Tidak semua ibu di dunia ini dimurahkan rezeki dengan susu badan yang meriah dan mencurah-curah. Selalu kita rintihkan kepada nurse bahawa susu badan kering, tapi aduan begitu selalu ditepis mentah-mentah seolah diri ini seorang ibu yang hanya mencari alasan tak mahu menyusu bayi sendiri.
Hakikatnya perkara begitu boleh berlaku. Seperti kisah benar yang diceritakan seorang ibu yang bernama Nor Azierah di Facebook, dia langsung tidak menyangka selama dia menyusukan bayinya, susu langsung tidak keluar sehingga bayinya mengalami masalah penghidratan yang teruk.
Azierah pernah menyuarakan pada jururawat mengenai susunya yang sedikit, tapi dikatakan normal untuk ibu baru bersalin, lagi-lagi anak pertama.
Ketika dihubungi theAsianparent, Nor Azierah membenarkan artikelnya dikongsi untuk kesedaran ibu-ibu baru.
Susu badan kering, berat bayi terus susut
Maryam sakit teruk umur 14hari..last update nurse dtg rmh check maryam hari jumaat,maryam masa tu umur 10hari.nurse timbang berat dia 2.5kg..masa tu momy mula rasa pelik sbb maryam masa umur 6hari pergi daftar dkt kk 2.63kg..tp disebabkan nurse xda ckp apa2,momy igt tu prkara biasa(walaupun dlm hati rasa mcm xsedap)..
Lgpun masa discharged hospital berat maryam nurse sana rekod 2.5kg..sedangkan hari kedua maryam lahir momy ada tanya doktor anak sy brp kg,doktor jwb 2.5kg..masa discharge momy rasa pelik knp dh 5hari lahir berat x berubah..inikan anak first,so momy kurang alert sikit,igtkn itu normal..
Bila maryam tiba2 jatuh sakit,pagi tu dia xnak mnyusu menangis x berhenti & x brnafas sekejab pstu smbung menangis balik..momy betul2 buntu masa tu😢😭..call cik abe mntak sruh balik kerja..tghari dia smpai n pergi rujuk klinik yg berdekatan..
Sampai dkt sana nurse check suhu bdn maryam tinggi..terus bwk masuk maryam jmpa doktor..doktor terkejut tgok warna kulit bdn maryam..time tu dah pucat biru..bila doktor bukak baju maryam,dia lg jd trkejut tgok dkt dada maryam tenggelam&itu bkn prkara yg normal..terus doktor pakaikan wayar oksigen..
Seriusly demi allah momy&papa lansung xperasan dgn perubahan bdn maryam..dimata momy n papa maryam nmpk mcm ok..tp lps papa snap gambar maryam masa tu lah baru kami nampak rupa maryam yg sebenar.. astarfirallah al azim, mgkin syaitan mengaburi mata momy&papa,maafkn momy maryam.
Naik ambulans bayi dikejarkan ke bahagian kecemasan
Sampai kat sana doktor mula syak sesuatu bila doktor tnya brp berat maryam masa lahir.. momy jwb 2.5kg..tp doktor tetap x puas hati sbb berat baru timbang 2kg &tgok gmbar maryam masa baru lahir gemuk,xkn turun 500gm dgn keadaan maryam dh terlalu kritikal..bila doktor check dlm rekod rupa2nya berat lahir maryam 3.045kg😮..rupa2nya masa maryam discharged dari hospital maryam dah hilang berat 500gm.so total lost weight 1kg😢..
Masa tu doktor mcm terkilan dgn kerja acuh x acuh dari department tu..sbb momy bgthu doktor,lgpun maryam sebelum ni aktif jer.dia mnyusu badan mcm biasa,lama dia hisap pastu dia tido..kencing berak pun semua ok maryam baik sgt..masa dkt wad momy pnh ckp kt nurse,susu sy mcm xda baby asyik menangis jer..tp nurse ckp anak first mmg mcm tu..xpa teruskan bg susu bdn..masa tu momy mmg kena brainwash..wajib tetap bg susu bdn jer..kita yg xda pengalaman ni,just ikut jerlah..
Sampai tetiba hari ke14 maryam xnk mnyusu menangis no stop..sampaikan momy hampir nk meroyan masa tu,lgpun berpantang sorg diri😟..rupa2nya maryam selama ni menyusu bdn momy cuma kosong,14hari maryam menahan lapar dahaga & maryam anak yg sgt baik..hari ke14 dah smpai limit baru maryam bg tanda..
Betapa momy betul2 down masa tu,rasa bersalah yg amat sgt..doa xprnah putus jgnlh diambil nyawa anakku😭..
Doktor sahkan maryam dehydration n terus emergency masuk nicu untuk selamatkan nyawa maryam..ulang alik momy tiap2 hari dtg tgok maryam,mmg sayu sgt hati masa tu..dgn penuh wayar&jarum kt bdn maryam..air mata no stop berlinangan,mgharapkan berita yg baik dari doktor..masa tu mmg momy byk diamkan diri,xberckp dgn sesiapa pun.emosi mmg down sgt,cuma ada last baju yg maryam pkai momy peluk cium buat teman smpai tertido dgn air mata..mak kt kg,sedara mara mula bertanya..tp papa yg tolong jwbkn semua..
Makin stabill selepas dirawat di unit rawatan rapi
Gambar ke2 masa maryam umur 16hari,masa tu hari ke3 maryam dkt nicu..
Hari ke3 baru momy dpt pegang maryam balik,maryam dah makin stabil,lega skit hati momy masa tu,wlaupun kat kedua2 tgn n kaki maryam masih brsambung dgn jarum drip.. alhamdulillah maryam bg respond yg positive.. berat maryam dah naik balik..jauh beza rupa dia masa first day kena tahan..hari ke4 maryam dipindahkn ke wad scn..lega hati momy bila doktor ckp maryam dh lepasi tahap kritikal..tp masih dlm jagaan nurse sepenuhnya..hari ke7 momy dtg melawat maryam,petang tu doktor ckp dh blh pindah wad kanak2 & ibu kena jaga baby..seminggu jugak momy teman maryam kt sana dgn full susu formula..maryam discharged dgn berat 3kg..
alhamdulillah syukur sgt pd allah masa tu,n byk2 terima ksih pd doktor n nurse yg dah merawat maryam..last sebelum balik,doktor pesan bg jer susu formula klau ibu xda susu& ia bukan satu kesalahan..doktor jugak nasihat pd org bwahan dia jgn trlalu brainwash ibu2 untuk bg susu ibu klau betul ibu itu mmg xda susu..
Gambar first gambar maryam yg terkini, alhamdulillah maryam makin sihat & makin tembam..semoga anak momy akn terus membesar dgn sihat🥰..pd ibu2 diluar sana yg tiada susu bdn..jgnlh jd mcm sy,nasib baik maryam sempat diselamatkan..semoga kisah sy mnjdi iktibar pd ibu2 dan ini juga mnjdi pengajaran buat diri sy sendiri yg hampir2 kehilangan permata hati momy&papa,maryam syafira..
Kini Maryam pun sudah berusia 1 tahun lebih dan menurut Azierah ketika dihubungi theAsianparent, Maryam seorang bayi yang cukup sihat walaupun dengan susuan formula. Apa yang penting adalah bayi dalam keadaan yang sihat, tidak kiralah susu badan atau formula.
Jika ibu-ibu di luar sana mengalami masalah susu badan kering, anda boleh berjumpa dengan pakar laktasi untuk konsulatasi. Dan jangan hiraukan apa orang kata sekiranya ingin memilih pilihan lain untuk bayi. Nyawa bayi anda lebih penting dari segalanya.
Sumber: Nur Azierah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 22 Makanan Tambah Susu Badan Untuk Ibu Amalkan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!