Anak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Badan Tak Panas Tapi Tiba-Tiba Kena Sawan!

Anak demam on off sehingga dua minggu membuatkan ibu susah hati. Seperti yang dikongsi wanita ini, anaknya tiba-tiba terkena sawan tarik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kini wad kanak-kanak di kebanyakan hospital dilaporkan menerima jumlah pesakit yang terlalu ramai, ibu ayah diminta sentiasa waspada dengan musim anak demam on off. Gejala ini turut disertakan bersama selesema dan batuk.

Setiap ibu pastinya merisaukan keselamatan anak kecil, terutamanya bayi. Hal ini kerana jika ada seorang yang tidak sihat dalam rumah berkemungkinan besar akan menjangkiti orang lain.

Biarpun demam dianggap biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, namun jika terlalu kerap ia mungkin boleh membahayakan anak anda. Jadi ibu, sila baca perkongsian kisah di bawah ini untuk dijadikan sebagai pengajaran agar anda boleh bertindak pantas jika terjadi pada si kecil anda suatu hari nanti. 

Musim Anak Demam On Off, Ibu Cemas Anak Tiba-tiba Rebah Ketika Ingin Solat

Seorang ibu, Maya Tre Top telah berkongsi pengalaman menguruskan anak demam di rumah:

“Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri untuk manfaat semua.

Minggu lepas saya sekeluarga satu rumah demam, sekali dengan batuk dan juga selesema. Anak-anak memang on off demam dan tidak skip bagi ubat demam budak setiap 4 hingga 6 jam sekali.

Demam kali ni agak kuat kerana bila waktu siang dia nampak okay, namun malam akan jadi demam semula bila habis kesan ubat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebah sekejap-sekejap sahaja.

Masuk minggu kedua, anak-anak saya demam on off semula tetapi tidak kerap selama dua hari. Namun semalam ketika kami ingin solat Maghrib, anak lelaki saya tengah berdiri dan dia tiba-tiba rebah macam nak pengsan.

Masa tu dia masih sedar cuma nampak macam lemah. Masa tu memang rasa badan dia tidak panas lagi.

Jadi disebabkan dia tiba-tiba jatuh, saya dan suami segera bawanya ke hospital. Sebaik sahaja sampai di kecemasan, kena tunggu saya daftar dan tidak sampai lima minit masa ayahnya pegang, dia tiba-tiba kena sawan tarik.

Habis satu badan jadi kejang, mata putih dia pula naik ke atas, kancing gigi, mujur saja waktu tu memang kami dah ada di unit kecemasan. Terus saya berlari bawa masuk ke dalam.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa Anak Kena Sawan, Badannya Langsung Tidak Panas

Sambungnya…

“Doktor dan nurse cuba bagi rawatan untuk hentikan sawan. Alhamdulillah tidak sampai 5 minit dia berhenti sawan, tapi badan jadi lemah lembik seperti tidak sedar.

Masuk wad untuk pemerhatian. Tapi apa yang saya nak bagitahu masa dia tengah tarik sawan, badannya langsung tidak panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi lepas satu jam baru start panas kuat. Suhu demam dia selepas sawan naik antara 39 hingga 40 darjah celsius.

Doktor ada berpesan pada saya, jika anak-anak demam on off, jangan hantar mereka ke sekolah.

Bagi anak rehat. Sentiasa letak kain basah pada badan walaupun tidak rasa badannya panas. Dan alhamdulillah anak saya kembali kepada suhu badan normal.

Dia juga nampak semakin baik. Cuma saya kena hati-hati, bagi kerap mandi sehingga 10 kali takpe, setiap dua jam bagi meredakan panas dalam badan,” kongsinya. 

Bahaya Anak Demam On Off

Meskipun demam on off dianggap tidak begitu membahayakan dan dianggap biasa berlaku pada anak kecil khususnya, jika terdapat tanda-tanda membimbangkan seperti:

  • Demam dengan suhu yang tinggi
  • Pernafasan laju
  • Lemah
  • Tidak makan dan minum
  • Kurang atau tiada kencing
  • Pucat dan bibir kering

Sila rujuk kepada doktor atau bawa ke hospital dengan segera untuk rawatan. Anda juga dinasihatkan untuk memberi anak anda air dengan secukupnya serta makanan yang berkhasiat bagi membantu pemulihan. Jadi, ibu sila berikan perhatian ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Demam On Off

Demam berulang atau demam on off ini bukan berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Sebaliknya, ia boleh berlaku tanpa sebab. Suhu badan juga boleh menjadi lebih tinggi pada masa berlainan dalam sehari atau selepas anak bermain (melibatkan pergerakan fizikal) secara aktif. Biasanya ia hanya meningkat beberapa darjah daripada suhu biasa dan akan turun semula selepas tempoh masa singkat. Disebabkan itu, normal jika anda melihat anak demam on off tapi aktif. 

Keadaan ini juga merupakan salah satu gejala utama sindrom demam berkala (periodic fever syndrome). Ia adalah penyakit yang mengakibatkan si kecil demam dalam corak dijarakkan dari masa ke masa, tanpa mempunyai jangkitan virus atau bakteria. Sindrom ini kadang-kala disebabkan oleh kecacatan genetik. Apabila demam on off dikaitkan dengan sindrom demam berkala, suhu badan yang lebih tinggi mungkin disebabkan oleh salah satu isu genetik ini.

Cara Merawat Demam Anak

Anak demam adalah sebahagian cara tubuh mempertahankan daripada sebarang jangkitan. Meskipun bukan penyakit, jika mencatatkan suhu demam mencecah 40 darjah celsius atau lebih, ia boleh menjadi sangat bahaya.

Bagi kebanyakan anak demam panas, ia boleh dirawat hanya dari rumah. Berikut beberapa petua kebahkan demam anak yang boleh ibu cuba:

1. Lapkan badan. Rendamkan tuala kecil ke dalam air dan sapukan ke seluruh badan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja.

2. Buka pakaian dan elakkan penggunaan selimut. Lapisan pakaian dan selimut berupaya memerangkap haba. Ini sekaligus membuatkan demam menjadi lebih lama daripada biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kerapkan mandi.

4. Turunkan suhu bilik. Ia dapat mengurangkan suhu badan anak demam.

5. Berikan si manja minum air dan dapatkan rehat secukupnya.

Jenis Ubat Demam Budak yang Boleh Didapati dari Farmasi atau Klinik

Ubat demam budak boleh dibeli tanpa prescription doktor di farmasi berdekatan. Kebiasaannya, ubat demam yang digunakan di Malaysia ialah paracetamol. Nama lainnya adalah Acetaminophen.

Selain dapat meredakan demam, ibu ayah juga boleh guna ubat ini untuk tahan sakit. Misalnya, anak sakit gigi atau sakit kaki disebabkan jatuh.

Sekiranya anda ingin memberikan si manja ubat demam, pastikan mengikut arahan dan sukatan dos yang telah ditetapkan. 

Paling penting, anak perlu diberi makan ubat setiap enam jam atau empat kali dalam tempoh 24 jam. 

Jika demam anak masih berlarutan atau menunjukkan simptom merisaukan, segeralah berjumpa doktor. Misalnya anak demam dua hari tak sembuh-sembuh selepas beri Paracetamol, demam tinggi sangat hingga anak meracau atau demam berserta ruam.

Suhu Normal Bayi yang Ibu Perlu Tahu

Cara untuk tahu bayi anda demam, ialah rasa panas di bahagian dahi, leher, belakang, dan perut apabila disentuh.  Pipi bayi mungkin akan kelihatan merah dan kadang-kadang si kecil akan mula berpeluh.

Julat suhu normal bayi apabila disukat melalui rektum, adalah di antara 36.6 – 37 °C. Suhu demam pula adalah suhu yang melebihi 38 °C.

Ibu bapa perlu berhati-hati jika suhu badan bayi mencecah:

  1. 38 °C untuk bayi di bawah 3 bulan
  2. 39 °C dan ke atas, untuk bayi berumur 3 – 6 bulan

Sekiranya anda memiliki bayi demam yang berusia kurang satu bulan atau berat badannya kurang 4 kilogram, pastikan berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan. 

Bayi Demam On Off, Bila Patut Jumpa Doktor?

Dalam kebanyakan kes, demam on off budak bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa badan sedang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan bagi melawan penyakit. Kebanyakan anak kerap demam biasanya hilang dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk membawa anak kecil anda ke klinik atau hospital jika suhunya terlalu tinggi atau jika demam berlarutan lebih daripada beberapa hari. Jika anak anda mengalami demam panas dalam tempoh yang lama, buat temu janji dengan pakar pediatrik anak anda. Jika pakar pediatrik anda berpendapat bahawa demam on off ini boleh menjadi sindrom demam berkala, anda akan disambungkan kepada pakar untuk mendiagnosis anak anda dan membuat pelan rawatan yang lain.

Semoga perkongsian ini berguna dan akan memberi manfaat untuk ibu ayah di luar sana!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!

Baca juga: Ikhtiar Turunkan Suhu Badan Anak, Ustazah Kongsi Doa Demam Panas Yang Boleh Ibu Amalkan