X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Perempuan & Menantu Sanggup Buang Bapa 80 Tahun Di Kuil, Takut Dijangkiti Covid-19

29 Jul, 2021
Anak Perempuan & Menantu Sanggup Buang Bapa 80 Tahun Di Kuil, Takut Dijangkiti Covid-19

Sepatutnya anak yang perlu menjaga ayah sendiri ketika mereka sakit, tapi dibuangnya pula. Anak derhaka sanggup buang ayah sendiri sebab hidap COVID-19.

Seiring dengan perkembangan masa kini, ramai yang tidak takut dengan gelaran anak derhaka sehingga sanggup melakukan perkara tidak baik terhadap ibu dan ayah kandung sendiri. Memandangkan usia sudah lanjut, ada yang menganggap mereka sebagai beban kerana perlu menjaganya setiap masa.

Lebih-lebih lagi dalam meneruskan kehidupan ketika pandemik ini. Ramai yang terkesan dari segi pendapatan, malah ada juga yang berasa takut dijangkiti wabak Covid-19 sehingga menjauhkan diri daripada orang ramai.

Anak derhaka sanggup buang ayah berusia 80 tahun

anak derhaka buang ayah sendiri

Menerusi laporan Harian Metro, sepasang suami isteri telah tergamak meninggalkan bapa mereka berusia 80 tahun di sebuah kuil. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Nakhon Ratchasima, Thailand disebabkan oleh warga emas tersebut telah dijangkiti Covid-19.

Kisah menyedihkan tersebut telah dikongsikan oleh seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai melalui Facebook miliknya.

Dia turut memuat naik gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas terbaring berhampiran denai di Kampung Ban Nong Waeng, daerah Bua Lai. Petugas berkenaan meluahkan rasa kesal dengan tindakan anak perempuan yang sanggup membuang ayahnya sendiri.

Menurut penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan telah meninggalkan bapa mereka di kuil berkenaan sejak hari Ahad yang lalu.

Ketika kejadian, pasangan tiada belas kasihan tersebut telah meninggalkan ayah mereka bersama sebuah beg berisi pakaian dan berlalu pergi menaiki kereta.

Kisah anak derhaka dan menantu tinggalkan bapa sendirian

covid-19

Manakala Ketua Kampung Ban Nong Waeng memberitahu, warga emas malang itu sebenarnya dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan. Dia kemudiannya berjalan kaki dari kuil pada hari Selasa sebelum ditemui dalam keadaan terbaring di satu laluan yang berhampiran.

Memandangkan dia berasal dari Kon Kaen, warga emas yang malang tersebut kemudiannya dibawa ke hospital wilayah tersebut.

Sementara itu, pihak anggota penyelamat, sami dan petugas kesihatan yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan telah diminta untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Ketua kampung berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan tidak sepatutnya melakukan tindakan sebegitu rupa kerana ia boleh merisikokan individu lain terhadap jangkitan Covid-19.

Pihak Bernama telah melaporkan negara Thailand telah mencatatkan sebanyak 14, 150 kes baharu berkaitan Covid-19 dan sebanyak 118 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan meningkat kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat 28 Julai 2021.

Gagal berbuat baik dengan orang tua

anak derhaka buang ayah sendiri

Setiap anak dianggap belum diuji selagi kedua-dua ibu ayah mereka belum mencapai usia tua. Sememangnya mudah untuk menyatakan rasa sayang, namun belum tentu dapat dibuktikan dengan ikhlas apabila ibu ayah berada dalam keadaan uzur serta menunjukkan pelbagai ragam.

Dalam menghadapi kehidupan terlalu mencabar, ramai anak-anak berdepan kesukaran untuk berbakti terhadap orang tua sehingga sering kali mengabaikan kebajikan mereka.

Bagi mereka yang masih bujang atau sudah berkeluarga, boleh dikatakan sama sahaja. Hal ini kerana segelintirnya menganggap tugas menjaga dan memelihara orang tua adalah beban. Lebih-lebih lagi bagi yang tidak memiliki pendapatan yang cukup.

Menurut pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria menjelaskan bahawa hukum menjaga ibu ayah yang telah uzur tidak hanya terletak bahu anak lelaki sahaja, bahkan anak perempuan.

‘’Bukan anak lelaki sahaja yang perlu menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapa uzur atau sakit. Malah apabila seseorang perempuan berkahwin, mereka juga diwajibkan menjaga ibu ayah yang uzur.

‘’Segala keperluan termasuk nafkah ibu bapa isteri (jika mereka orang miskin atau perlukan bantuan perubatan) perlu ditanggung oleh menantu lelaki mengikut kemampuannya,’’ jelasnya.

Bukan itu sahaja, suami juga tidak boleh menghalang isteri sekiranya dia ingin menjaga ibu ayahnya.

Keadaan berbeza bagi menantu perempuan, mereka tidak diwajibkan menjaga ibu atau bapa mentua yang sedang sakit. Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Anak Derhaka Halau Bapa Dari Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Perempuan & Menantu Sanggup Buang Bapa 80 Tahun Di Kuil, Takut Dijangkiti Covid-19
Kongsikan:
  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.