betul demam tidak akan memaksa diri mereka untuk bermain. Jadi berikan mereka kelonggaran untuk berbuat demikian.

Ibu bapa cuma perlu tengok-tengokkan apabila anak sedang bermain dan pastikan mereka tidak bermain hingga terlalu letih.

Berpeluh boleh menurunkan suhu badan mereka dan jika anak demam malam lagi, sekurang-kurangnya dia akan dapat tidur dengan lena.

#2 Guna cara kreatif supaya anak akan makan

Walaupun anak sakit dan kurang selera, ini tidak bermaksud anak hanya boleh makan makanan yang hambar saja ketika anak demam malam.

Tanya apa yang mereka ingin makan kemudian fikirkan cara lain untuk menyediakannya supaya sajian itu kekal bernutrien tinggi tetapi lebih sihat.

Jangan paksa mereka makan jika mereka tidak ingin makan.

7 tips berguna untuk ibu bapa menjaga anak yang demam malam

Bersabar dan cuba pujuk mereka makan sedikit demi sedikit. Tapi yang paling penting ialah anak perlu minum air yang banyak

Cara lain untuk memastikan anak mendapat air yang secukupnya ialah dengan memberi jus, mi sup, sup ayam, ataupun bubur.

Jika anak anda enggan makan selama 24 jam atau lebih, bawa mereka untuk berjumpa doktor dengan segera.

#3 Cara lain untuk beri anak demam malam makan ubat

Tidak semua ubat sedap atau senang dimakan. Jika rasa ubat yang diberi doktor itu betul-betul pahit atau rasa teruk, cuba sejukkan ubat itu dalam peti ais sebelum memberikannya pada anak.

Ini boleh "menutup" rasa pahit supaya anak senang menelannya.

Ibu-ibu juga boleh memilih untuk mencampurkan ubat ke dalam makanan yang lembut seperti yogurt atau pudding.

Periksa dengan doktor dulu untuk memastikan anda tidak mengurangkan keberkesanan ubat itu apabila dicampurkan dengan makanan.

 

7 tips berguna untuk ibu bapa menjaga anak yang demam malam

#4 Kurangkan hidung tersumbat supaya anak demam malam rasa lebih selesa

Selalunya anak tidak dapat tidur akibat hidung yang tersumbat. Kanak-kanak kecil juga belum tahu cara untuk menghembuskan mukus dari hidung.

Ibu bapa boleh mengurangkan ini dengan titisan cecair salin ke dalam lubang hidung mereka. 

Ingat: Ubat dekongestan tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. 

Titiskan cecair salin beberapa kali sehari supaya rasa lebih lega pada waktu malam. Cara lain ialah dengan menggunakan mesin humidifier atau or ubat mengewap seperti Vicks supaya anak dapat bernafas dengan lebih senang.

Anak sakit kepala? Cuba urutkan badan anak, dia pasti akan tertidur.

#5 Belajar tentang kesan ubat dan kesan demam

Pengetahuan tidak hanya akan menolong ibu bapa untuk memilih ubat yang selamat untuk anak. Tapi ibu bapa yang berpengetahuan luas tentang demam dan kesan-kesannya akan kurang panik apabila ia berlaku kepada anak mereka.

#6 Cuba alihkan perhatian anak

Jika anak demam malam dan tidak dapat tidur, ibu bapa boleh memasang filem/kartun kegemaran  anak ataupun bacakan buku. Apabila sudah letih nanti anak akan tertidur.

Cuba alih perhatian dan hiburkan mereka. Gunakan cara ini untuk memastikan anak demam malam lebih selesa.

#7 Berikan kasih sayang yang tidak terhad 

Kanak-kanak memerlukan perhatian ibu bapa yang sepenuhnya ketika mereka demam.

Mereka mungkin akan menjadi senang takut dan manja. Berikan banyak pelukan dan ciuman serta kata-kata dorongan.

Apabila anak anda sakit, dia tidak hanya memerlukan penjagaan fizikal, tetapi keperluan emosi juga perlu dijaga.

Jangan teragak-agak untuk membawa anak berjumpa pakar jika anak masih menunjukkan tanda-tanda demam

 

 

Sumber: What to ExpectToday.comWebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 

my.theasianparent.com/bayi-demam-patut-buat/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner