Walaupun kali kedua menimang cahaya mata, pelakon, Fizo Omar akui air mata jantannya gugur saat melihat isteri bertarung menanggung sakit untuk melahirkan anaknya. Anak Fizo Omar iaitu seorang bayi perempuan selamat dilahirkan pada 25 Jun lalu.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Anak Fizo Omar selamat dilahirkan secara normal
- Jangan lepaskan peluang keemasan rasai momen penting ini
Isterinya, Fazeera Nazri, selamat melahirkan bayi berkenaan di sebuah hospital swasta di Selangor tepat jam 12.39 pagi 25 Jun lalu secara normal.
Anak Fizo Omar selamat dilahirkan secara normal
Berkongsi mengenai kelahiran itu, Fizo mengakui beliau amat tersentuh melihat isteri tersayang menanggung kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriatnya.
Ikuti perkongsiannya:
“Air mata seorang suami dan ayah.
“Gugur air mata jantan, gangster mcm manapun pun si suami dan ayah.
“24 jun isteri saya di masukkan ke Labour room pukul 3 petang, hampir 10 jam get ready utk baby dilahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yg tepat utk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin.
“10 jam weh bukan sekejap dan hampir 3 jam dok ‘push’ sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tgk orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita.”
Menggigil tangan bila doktor minta guntingkan tali pusat anak
Fizo dalam pada itu turut berpesan kepada suami di luar sana agar hargailah momen seperti ini.
“Pukul 12.39 pg (25 jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila ko tengok buat pertama kalinya seorang anak yg di tunggu-tunggu selama ni. Serius weh abe (abang) joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting utk potong tali pusat baby.
“Perasaan abe joe masa ini mcm… ok, this is the moment you gonna start your real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dgn ibu di dalam kandungan. The moment abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan, “ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yg baik, suami yg baik dan contoh yg baik kepada keluarga dan semua orang.
“Datangnya seorang baby, bukan sahaja utk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kpd si ayah utk menjadi seorang leader yg lebih baik dr sebelum ini.
“Pesanan abe joe kepada suami dan bakal ayah, ambil lah moment ini bukan sahaja untuk just be there for her (the wife) tapi lebih kpd untuk diri kita sendiri. Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga, Sometime, by experience itu membuatkan kita lebih faham apakah mesej yg nak disampaikan dari Allah buat kita semua yg bergelar ayah dan suami.”
Pasangan ini masih belum mengumumkan secara rasmi nama bayi perempuan berkenaan, hanya nama panggilan baby ‘K’ yang dikongsikan setakat ini. Tahniah untuk Fizo dan isteri atas kelahiran cahaya mata ini!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kajian Dapati Wanita Yang Melahirkan Ramai Anak Lelaki Berisiko Pendek Umur, Ini Sebabnya!
Baca juga: Ibu Kepada 10 Anak Lelaki Meninggal Selepas Melahirkan Anak Perempuan Pertama Yang Diidamkan
Baca juga: Menyusui Anak Pertama Ketika MELAHIRKAN Bayi No.2, Hebat Ibu Ini!