Berapa Lama Bayi Boleh Duduk Dalam Carseat Ketika Perjalanan Jauh? Ini Yang Ibu Kena Tahu!

Anak duduk carseat diwajibkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan impak kemalangan. Bagi bayi 1 tahun, berapa lamakah tempoh yang sesuai?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa lamakah tempoh yang sesuai anak duduk carseat ketika perjalanan jauh? Ini selalunya menjadi persoalan dalam kalangan ibu dan ayah.

Memandangkan minggu ini ramai yang sudah merancang untuk pulang beraya, ini beberapa panduan penting yang perlu anda tahu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Waktu maksimum anak duduk carseat
  • Tempoh ideal berhenti
  • Kesan anak duduk carseat lebih waktu

Tidak dinafikan bahawa perjalanan balik ke kampung memakan masa sehingga berjam-jam.

Apakah kesan anak duduk carseat terlebih masa?

Ibu dan ayah tertanya-tanya persoalan apakah waktu maksimum anak duduk  carseat? Seeloknya berapa lama berhenti? Berhenti 30 minit cukup atau tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah kesan jika bayi duduk dalam  carseat lebih dari dua jam? Bayi sakit badan tak apabila duduk dalam carseat dalam tempoh masa lama?

Jadi, jawapannya adalah untuk bayi di bawah usia satu tahun, waktu maksimum mereka adalah satu jam dalam carseat sementara bagi bayi dua tahun ke bawah adalah dua jam dalam  carseat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah selepas itu dinasihatkan untuk berhenti dan membuat regangan selepas dua hingga tiga jam perjalanan.

Berhubung tempoh berhenti, ia boleh melibatkan lima minit atau lingkungan 10 hingga 15 minit bergantung kepada keperluan bayi.

Pada ketika itu, keluarkan dan rengangkan badan bayi sedikit dan kemudiannya boleh meneruskan perjalanan melainkan bayi perlu menukar lampin atau meminum susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bercakap soal kesan bayi duduk  carseat lebih dari waktu yang dicadangkan merangkumi bayi lenguh dan peningkatan risiko terhadap positional asphyxia. Nafas terhenti disebabkan kedudukan tidak ideal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kepentingan menggunakan carseat untuk anak kecil

Baca juga:  10 Tips Untuk Perjalanan Jauh Dengan Kereta Bersama Kanak-Kanak

Baca juga:  Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

sofian