X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Hampir Diculik Di Surau: Ibu Kongsi Cerita Yang Mendebarkan!

1 Aug, 2017
Anak Hampir Diculik Di Surau: Ibu Kongsi Cerita Yang Mendebarkan!Anak Hampir Diculik Di Surau: Ibu Kongsi Cerita Yang Mendebarkan!

Keadaan yang sungguh mencemaskan! Ketika sedang bersolat, seorang wanita asing telah memegang anak wanita ini - Imam dan tak mahu melepaskannya!

Igauan Buruk Semua Ibu Bapa

Igauan buruk mana-mana ibu bapa ialah jika sesuatu terjadi pada anak mereka. Apatah lagi jika anak diambil orang yang tidak dikenali.

Dan igauan buruk ini hampir terjadi kepada ibu ini semasa beliau solat di sebuah surau!

Berikut adalah perkongsian ibu tersebut tentang kejadian itu. Kejadian berlaku di Econsave Kampung Jawa, Klang.

Beliau sedang menukar lampin anaknya, sebelum seorang wanita dengan ramah datang berbual dengannya sambil mengagah-agah anaknya, Imam.

Wanita asing tersebut bercerita tentang dirinya yang hari itu adalah hari terakhirnya dan dia terpaksa bekerja di tempat jauh mulai esok. Ketika hendak solat, wanita tersebut dengan baik hatinya melayan Imam.

Namun, dek kerana tidak sedap hati, ibu ini tidak dapat khusyuk bersolat dan sering mengerling anaknya yang bersama wanita itu.

Anak Hampir Diculik Di Surau: Ibu Kongsi Cerita Yang Mendebarkan!

Mana tidaknya, wanita itu tiba-tiba mendukung Imam! Kemudian bertanya kepada kawannya jika jam sudah jam lima sambil menuju ke arah pintu!

Tidak lama kemudian ketika bersujud, ibu tersebut terlihat kelibat wanita itu memakai selipar dan keluar. Apa lagi, beliau cepat-cepat memberi salam dan menanggalkan telekung lalu mencapai selendangnya.

Bergegas keluar, ibu ini mencari wanita itu. Nasib baik beliau sempat terjumpa dia di hadapan medan makanan. Ketika itu, Imam sudah mamai hampir tertidur.

Ketika ingin mengambil anaknya, wanita asing itu seakan tidak mahu melepaskan Imam! Malah alasan ingin menidurkan anaknya juga tidak diendahkan wanita tersebut.

Ibu itu memberitahu yang suaminya sudah menunggu mereka. Wanita itu membalas pula di mana suaminya? Amboi! 

Namun setelah memberitahu yang suaminya sudah menelefon dan sedang menunggu di kereta, barulah wanita tersebut melepaskan anaknya.

Ketika menceritakan kejadian ini kepada suaminya, dia ditegur untuk tidak mudah percayakan orang lain selepas ini. Perkongsian ibu ini sungguh mendebarkan.

Mana tidaknya, apa akan terjadi jika ibu tersebut tidak perasan dengan perbuatan wanita tersebut? Nauzubillah!

Sungguh menakutkan? Memang zaman sekarang adalah amat mencabar buat kita semua. Lebih-lebih lagi dalam usaha memastikan keselamatan anak-anak.

Berikutkan kejadian yang menakutkan ini, kami di pihak theAsianParent ingin berkongsi tip yang boleh dipraktikan oleh para ibu bapa bagi mengelak kejadian ini terutamanya ketika ingin menunaikan solat.

Tip Untuk Menjaga Anak Ketika Solat

  1. Solat bergilir

    Solat di awal waktu supaya anda dan pasangan boleh solat secara bergilir. Sementara ayah bersolat, ibu menunggu bersama anak di luar dan sebaliknya. Bukan sahaja anak anda berada di dalam jagaan yang selamat, malah anda akan lebih selesa menunggu di ruang yang lebih sesuai.

  2. Menggendong

    Ya, anda boleh menggendong anak anda sambil bersolat. Anda cuma perlu memastikan yang anak anda bebas najis dan bersih. Begitu juga dengan alat gendongan. 

    Rujuk dengan pakar jika anda was-was akan cara solat dengan menggunakan alat gendongan bayi. Namun, ketahuilah sesuatu, Islam itu mudah dan memudahkan.

  3. Tali harness

    Anda mungkin pelik, bagaimana sebenarnya anda boleh menggunakan harness ketika solat? Bagi mereka yang bersendirian dengan anak mereka, anda boleh menggunakan cara ini. Pasangkan harness di satu bahagian kaki anda dan satu lagi di tangan atau kaki anak anda. 

    Pandang cadangan ini dari sudut keselamatan. Penggunaan harness akan menyukarkan orang yang berniat jahat untuk membawa lari anak anda.

Anda juga mungkin mempunyai cadangan bagaimana kita sama-sama boleh memastikan keselamatan anak-anak ketika di surau. Kongsikan dengan kami.

Sumber: the reporter

Baca juga:

Ibu Mengendong Berjaya Menghalang Dua Wanita Dari Menculik Anaknya

Anak Kecil Hampir Diculik Dekat Klinik Kesihatan Sungai Chua

 

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Hampir Diculik Di Surau: Ibu Kongsi Cerita Yang Mendebarkan!
Kongsikan:
  • Anak Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong - Ibu Ini Berkongsi Kisahnya

    Anak Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong - Ibu Ini Berkongsi Kisahnya

  • Anak Kecil Hampir Diculik Dekat Klinik Kesihatan Sungai Chua

    Anak Kecil Hampir Diculik Dekat Klinik Kesihatan Sungai Chua

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Anak Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong - Ibu Ini Berkongsi Kisahnya

    Anak Hampir Diculik Di IOI Mall, Puchong - Ibu Ini Berkongsi Kisahnya

  • Anak Kecil Hampir Diculik Dekat Klinik Kesihatan Sungai Chua

    Anak Kecil Hampir Diculik Dekat Klinik Kesihatan Sungai Chua

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.