"Maaf mak sebab jumpa adik macam ni..." nota terakhir mangsa buli yang bunuh diri

lead image

Buli adalah perbuatan yang salah. Kasihan anak dibuli ini hingga dia sanggup bunuh diri kerana tak tahan dibuli di sekolah. Hancur hati ibu bapanya...

Anak dibuli di sekolah hingga bunuh diri

Sepasang ibu bapa di Loma Linda, California terpaksa melalui satu mimpi ngeri yang tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa lain – mengucapkan selamat tinggal pada puteri mereka sendiri kerana anak dibuli itu membunuh diri.

Charlene dan Freddie Avila meraung kesedihan di luar perkarangan hospital Ahad lalu ketika bercakap tentang anak mereka, Rosalie, 13 tahun yang membunuh diri kerana sering dibuli di sekolah. 

Mangsa buli ini sempat meninggalkan sepucuk nota terakhir untuk kedua ibu bapanya. 

anak dibuli di sekolah

Hati saya hancur. Dunia saya hancur. Anak saya sudah pergi meninggalkan saya! Di mana salah anak saya? Kenapa mereka buat dia macam itu?” ujar si ibu sambil berlinangan air mata. 

Sebuah diari yang ditulis oleh Rosalie dijumpai ibu bapanya selepas kejadian. Anak dibuli yang bercita-cita ingin menjadi peguam satu hari nanti kerana ingin membawa perubahan itu telah menulis segala insiden buli yang beliau lalui di sekolah dalam diarinya. 

Mereka kata saya buruk hari ini…” tulis Rosalie. 

Mereka ketawakan gigi saya, tanpa henti!” diari itu menggambarkan kes buli yang terpaksa dilalui oleh Rosalie di sekolah.

Setelah tidak lagi tahan dengan segala bulian yang diterima, Rosalie nekad untuk membunuh diri. Tapi sebelum itu, beliau sempat menulis sepucuk surat minta maaf untuk ibu bapanya. 

Maafkan adik, mak… abah… Adik sayang mak dengan abah. Maafkan adik, mak kerana mak kena jumpa adik macam ini…”

Anak dibuli masih diejek selepas kematiannya

anak dibuli

Kredit: Adventures in NishaLand

Sudah berapa banyak kes mangsa-mangsa buli yang tertekan membunuh diri kerana tidak lagi tahan dibuli. Kali ini, ia meragut nyawa seorang kanak-kanak cemerlang yang tidak bersalah. 

Selepas anak dibuli ini membunuh diri, beliau masih juga diejek di laman media sosial. Menurut Yahoo, ibu bapa Rosalie menerima mesej dengan gambar Rosalie menulis – 

Mak, janganlah bagi saya tidur dalam ini” dengan gambar anak panah menunjukkan ke arah gambar kubur. Sungguh kurang ajar! Sesiapa yang bertanggungjawab menghantar mesej itu amat tidak berperikemanusian.

Organ anak dibuli ini akan diderma

Ibu bapa Rosalie telah memberikan diarinya itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Walaupun kes buli ini telah mengheret seorang kanak-kanak tak bersalah hingga maut, namun pihak sekolah masih tidak mengambil sebarang tindakan pada pembuli. 

Terkesan dengan tindakan sekolah tersebut, Freddie meminta agar keadilan atas kematian anaknya dituntut. Keluarga itu walaubagaimanapun amat terbuka hati untuk mendermakan organ Rosalie buat insan yang diperlukan. 

Ibu bapa mana yang tidak berduka apabila anak dibuli hingga tertekan dan membunuh diri. Sebab itu ibu bapa perlu lebih peka tentang tanda-tanda yang menunjukkan anak kalian mungkin dibuli atau tidak di sekolah.

anak dibuli

Kredit: Huffington Post

Mari sama-sama kita lihat tanda-tanda anak dibuli bagaimana:

Tanda-tanda anak dibuli

  • Badan anak ada kesan luka, lebam atau cakaran tanpa sebab
  • Anak hilang barang permainan, alatan sekolah, baju, duit atau bekal makanan tanpa sebab
  • Baju, barang permainan dan buku sekolah anak rosak tiba-tiba
  • Anak tak mahu ke sekolah atau join aktiviti dengan kawan sebaya
  • Anak tak mahu naik bas ke sekolah
  • Anak tak mahu ditinggalkan sendirian
  • Anak tunjuk rasa sunyi, mendiamkan diri, mengasingkan diri
  • Terdapat perubahan pada perangai anak
  • Anak akan kesedihan, asyik marah, gementar atau depresi tanpa sebab
  • Anak sering sakit kepala, sakit perut, kerap ke klinik
  • Susah untuk tidur, menangis sebelum tidur, asyik kencing malam
  • Perubahan dalam tabiat makan
  • Cuba membuli adik sendiri (kadangkala mangsa buli boleh bertukar jadi pembuli di rumah)
  • Balik rumah baru guna tandas (mungkin pembuli selalu membuli di tandas sekolah)
  • Kelaparan selepas sampai rumah

 

 

 

Sumber: Yahoo, Character.org

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak Dibuli 50 Pelajar Hingga Mati Terkapai-Kapai, Ibu Tulis Surat Pada PM Minta Keadilan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris