Anak Kreatif Sampai Conteng Kereta? Jangan Marah Dulu, Ini Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan Dia!

Anak yang membesar dengan girang pasti ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini sebenarnya normal untuk meningkatkan kemahiran motornya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini ada isu viral yang menjadi bualan netizen apabila kreatif anak tidak kena tempat! Si anak ini rupanya telah menconteng kereta ibunya. 

Ya Tuhan! 

Gambar yang dikongsi oleh pengguna Facebook Muhamad Fahmi ini menunjukkan sebuah kereta berwarna silver yang habis diconteng di Lebuhraya NKVE.

Dia kongsi gambar tersebut dengan kapsyen:

“Saya tidak kenal akak, Tapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif. Saya percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif. Saya salute!”

Anak yang membesar dengan girang pasti ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini adalah normal untuk meningkatkan kemahiran motornya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak pasti seronok dapat pensel warna dan krayon dengan ditambah warna-warna yang cantik dan pelbagai. Anak-anak pasti khusyuk memainkan crayon di atas kertas dan mencampurkannya dengan warna-warna yang menarik.

Tetapi, ini boleh menguji kesabaran ibu bapa dalam mendidik anak-anak jika anak suka menconteng dinding rumah.

Namun, ulasan dari Dr. Abdul Rahim menyatakan bahawa, kreatif anak tidak bertempat ini adalah normal. Berikut adalah penjelasan dari doktor tersebut:

Anak sedang berimaginasi

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam 24 jam dalam harian anak anda, 2/3 daripada masa itu, mereka sedang berimaginasi. Imaginasi adalah penting untuk memupuk daya kreativiti anak anda. Daya imaginasi mereka adalah lebih luas daripada kertas yang diberikan kepada mereka.

Pernahkah anda memerhati bagaimana anak anda bermain? Daya imaginasi mereka amat luas sehingga mereka boleh imaginasikan rumah mereka sebagai istana lama dengan naga sekali.

Selain itu, menconteng di dinding adalah expresi mereka, tampa batasan. Selalunya, ia bermaksud, anak anda seorang yang visual dengan otak artistik dan motor skil yang canggih.

Kreatif anak tidak bertempat ini kerana dia sedang meniru

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bak kata pepatah, “Bapa borek, anak rintik”. Anak selalu meniru perbuatan iba bapa mereka. Kenapa? Itulah cara mereka belajar.

Jika ibu bapa selalu panas baran dan suka marah semasa memandu, anak anda akan meniru gaya anda.

Itulah cara mereka belajar bagaimana adab sosial yang diterima, perbuatan yang baik dan buruk, dan it adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menjadi contoh yang baik.

Dia sibuk untuk mencuba dan bereksperimen

 

Anak kecil suka mencuba benda yang baru. Mereka juge tidak tahu bahawa perbuatan mereka adalah sangat berbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang suka membantu membuat kerja rumah, memasak, menjolok sesuatu ke dalam soket elektrik, main pisau dan sebagainya. Bagi mereka, ia adalah sesuatu yang baru dan menyeronokkan.

Mereka bukannya nakal tetapi ia adalah perasaan ingin tahu. Sebagai ibu-bapa, kita haruslah menggalakkan daya imaginasi dan experimen mereka. Ia hanyalah satu fasa yang akan dilupakan.

Bukannya ia lebih baik jika mereka mengingati bahawa ibu bapa mereka menggalakkan mereka untuk menjadi kreatif dan bukannya memarahi dan menghukum mereka.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Halang Anak Suka Conteng Dinding, Ia Merangsang Otak & Daya Sensori

Baca juga: Apa Anda Buat Jika Anak 'Menghias' Kereta Anda? Lihat Tindakan Bijak Bapa Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Jangan Stres Bila Anak Suka Conteng & Koyak Buku, Ia Proses Pupuk Minat Membaca!

Penulis

Michelle Goh