Setelah melahirkan bayi, peranan ibu seterusnya adalah menyusui bayi. Akan tetapi, bagaimana jika ada seorang ibu yang menyusui anak pertama ketika melahirkan bayi kedua? Adakah mungkin?
Mesti ibu-ibu pelik membayangkan bagaimana ada ibu yang boleh menyusui bayi ketika melahirkan bayi. Ini adalah hakikatnya, kisah benar ini terjadi dan dialami oleh seorang ibu yang telah melakukannya dengan jayanya.
Kate Neal ketika menjalani proses bersalin anak keduanya yang cukup rumit, dia tidak menolak keinginan anak pertamanya yang berusia 2 tahun datang dan meminta untuk menyusu.
Anak sulung minta menyusu badan ketika ibunya dalam bilik bersalin
Ceritanya bermula apabila anak pertama Kate (si ibu) yang berusia 2 tahun tiba-tiba meminta kebenaran dari jururawat untuk bertemu dengan ibunya. Melihat kedatangan buah hati pertamanya itu, Kate berasa tenang.
Lantas dia tidak menolak keinginan anaknya untuk menyusu pada ketika itu, meskipun saat itu Kate sedang mengalami kontraksi yang cukup kerap.
Momen Kate menyusui bayi 2 tahun ketika melahirkan ini sempat dirakam oleh seorang jurugambar bernama Maegan Dougherty. Dia merupakan jurugambar kelahiran yang telah diupah oleh Kate.
“Dia (Kate) sangat senang ketika melihat puteri sulung yang berusia 2 tahun itu datang menghampirinya. Dan juga sangat bersemangat untuk bertemu bayi yang bakal dilahirkan, sehingga kegembiraan tersebut sangat terpancar dan juga memberi inspirasi kepada orang lain,” kata Dougherty kepada portal Popsugar.
Selang 2 jam momen tersebut diabadikan melalui foto, Kate akhirnya berjaya melahirkan anak keduanya. Menurut kata Dougherty, saat melahirkan, Kate mendapat sokongan penuh daripada suami dan ahli keluarganya.
“Proses bersalin yang dilalui oleh Kate terlihat sangat rumit, benar-benar rumit. Tapi, beruntungnya ia mendapat sokongan kuat daripada suami dan keluarganya,” ujar Dougherty.
“Mereka tahu bagaimana memberikan sokongan yang tepat untuk Kate. Mereka juga melakukannya dengan sepenuh hati,” tambahnya.
Meskipun pada awalnya agak rumit, anak kedua Kate lahir dengan selamat.
Menyusui dua orang anak
Proses menyusu badan sememangnya menjadi tanggungjawab seorang ibu. Tujuannya, tak lain untuk memberikan nutrisi terbaik buat anak tersayang.
Namun, bagaimana jika menyusui dua orang anak sekaligus?
Proses menyusu badan untuk dua orang anak juga dikenal dengan istilah tandem breastfeeding atau tandem nursing.
Tandem nursing atau menyusui tandem ini bisa menjadi pilihan ketika anda berada dalam kondisi berikut:
- Ibu hamil dalam jarak dekat dengan anak yang sulung, juga anak yang lebih tua berumur kurang dari setahun.
- Belum masanya untuk cerai susu.
Seperti yang kita ketahui, Organisasi Kesihatan Dunia atau WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesyorkan agar para ibu menyusu badan sekurang-kurangnya sampai anak berusia dua tahun. Setelah pemberian susu ibu secara eksklusif selama enam bulan, ibu disarankan tetap menyusui anak hingga dua tahun.
Sementara itu, kajian dari American Academy of Pediatrics, anak yang diberi susu badan memiliki 50 hingga 95 persen perlindungan lebih tinggi terhadap jangkitan dibandingkan bayi yang tidak diberi susu badan. Penelitian terbaru yang dilakukan terhadap 3500 bayi di Brazil kembali menegaskan tentang hubungan antara susu ibu dengan kecerdasan intelektual anak.
Amalkan pemakanan sihat untuk nutrisi lengkap
Walau bagaimanapun menyusui dua anak sekaligus akan membuatkan ibu lebih penat, jadi jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang bernutrisi.
Untuk memastikan penyusuan dua orang anak sekaligus berjalan dengan lancar serta nutrisi yang diberi mencukupi, doktor menyarankan agar si ibu sentiasa menghadiri konsultasi bersama pakar laktasi.
Ia untuk memastikan agar susu anda cukup dan penuh nutrisi bagi menggalakkan tumbesaran yang sihat pada kedua-dua anak, terutamanya bayi baru lahir.
Sekiranya ibu-ibu mengalami masalah susu kering atau tidak banyak, segeralah berjumpa dengan pakar laktasi atau anda boleh amalkan pengambilan milk booster yang semula jadi. Jangan biarkan saja keadaan susu kering berlarutan.
Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Foto: Popsugar, Maegan Dougherty
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Ini Tidak Menyangka Susu Badan Tiada, Bayi Baru Lahir Kelaparan Selama 14 Hari
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!