Anak Kurus Dengan Cepat Tanda Tidak Normal, Ibu Sila Waspada 7 Masalah Penyakit Ini!

Anak kurus dengan cepat boleh terjadi sekiranya mereka mengalami beberapa masalah kesihatan. Sekiranya ibu berdepan keadaan ini, segeralah bertemu doktor!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses untuk membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Anda mungkin boleh menarik nafas lega jika perkembangan mereka sangat baik, namun adakalanya berdepan kerisauan apabila menyedari anak kurus dengan cepat setelah mereka mengalami beberapa masalah kesihatan.

Tidak dinafikan pendedahan anak kecil dengan persekitaran telah membuka peluang kepada kuman dan bakteria untuk datang menyerang. Ini boleh terjadi lebih teruk sekiranya mereka tidak memiliki sistem ketahanan tubuh yang kuat.

Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja

Gangguan kesihatan menyebabkan anak kurus dengan cepat

credit to sources

#1. Masalah cacing

Kebiasaannya, anak yang mengalami masalah cacing ini disebabkan oleh amalan harian yang kurang bersih atau sanitasi kurang berkesan. Misalnya mereka tidak mencuci tangan dengan betul sebelum makan, selalu berkaki ayam atau kerap bermain pasir. 

Selain itu bagi bayi pula, mereka mudah dijangkiti masalah ini kerana gemar memasukkan benda asing ke dalam mulut. Kesannya cacing akan menyerang sistem pencernaan dan membuatkan anak kurus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Cirit-birit

Cirit-birit merupakan gangguan paling umum dialami oleh anak yang masih kecil kerana pengambilan makanan atau persekitaran tidak bersih. Ini boleh disebabkan oleh rotavirus, e-coli atau parasit seperti giardia lambdia.

Jika ibu menyedari si kecil anda kerap membuang air besar, muntah-muntah, sakit perut atau hilang selera makan, segeralah berjumpa dengan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka kehilangan air dan penyusutan berat badan.

#3. Malnutrisi

foto: mrsliez
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah satu keadaan di mana tubuh kanak-kanak tidak menerima nurtisi penting dalam proses perkembangan mereka. Kesannya, anak akan menjadi kurus dalam tempoh singkat dan diikuti bersama penyakit lain.

Sistem imunisasi tubuh anak yang mengalami penurunan turut memudahkan mereka mendapat jangkitan penyakit. Ia juga sering terjadi kepada anak yang sukar makan atau memilih makanan (picky eater). Kekurangan nutrisi ini boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang walaupun setelah dirawat.

#4. Penyakit jangkitan virus atau bakteria

Penyakit yang disebabkan oleh parasit, virus dan bakteria turut menjadi penyebab anak kurus dengan cepat. Risiko lebih tinggi pada anak yang menderita jangkitan paru-paru sejak dilahirkan. Kesannya, ia boleh menganggu proses perkembangan anak dan si manja berterusan tidak sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Penyakit degeneratif

Kanak-kanak yang menghidap jenis penyakit ini biasanya akan kehilangan berat badan dan menjadi kurus dalam tempoh singkat. Tubuh dan proses tumbesaran akan mengalami gangguan.

Antara contoh penyakit ini adalah kanser dan tumor. Pesakit amat memerlukan rawatan intensif seperti radioterapi dan kemoterapi. Kesan sampingan daripada rawatan ini turut menyebabkan tubuh mereka tidak boleh menyerap nutrisi dengan baik.

#6. Batuk

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang kerap batuk berpotensi mengalami penurunan berat badan dengan cepat. Antara penyebab kepada masalah kesihatan ini ialah selesema, alahan, gangguan paru-paru dan jangkitan pada saluran pernafasan.

#7. Anak tertekan atau sukar tidur malam

Stres yang diaami oleh anak berpunca dari rumah atau sekolah sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan tubuhnya. Ini sekaligus membuatkan si manja hilang selera makan dan mudah diserang pelbagai penyakit. 

Sekiranya ibu hanya membiarkan mereka, anda boleh melihat berat badannya mula berkurang sehingga kelihatan sangat kurus. 

Selain itu aktif bermain pada waktu siang menghilangkan banyak kalori dan tenaga dalam tubuh anak kecil. Jika pengambilannya tidak dipenuhi dengan baik maka tubuh tidak memiliki sisa nutrisi untuk ditukarkan menjadi lemak dan menambah indeks massa tubuh.

Bukan itu sahaja, anak yang dilanda gelisah tidur berasingan dengan ibu ayah membuatkan mereka sukar mendapatkan tidur berkualiti. Pendedahan pada alat teknologi tanpa kawalan turut berupaya membuatkan mereka tidak mahu tidur malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya, anak yang sering berasa tertekan dan tidak mendapatkan tidur mencukupi cenderung mengalami kehilangan berat badan dengan cepat. 

Kesimpulannya ibu ayah hendaklah memantau perkembangan anak dan teliti keadaan mereka sekiranya menunjukkan sebarang perubahan tidak normal. Pastikan anda menyediakan makanan penuh khasiat bagi membolehkan si manja membesar dengan baik.

Sumber: Bumbumcak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia