“Mama, mama. Nak mama!” bayi tidur sebentar bangun, ini menjadikan tidur ibu juga terganggu. Adakah ia kerap terjadi bila anak anda tak boleh tidur tanpa ibunya disisi?
Kerap terjaga-jaga dan sentiasa mencari ibunya di waktu malam. Si ibu, anda tidak keseorangan! Bahkan ramai lagi ibu-ibu mengalami perkara yang sama yang mana si bayi tidak boleh berenggang langsung dengan ibu sebelum tidur. Dan perlukan ibu disisi untuk tidur.
Anak tak boleh berenggang di waktu siang itu perkara yang ibu kena hadap. Sekarang ibu kena hadap benda yang sama pula di waktu malam. Yang mana anak anda tak boleh tidur kalau ibu tiada.
Ini adalah satu bentuk keresahan yang dialami oleh anak-anak kecil. Ia dipanggil separation anxiety. Keresahan yang muncul apabila ibu tidak berada di hadapan mata anak.
Bayi tidur sebentar bangun, adakah ia normal?
Ia normal! Sebaliknya separation anxiety adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil. Lebih-lebih lagi bayi berumur 7 bulan dan ke atas. Sebab masa ini anak anda baru dapat membezakan bentuk dan mula mengenali peranan orang. Jadi bayi akan lebih attach dengan ibu bapa. Malah, sebenarnya separation anxiety ini menunjukkan bahawa hubungan antara bayi dan ibu adalah amat rapat sampai tak boleh berpisah!
Walaupun begitu, si ibu masih stress bila tiba waktu malam. Ini bukanlah bermaksud yang hampir setiap malam anak anda akan memanggil anak (Mungkin ya, mungkin tidak). Tapi ia adalah satu peringkat perkembangan bayi yang harus anda lalui.
Untuk membantu anda melalui peringkat ini, kami memberikan anda beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk memberi anda ketenangan bila nak sampai waktu malam dan untuk bantu anak anda mudah tidur malam.
Tips untuk membantu ibu menidurkan anak yang mempunyai separation anxiety
#1 Sabar dan faham
Ibu-ibu kena faham tentang satu perkara bahawa ini adalah satu fasa yang perlu ibu telan. Ibu akan kurang masa tidur dan akan asyik terjaga-jaga kerana bayi tidur sebentar bangun. Apa yang perlu ibu tahu adalah ibu kena banyakkan bersabar. Yelah, bila kita kurang tidur rasa macam panas je kan. Tapi sabarlah wahai ibu waktu ini tidak lama dan lama-kelamaan anda pasti lebih menghargai kenangan bersama anak anda sewaktu kecil. Nanti lama-lama, anak anda mudah tidur malam bila dah besar.
#2 Buat rutin tidur yang tenang
Jika anda tidak mempunyai rutin tidur untuk anak anda. Inilah masanya untuk anda buat satu rutin yang anak anda boleh ikut dan biasakan supaya anak anda tahu inilah masanya untuk tidur. Yang penting, waktu kena sama setiap malam sebagai permulaan. Anda boleh pakaikan anak anda baju tidur, mainkan lagu berentak perlahan, bacakan buku cerita dan tepuk-tepuk anak sebelum tidur. Pastikan anak anda berasa tenang dan nyaman sebelum hendak tidur. Tak adalah anak anda rasa resah gelisah kalau anda tiada atau tercari-cari nanti dan ajar anak tidur awal.
#3 Ucapkan selamat tinggal kepada anak bila keluar daripada bilik
Pernah tak anda mengucapkan selamat tinggal kepada anak anda bila anda nak keluar bilik? Seperti, ‘Bye, mama nak keluar ni. Selamat malam’. Kalau anda tidak pernah buat macam tu, apa kata anda mulakannya daripada sekarang. Ia sebenarnya mengajar anak anda untuk membina kepercayaan bahawa anda akan kembali semula. Daripada anda curi-curi keluar daripada bilik tinggalkan anak anda. Lagilah anak anda takut nak lepaskan anak anda.
#4 Latih anak anda perlahan-lahan
Nak perkenalkan cara baru dekat anak anda ini memang akan ambil masa sedikit. Jangan terlalu drastik untuk memperkenalkan rutin ataupun mengajar anak anda tidur tanpa anda. Pastikan bahawa anda tidak terlalu gopoh memperkenalkan anak anda dengan sesuatu yang baru. Anda perlu memastikan anak anda biasa terlebih dahulu. Jangan terlalu cepat bertindak. Takut anak anda terkejut pula bila banyak sangat benda berubah. Buat secara perlahan-lahan. Jangan gopoh gapah.
#5 Jangan putus asa
Bila anak tidur sebentar bangun dan menangis runtuh segala usaha anda. Walaupun anda dah berusaha keras ni. Dengan rutin baru diperkenalkan untuk anak lagi, siap ada lagu lagi. Tapi bila anak anda mula menangis je, anda dah jadi tak sampai hati. Tiada masalah sebenarnya nak dodoikan anak tidur atau kerap-kerap tengok anak. Yelah, ibu mana yang tak sayang anak kan? Tapi kalau dah sampai anak jadi tak sampai hati. Susah anak anda nak berenggang dengan anda bila tidur, jadi lebih baik anda kentalkan diri anda bila anak anda menangis. Ini untuk kebaikan anak anda juga!
Sumber: Lololullaby
Sumber foto: Unsplash
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!