X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Sengaja Tolak Anak Ke Dalam Terusan Sampai Mati Lemas, Tekanan Hidup Tapi Anak Jadi Mangsa

28 May, 2020
Ibu Sengaja Tolak Anak Ke Dalam Terusan Sampai Mati Lemas, Tekanan Hidup Tapi Anak Jadi Mangsa

Tidak tahu apakah puncanya namun seorang ibu tergamak menolak anaknya yang dipercayai menghidap autisme ke dalam sebuah terusan dan videonya telah dirakam.

Ibu seharusnya menyayangi anak kandung sepenuh jiwa dan raga. Malah anak itu akan ditatang bagaikan minyak yang penuh dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.

Apatah lagi bila mengenangkan sakit semasa bersalin, sudah tentu ibu akan menjaga anak kandung dengan sepenuh kasih dan sayang malah tidak mahu sebarang musibah terjadi kepada anak.

Bila anak sakit, ibulah antara orang yang paling risau kerana takut anak jatuh sakit yang teruk dan tidak aktif seperti selalu. Jika melihat anak dalam keadaan sebegini tentu ibu akan segera bawa mereka berjumpa doktor.

Namun begitu tidak semua kehidupan ibu-ibu berakhir dengan gembira kerana jika didorang dengan masalah dan tekanan perasaan mungkin pelbagai perkara buruk boleh berlaku seperti mana yang terjadi kepada seorang ibu ini.

Ibu tergamak bunuh anak kandung

anak kandung

Menerusi video rakaman CCTV, menunjukkan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang mana perempuan itu dilihat membawa anaknya ke tepi sebuah terusan. 

Kemudian dia menarik tangan anaknya supaya mendekati terusan itu lalu ditolak anaknya itu ke dalam air. 

Menurut polis, wanita berkenaan Patricia Ripley pernah beberapa kali mencuba membunuh anaknya Alejandro sampailah berjaya pada hari kejadian. Pihak polis juga telah mengesahkan identiti suspek dan mangsa.

Dalam video itu, ibu dan anaknya itu dilihat berhenti di tepi tasik dan beberapa saat kemudian suspek dilihat menolak anaknya ke dalam air dan selepas itu dia melarikan diri.

Dia kemudiannya kembali bersama seorang lelaki untuk menyelamatkan budak lelaki itu yang kononnya terjatuh dalam terusan. Mayat mangsa kemudiannya ditemui pada keesokan harinya.

Tipu anak diculik

Ripley pada mulanya memberitahu polis bahawa anaknya diculik. Namun selepas disoal siasat akhirnya dia mengaku membawa anak kandung itu ke tepi terusan dan menyebabkan dia lemas.

Suspek telah didakwa atas pembunuhan tersebut dan jika sabit kesalahan bakal dikenakan hukuman yang setimpal.

Walaubagaimanapun, kes masih disiasat polis supaya dapat mengenalpasti apakah punca wanita itu melakukan tindakan kejam kepada anak kandungnya sendiri.

Tekanan hidup punca kanak-kanak menjadi mangsa

Ibu Sengaja Tolak Anak Ke Dalam Terusan Sampai Mati Lemas, Tekanan Hidup Tapi Anak Jadi Mangsa

 

Setiap kali bila adanya berita tentang penderaan dan pembunuhan kejam mesti kita akan kaitkan ia dengan penagih dadah atau gila.

Namun secara realitinya, pelaku yang terlibat dengan jenayah ini bukanlah mengalami gangguan mental atau penagih dadah tapi mereka yang berada dalam keadaan sihat dan waras fikirannya.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka yang mempunyai kerjaya yang bagus, latar belakang pendidikan yang baik, beragama, orang ada duit dan sebagainya.

Jadi, apakah perkara yang mendorong membuatkan mereka melakukan jenayah kejam sedemikian iaitu membunuh!

Menurut Professor Datin Dr Mariani Md Nor, Pakar Psikologi Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya mengatakan dendam dan amarah yang disimpan terlalu lama antara yang boleh dikaitkan dengan punca kejadian buruk itu berlaku.

Mungkin disebabkan kejadian di masa lampau yang mengguris hati atau menyebabkan si pelaku tidak berpuas hati lantas mereka menyimpan rasa dendam dan marah.

Disebabkan perasaan dendam kesumat itu, akhirnya membawa kepada kes- kes sebegini yang bukan saja membabitkan orang yang dimarahi tapi turut melibatkan seluruh ahli keluarganya.

Berdasarkan statistik yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) penganiayaan dan penderaan kanak-kanak pada 2016 adalah sebanyak 4982 kes. Angka tersebut meningkat pada 2017 iaitu sebanyak 406 kes dan jumlah keseluruhannya adalah 5442.

Januari hingga April 2018 pula menunjukkan peningkatan kes sebanyak 1929 yang membabitkan jenis penderaan berbentuk pengabaian, dera fizikal dan seksual terhadap kanak-kanak.

Emosi dan tekanan perasaan

Stories Rakan Kongsi
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini.  Barulah Anak Jadi Hebat!
Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini. Barulah Anak Jadi Hebat!
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Baki Tali Pusat Bayi Ada 5 Masalah Ini? Parents, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Bayi Anda
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare

bunuh anak

Antara sebab berlaku kejadian sebegini adalah kerana…

  • Tekanan perasaan yang memuncak pada seseorang
  • Rasa tidak puas hati
  • Kemurungan yang melampau
  • Terlalu banyak masalah yang menghimpit jiwa
  • Tidak mempunyai sokongan moral
  • Pencanggahan keperluan dan keinginan
  • Persekitaran yang tidak sihat dan lain-lain

Inilah antara sebab mengapa si pelaku sanggup bertindak kejam walaupun masih mempunyai akal fikiran yang waras.

Taktik dan cubaan membunuh mereka jadi lebih mudah jika dia rapat dengan keluarga mangsa dan tahu kelemahan mangsa. Maka ruang untuk membuat jenayah adalah lebih besar.

Justeru, masyarakat harus sentiasa mengambil langkah waspada untuk memberi kepercayaan kepada seseorang dan tidak sewenangnya mempercayai orang terutama yang bukan ahli keluarga kita.

Kalau boleh selidik dahulu siapa kita berkawan dan siapa ahli keluarganya sebelum berkongsi apa saja kelemahan dan kepercayaan diri kepada orang tersebut.

Namun tidak dinafikan ada kanak-kanak yang didera oleh ibu kandung, bapa tiri hatta ahli keluarga yang lain hingga meninggalkan kesan yang mendalam dan ada juga yang dibunuh selepas didera.

Antara punca membunuh anak kandung

  • Di belenggu kemiskinan hidup
  • Tidak mempunyai kerja tetap
  • Tidak berpendidikan tinggi
  • Ingin membalas dendam
  • Penyalahgunaan dadah
  • Hubungan kekeluargaan yang rapuh

Lantas mereka merasakan dengan membunuh itu adalah jalan penyelesaian terhadap semua masalah tersebut. Biasanya ibu atau ayah pernah berniat untuk membunuh diri lalu ingin membawa anak bersama.

Sumber : Edition CNN , Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkenapa-ibu-bapa-bunuh-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Sengaja Tolak Anak Ke Dalam Terusan Sampai Mati Lemas, Tekanan Hidup Tapi Anak Jadi Mangsa
Kongsikan:
  • Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

    Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

  • Ibu Lempar Anak Autisme 2 Kali Untuk Pastikan Dia "Betul-Betul" Mati!

    Ibu Lempar Anak Autisme 2 Kali Untuk Pastikan Dia "Betul-Betul" Mati!

  • Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

    Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

    Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

  • Ibu Lempar Anak Autisme 2 Kali Untuk Pastikan Dia "Betul-Betul" Mati!

    Ibu Lempar Anak Autisme 2 Kali Untuk Pastikan Dia "Betul-Betul" Mati!

  • Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

    Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.